Pages

Wednesday, February 27, 2013

Puan Cari Saya?

PAGI semalam aku 'bertandang' ke unit sebelah untuk bertanyakan sesuatu (of course la pasal kerja) dengan seorang otai. Tak lama kemudian bila balik ke tempat aku, check handset ada 2 miss-call dari office-mate. so aku return call dia balik. Dia takda di ofis sebab ada Klinik Fail Meja kat Tingkat 11. Katanya big boss cari aku; nak kan calculation sheets untuk projek yang sedang big boss semak.

So aku ni tanpa usul periksa terus aja print calculations yang aku buat dan masuk ke biliknya dengan tujuan nak bagi menda alah tu lah.

Tapi rupa-rupanya aku dah tersalah faham. Memang dia nak calculations tapi: "eh, bukan calculations yang tu.. saya nak calculations untuk yang ni (sambil tunjuk drawing 'block diagram').". Respon aku: "oh, ok. Nanti saya cari.. bla.. bla.. bla.."

Moral of the story:
1. Kalau member bagitau korang yang boss cari untuk something, sila jumpa boss terlebih dahulu untuk bertanya lebih lanjut dan untuk confirmkan apa sebenarnya keperluan dan kehendak dia.

2. Tak salah nak buat 'site visit' ke ofis orang lain tapi sila bawa handset korang bersama-sama. :)

Penjejak Mimpi: Time solat.. time handset sedang caj.. time ke 'bilik kecik' sah-sah la tak bawa handset..

Sunday, February 24, 2013

Gembiranya Aku.. :)

Pejam celik pejam celik hampir seminggu aku tak update blog ni. Dah hampir bersawang pun. Dan dalam seminggu juga banyak perkara yang berlaku kat aku. Tapi macam biasalah.. tak sempat aku nak update semuanya. Alasan? Malas... ok tak? Haha..

Isnin baru-baru ni dapat juga aku bercakap dengan Aidah; adik angkat aku. Punyalah lama aku tunggu call dari dia; sejak balik dari kenduri rumah kak Ani lagi. Semalamnya (Ahad) dapat miss-call dari nombor yang tidak dikenali. Aku tak sedar pun sebab telefon tu dari pagi aku set vibrate. Aku sms tanya: "siapa?" dan lepas tu dia memperkenalkan dirinya. 

Then, Isnin aku call dia. Dapatlah kami berbual dalam 3-4 minit sebab bateri dia kong. Dapatlah juga kami bertukar-tukar cerita. Aidah ni kawan satu shift masa aku bergelar 'minah kilang' satu ketika dulu. Pada aku dia memang baik. Dan kami serasi berdua. Husband dia pun aku kenal juga; engineer kat tempat yang sama. Mereka memang sesuai bersama. Sama-sama baik. Tapi tu cerita lama.. cerita berbelas tahun yang lalu.

Tapi tu lah.. last aku jumpa dia ialah masa aku mengajar kat Ipoh dulu. Tu pun 8 tahun punya cerita. Punyalah lama tak jumpa... tak bercerita... Tapi bila dah dapat bercakap tu, hilang rasa rindu kami. Alhamdulillah..

Hmmm... bercakap sudah.. berjumpa entah bila lah.. Apa pun, insya Allah jika diizinkan pasti kami akan bersua jua melepaskan rindu..

Nota: Orang bijak pandai ada berkata: "carilah kawan yang baik kerana secara tak langsung ianya juga mencerminkan diri kita".

Penjejak Mimpi: Salah satu kebahagiaan aku ialah dikelilingi dengan mereka yang baik hati dan baik budi. Terima kasih ya Allah..

Friday, February 22, 2013

Quote of The Day # 1

Picture as usual taken from Google Image
RESPECT is earned. It doesn't come with your title.

Penjejak Mimpi: Respect others first.. :)

Tuesday, February 19, 2013

Satu Hari Satu Entri?

SEBENARNYA itulah cadangan aku start bulan Februari ni. Ye lah, nak buat banyak entri untuk satu hari macam tak termampu tapi nampak gaya satu hari satu entri pun tak berjaya dilaksanakan dek kekangan masa.

Hmmm... Jumaat ni ada 2 benda yang perlu aku submit. Satu tu hampir siap tapi yang satu lagi tu mula pun belum lagi. Baru nak kumpul input untuk projek baru di Pulau Pinang.

So kesimpulannya... satu hari satu entri? Argghhhh!!!

Nota: Semalam doktor tanya kenapa bacaan darah aku tinggi? Bila aku jawab: "stress", dia senyum. Dalam hati aku berkata: "doc, i'm not lying, ok?"

Penjejak Mimpi: Dalam kepala dah tersusun senarai: "what to do today". Jom kita buat kerja sampai lebam!! Huhuhuhu

Monday, February 11, 2013

Rock Oo

HUJUNG bulan nanti ada filem sekuel Rock iaitu Rock Oo. Filem lakonan Que Haidar, Khir Rahman dan lain-lain. Arahan pengarah sensasi Mamat Khalid.

Filem Rock (2005) boleh bikin aku ketawa walaupun dah tengok berulang kali. Baru intro tapi aku dah gelak macam lawak sangat cerita ni. Well, pada aku memang lawak. Dalam filem ni, pengembaraan banyak dilakukan di Taiping dan Ipoh. Ehem ehem.. Ipoh mali tatak sombong wooo. 

Kenapa aku suka tengok filem ni banyak kali? Sebab ceritanya banyak mengimbas kenangan lalu.. dengan lagu-lagu rock kapak yang easy listening.. pakaian diorang... jalan cerita.. perghh!! memang rock uwww!! Lepas tu siap dengan effectnya yang mana kalau fikir secara logik memang tak masuk akal tapi tu lah filem Mamat Khalid. Haha..

Sesiapa yang belum pernah layan filem Rock ni, apa kata korang layan dulu baru dapat feel untuk layan filem Rock Oo.

Penjejak Mimpi: Entah kenapa filem ni sangat 'dekat' dengan aku.. :)

Sunday, February 10, 2013

Terrible Things..

"I had a terrible day". We say it all the time. A fight with the boss, the headache, the stomach flu, traffic.. That's what we describe as terrible when nothing terrible is happening. When the really terrible things happen, we start begging a God to bring back the little horrors and take away this. Would it have helped if we could see what else was coming? Would we have known that those were the best moment of our lives?

Penjejak Mimpi: Life is unpredictable..

Stay or Move On?

IT'S one of these things that people say: "u can't move on until you've let go of the past". Letting go is the easy part. It's the moving on that's painful. So sometimes we fight it. Try and keep things the same. Things can't stay the same, though. At some point, you just have to let go.. move on. Because no matter how painful is.. it's the only way we grow...

Penjejak Mimpi: Just gimme a space..

Saturday, February 9, 2013

Ease The Pain..

WE'RE always looking for ways to ease the pain. Sometimes we ease the pain by making the best of what we have. Sometimes it's by losing ourselves in the moment. And sometimes all we have to do to ease the pain is call a simple truce..

Penjejak Mimpi: Still feel the pain..

Friday, February 8, 2013

I Asked God #1

I asked God to make my spirit grow.

God said, no.

You must grow on your own, but I will prune you to make you frutiful.

Penjejak Mimpi: Insya Allah

Wednesday, February 6, 2013

WWF

WWF; World Wide Fund for Nature. Dulu dikenali sebagai World Wildlife Fund. Tiba-tiba sebut pasal WWF pulak aku ni. Ceritanya macam ni..

Di stesen Bandar Tasik Selatan tadi ada beberapa orang dari WWF minta bantuan orang yang lalu lalang untuk turunkan tandatangan sebagai tanda sokongan kepada organisasi ini dalam menjalankan tugas mereka demi alam semulajadi. Sekaligus meminta sokongan dalam bentuk kewangan untuk menjayakan misi mereka demi kehidupan alam semulajadi yang lebih baik. Argghh!! korang faham tak apa yang cuba aku sampaikan ni? Harap-harap faham.. :)

Kalau tak faham atau kurang faham, apa kata korang terjah kat SINI.

So tadi aku berjaya menjadi salah seorang yang menurunkan tandatangan sebagai menyatakan sokongan kepada usaha murni mereka. Sembang punya sembang dengan petugas WWF tu (Cik Nurul Fatin) terus saja aku bersetuju untuk memberi sokongan secara berterusan kepada WWF ni dalam bentuk kewangan. Donation tu akan ditolak dari kad kredit secara bulanan. Ok jugak pada aku; daripada aku membazir duit tak tentu hala lebih baik aku salurkan ke organisasi demi kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Ewah!! Seperti apa yang tertulis kat borang Senarai Semakan Penderma yang diberi siang tadi; "Terima kasih di atas bantuan anda untuk menghijaukan bumi demi masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak dan kita bersama".

WWF juga terlibat dalam program Earth Hour. Sila terjah kat SINI dan SINI untuk tahu lebih lanjut pasal Earth Hour. Ayat merayu: "sayangilah planet kita"..

p/s Tiba-tiba teringat kenyataan sensasi ni; "haiwan pun ada masalah.. anjing ada masalah.. kucing ada masalah... ikan jerung pun ada masalah.. bla.. bla.. bla..". So betullah kenyataan tu.. harimau sekarang ada masalah kepupusan.. penyu pun ada masalah yang sama juga.. Haha..

Penjejak Mimpi: Berilah sokongan pada WWF demi kita semua.. :)

Mutiara Kata Hari Ini #5

"KADANG-kadang Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya kemana menghilangnya matahari, rupanya Allah mahu memberi kita pelangi.."

(Image taken from Google)

Penjejak Mimpi: Allah maha mengetahui.. :)

Monday, February 4, 2013

Makan Kenduri

SEMALAM aku ke Gopeng dengan Rose untuk menghadiri majlis perkahwinan anak seorang member lama kami; kak Ani. Kisah Kak Ani ni ada aku ceritakan kat sini.

Keluar rumah lebih kurang jam 10 pagi sebab plan nak singgah ke Simpang Pulai dulu; mencari adik angkat aku si Aida. Tapi memang perancangan Allah adalah yang terbaik sebabnya kami masih lagi tidak diizinkan oleh Allah untuk bertemu. Hanya mak dia aja yang ada. Dia sefamily ke Kuala Lumpur sejak kelmarin (Sabtu) dan kemungkinan besar akan balik pada keesokkan harinya iaitu hari Ahad (hari tu lah). Urusan apa tidak aku tanya. Sempat aku tinggalkan nombor telefon. Satu hari nanti Insya Allah dia akan contact aku.

Oleh kerana masih awal, kami makan dulu di satu kedai makan yang berada di laluan ke Cameron Highland. Tapi sebelum tu Rose cuba contact salah seorang lagi member lama iaitu Iffah tapi dia OT pula. Hmmm.. kecewa lagi nampaknya aku.. :(

Jam 11am lebih baru bergerak ke Gopeng. Sampai di sana, parking kereta depan rumah Ina, juga salah seorang member lama kami. Macam biasa berpeluk dan berlaga pipi kami untuk persahabatan yang berusia hampir 18 tahun. Lama kan? :)

Ke rumah kak Ani dengan family Ina dan berjumpa dengan Kak Ani. Dia nampak gembira sangat dengan kehadiran kami. Ye lah, dia 'book' kami sejak bulan Oktober tahun lepas lagi. Kak Ani kahwinkan anak dia 2 orang sekaligus. Anak lelaki dan anak bongsu perempuan bongsu dia. Makanan dihidangkan style buffet. Ada lauk yang pelbagai termasuk daging kerbau. Erk!! What? Kerbau? Huhuhu..

Lepas makan kami pun balik bergerak lepas bersalam dengan ibu pengantin. Aku cari jugak kalau-kalau ada kelibat kak Yus dan kawan-kawan lain tapi hampa. Mungkin sebab kami sampai awal. Lepas tu lepak pula di rumah Ina mengimbas kenangan silam. Dekat 2 jam juga kami di sana. Bila idea dah habis, baru kami bergerak balik. Sebelum tu singgah sekali lagi ke Simpang Pulai kalau-kalau Aida dah balik tapi masih hampa. Belum ada rezeki lagi nampaknya. Dan lepas tu terus kami bergerak balik. Rose hantar aku balik dan lepas tu dia bergerak balik ke Kuala Kangsar. 

Tamat.

p/s Gambar kat kenduri dalam kamera Rose. Tak sempat nak snap guna handphone aku sebab ibu pengantin bz giler melayan tetamu.

Penjejak Mimpi: Esok kerja. Err, nak sambung cuti boleh tak, boss?

Saturday, February 2, 2013

Tiba-Tiba Rasa Sebak

PAGI semalam aku ke Kompleks Islam di Ipoh untuk menguruskan satu perkara. Lepas daftar dalam buku pelawat, terus aku ke Tingkat 1. Dah ambil nombor dan tunggu giliran untuk berurusan di kaunter. Sementara tunggu giliran, aku hanya memerhatikan pelanggan yang datang berurusan di Pejabat Zakat tersebut. 

Tiba-tiba mata aku tertancap pada kelibat seorang makcik yang bertanya sesuatu pada petugas pejabat tersebut. Aku tidak tahu biji butirnya sebab jarak yang jauh antara kami. 

Tak lama kemudian petugas tersebut kembali ke tempatnya iaitu di kaunter dan menghulurkan bungkusan plastik pada makcik tersebut. Nampak macam bungkusan beras. Sambil makcik tu menerimanya, mulutnya menuturkan kata: "terima kasih encik" sambil dibalas: "sama-sama makcik" oleh petugas lelaki tu. Sebelum keluar dari pintu pejabat, makcik tu mengucapkan terima kasih pula pada petugas di kaunter pertanyaan. Juga dibalas dengan jawapan: "sama-sama makcik".

Saat terpandang keadaan tu aku rasa sebak. Air mata hampir keluar tapi ditahan sebab depan aku ada pelanggan lain. Entah kenapa aku mesti berasa sebak macam tu.. 

Aku sebak sebab terbayang keadaan makcik tu ke.. aku sebak sebab terpancar rasa gembira di muka makcik tu ke.. aku sebak sebab pejabat zakat menjalankan tugasnya.. (sebak sebab happy) ke.. aku sebak sebab apa.. entah.. aku pun tak tahu.. ke aku yang terlalu sensitif? Entah..

Bila sampai turn aku, rupanya aku tersilap pejabat. Pejabat di tingkat 1 tu rupanya untuk Agihan Zakat. Urusan pembayaran zakat di Tingkat 4. So terus aja aku ke Tingkat 4.

Di Tingkat 4, petugas kaunter ialah kak Suzilah; anak kepada kawan lama arwah abah aku. Anak polis lah jugak macam aku ni ha.. Hehe. Sempat berbual kejap bertanya khabar dan selesai urusan terus aku balik.

Sekian sahaja entri aku kali ini yang bertajuk Tiba-Tiba Rasa Sebak. <-- macam skema aja?

Penjejak Mimpi: Kena ingat selalu tak semua orang senang dan mampu. So bantu-membantulah sesama kita.

Friday, February 1, 2013

Saya Nak Duduk Sini

AKU dah kat kampung hari ini. Semalam bertolak balik dari KL. Balik rumah dulu dan bersiap lepas tu bergerak ke Pudu Sentral.

Di Pudu Sentral, jam dah ke pukul 7pm lebih. Tiket aku macam biasa 7.30pm. Dekat-dekat 7.20pm baru aku turun ke platform 10 dan rupa-rupanya bas dah menunggu dan penumpang semua dah naik. Pheww!! Nasib baik tak kena tinggal dengan bas. Huhu.. Naik aja bas, semua mata tertumpu kat aku. Biasalah kan.. orang yang lambat naik bas ni kan selalu jadi perhatian orang lain? Haha lagi.. Ala korang ni, kasi lah aku jadi 'rock star' kejap. Hehe.. Tapi bukan itu yang aku nak cerita kat sini......

Seat aku nombor 6C. Single seat. Tapi tengok-tengok ada orang lain yang duduk situ. Bila aku berdiri depan dia, boleh pulak dia buat-buat bodoh pandang aku dengan muka tak bersalah. So bermulalah adegan yang sedikit membencikan terjadi:

Aku: "Ini tempat saya. 6C" sambil tunjuk tiket dan check nombor tempat duduk tu.

Minah Yang Duduk Tempat Aku: ....... "Amma.. bla.. bla.. bla.. tiket.. bla.. bla.. bla.." (bla.. bla.. bla.. sebab dia speaking bahasa ibundanya iaitu Tamil so aku tak berkemampuan nak translatekan untuk korang. Sorry..). 

Ohh... mak dia yang kat depan tu iaitu yang duduk kat seat 5C. Tak lama lepas tu mak dia hulurkan tiket kat dia dan dia pun tunjuk kat aku tiket bas dia.

Tapi sebelum tu aku sempat tanya kat amoi sebelah aku berdiri tentang bas tersebut. Ye lah.. buatnya aku beria-ia nak duduk situ tapi tengok-tengok tersalah bas ke.. tersalah destinasi ke... tersalah time ke... tak ke malu makcik? Nasib baik betul destinasi dan masa betul iaitu ke Ipoh jam 7.30pm.

Ek ele... seat dia 9C dan 9E rupanya. So aku pun cakap la..

Aku: "Tempat you 9C and 9E kat belakang tu".

Minah Yang Duduk Tempat Aku: Dia tak bersuara tapi tunjuk kat aku seat belakang. Nak suruh aku duduk belakang pulak. 

Aku: "Saya nak duduk sini!" Aku bersuara dengan muka yang sedikit bengang.

Hello.. awak yang patut duduk belakang apasal aku pulak yang nak kena duduk situ? Tiket aku 6C single. Kalau awak nak seat single, kenapa tak beli single seat punya? Tapi yang ini aku cakap dalam hati aje lah.

Hmm.. lama jugak la aku berdiri kat situ menantikan hak aku tu. Minah tu entah apa yang dispeakingkan dengan mak dia dan lepas tu baru anak beranak tu bergerak ke belakang. Aku sempat cakap "thank you" lagi kat minah tu tau. Sebelum tu aku perasan mak dia macam usya semacam kat aku tapi aku tak kisah pun. Siapa suruh duduk tempat orang kan? Dah terang-terang itu bukan tempat awak tapi nak jugak duduk. Bila tuan empunya tiket claim tempat dia, awak nak marah pulak? Tak patut... tak patut..

Tak lama lepas bas bergerak.. anak dia pindah ke seat 5C iaitu seat depan aku. Respon aku? Lantak kau lah. Jangan nanti sampai Hentian Duta tuan empunya tiket 5C pulak kena macam aku. Bila sampai Hentian Duta, tuan seat 5C pun naik dan keadaan yang sama macam aku: iaitu musykil kenapa ada orang lain duduk tempat dia? Aku dengar jugak chinese lady tu bersuara: "this is my place". Minah tu pun duduk balik kat belakang. Kali ni aku bermonolog tapi dengan suara yang agak kuat sikit dan mungkin orang sebelah dengar. Aku cakap: "Amenda la ko ni. Duduk je lah tempat sendiri. Gatal nak duduk tempat orang lain buat apa?".

Mungkin pada orang lain itu cuma pasal seat.. tempat duduk dalam bas. Bukan besar punya hal tapi pada aku ianya sesuatu. Tentang hak. Kenapa dalam bas ada yang single seat dan double seat? Sebab manusia ini pun punyai pelbagai kehendak. Macam aku; setiap kali naik bas memang aku akan minta single seat sebab aku tak nak share dengan orang lain. Kalau single seat kita bebas sikit nak bergerak. Aku beli tiket single seat so hak aku untuk seat tersebut. Aku tak kacau orang.. aku tak ambil hak orang lain tapi kenapa orang lain kacau aku? Ambil hak aku? Itu baru kisah seat bus ekspres.. belum lagi kisah lain.

Moral of the story: Jangan gatal duduk tempat orang lain dalam bas ekspres. Haha..

Penjejak Mimpi: Kalau nak berkisahkan pasal hak.. mati hidup balik pun tak habis-habis..

Art of Deception


DIBACA bila stress. Haha.. Orang lain bila stress baca buku topik ringan-ringan, kan? Aku pula baca buku topik berat-berat untuk hilangkan stress. Hmmm... ada ka?

Hasil tulisan Jerry D. Gray seorang mualaf yang kini menetap di Indonesia. Bekas askar udara US. Buku ni membongkar propaganda US dalam hal Black September atau lebih dikenali sebagai 9/11. Siapa dalang dan mastermind dalam 9/11 tu.. terselit kisah Dajjal, member 0f 300.. freemason dan ahlinya.. dan lain-lain.

Aku tak habis baca lagi buku ni sebenarnya. Mana nak habis cepat; time stress dan time nak tidur aja baru baca so sudah pasti akan mengambil masa yang lama. Tak gitu? Haha..

Penjejak Mimpi: Tahun ni tak mahu beli buku lagi. Nak habiskan stok sedia ada.