Pages

Showing posts with label Amarah Yang Marah... Show all posts
Showing posts with label Amarah Yang Marah... Show all posts

Saturday, November 23, 2013

Awak Tak Percaya Ke?

TENGAH hari semalam lepas makan aku ke Jusco. Cari hadiah-hadiah untuk sepupu aku yang kahwin hari ni. Lepas bayar terus ke wrapping counter. Sementara menunggu, aku ke kaunter bayaran untuk minta 2 helai plastik besar sebab plastik asal tu dah koyak. Maka terjadilah perbualan yang sedikit 'membengangkan' terjadi antara aku dengan staf kat situ.

Aku: Adik, boleh tak saya nak 2 helai plastik besar?
Staf: Kejap ya kak..
Aku: .........
Staf: Er, akak nak apa tadi?
Aku: Saya nak plastik besar 2 helai.
Staf: Akak nak buat apa ek?
Aku: Tadi saya ada beli barang elektrik tapi plastiknya dah koyak.
Staf: Kat mana ek barang tu?
Time ni aku dah start 'panas' dah..
Aku: Ada kat wrapping counter (sambil tunjuk counter yang aku maksudkan). Kenapa, awak tak percaya ke?
Staf: Em.. bukan.. kami sebenarnya..... (ayat tergantung..)
Sambil ambil plastik...
Staf: Nah kak.. saya percaya kat akak (sambil senyum)
Aku: Terima kasih..
Sebelum tu time makan pun jadi gak kejadian yang buat aku naik darah. Hmm.. sabor je lah, teman... :-P

Penjejak Mimpi: Mungkin aku patut bercuti... Heh heh heh..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, October 28, 2013

Disuruh vs Tidak Disuruh

PELIK aku rasa dengan sikap segelintir dari kita ni. Bila disuruh bercakap, kerat jari pun sanggup janji tak disuruh bercakap. Tapi bila tak disuruh bercakap, menyampuk tak kena tempat. Padahal perkara yang dicakapkan itu langsung tidak ada kena mengena dengan dia. Kenapa tak tutup aja mulut tu dan gunakan hanya bila perlu?
p/s Keep your mouth shut! Will you?
Penjejak Mimpi: Kadang-kadang bila berhadapan dengan orang macam ni nak aja aku cakap: "am i talking to you?"
Published with Blogger-droid v2.0.10

Tuesday, October 8, 2013

Pihak Cik Tak Boleh Buat Apa-Apa?

BALIK tadi sementara menunggu kedatangan komuter aku berkesempatan berbual dengan salah seorang polis bantuan wanita (PBW) di stesen komuter Mid Valley. Sebenarnya aku dah lama mencari peluang untuk bertanyakan pada pihak mereka berkenaan perkara INI. So bila dah ada peluang di depan mata, terus saja aku sambar peluang tersebut. Hehe.. Perbualan kami lebih kurang macam ni lah..

Aku: "Assalamualaikum, cik.."

PBW: "Waalaikumussalam."

Aku: "Cik, saya ada satu perkara yang hendak ditanyakan pada pihak You. Macam ni.. you perasan tak kat laluan atas tu ada satu grup yang akan tahan orang yang lalu lalang, bercakap dan akan menunjukkan sesuatu pada orang tersebut?"

PBW: "Ya.. saya perasan.."

Aku: "Yang tu sindiket gores dan menang kan?"

PBW: "A'ah."

Aku: "Sebetulnya saya tertanya-tanya pihak You tak boleh berbuat apa-apa ke pada diorang? (time cakap ni hati aku sebenarnya berkata: "tak boleh ke pihak You tangkap aja diorang tu?"). Yelah.. kesian lah pada diorang yang kena tipu tu.."

PBW: "Hmm.. sebenarnya kami dah halau diorang tu dari kawasan stesen. Diorang ni akan tahan passenger yang lalu-lalang kat atas tu. Ni dah mengganggu passenger. Tapi kami boleh halau setakat kawasan stesen aja. Luar dari situ kami dah takda kuasa.."

Aku: "Itulah.. sebelum ni diorang hilang sekejap. Lepas tu muncul balik. Saya bukan apa Cik.. rasa sakit hati bila tengok ada diantara orang kita yang kena tipu. Padahal perkara ni dah banyak kali diingatkan tapi itulah.. Takkan tak tahu itu sindiket tipu?"

PBW: "Itulah pasal. Diorang ni sebenarnya kalau nampak saya lalu atau menuju ke tempat diorang, cepat-cepat diorang blah. Tapi lepas tu diorang datang balik. Tak boleh nak buat apa. Saya cuma boleh halau aja kalau diorang ada di stesen. Lainlah 'polis regular', sah-sah dah kena diorang ni. *aku rasa maksud 'polis regular' yang disebut oleh Cik PBW tu ialah polis biasa*.

Aku: "Hmm.. sindiket tu illegal kan? Kalau dapat tangkap pun lagi bagus!"

PBW: ........... (sambil senyum). *mungkin dia dapat merasai betapa geramnya aku dengan sindiket tu*.

Itulah lebih kurang perbualan aku dengan Cik Polis Bantuan tu. Tapi sebelum tu sempat lagi dia bertanya aku kerja di mana. Rupanya mak dia pun orang JKR juga tapi sekarang di Kelantan. Orang teknikal juga. Haha... what a small world? Lepas aja kami berbual, terus aja dia masuk lif untuk ke tingkat atas. Aku beranggapan dan berharap dia halau aja geng-geng penipu tu. Haishh!! menyampah betul aku tengok geng penipu tu! Grrr.. grrr....

p/s Apapun, tahniah dan terima kasih pada semua Polis Bantuan di setiap stesen komuter yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komited. Cuma kalau boleh.. tolong peka dan alert dengan insan 'kecelaruan jantina' yang dengan selamba masuk ke koc merah jambu. Kalau boleh la kan.. Hehe..

Penjejak Mimpi: Bila tengok ada yang kena 'tangkap' dengan geng penipu tu, rasa macam nak tarik tangan dia  dan nak tanya: "tak sedar ke awak kena tipu?"

Friday, August 30, 2013

Tanpa Ada Rasa Bersalah.. Hmmmm

DAH la potong queue masa nak bayar..

Lepas tu dengan muka tak bersalah minta aku 'jaga' tempat dia sebab dia nak cari barang lagi!

Tak patut betul la.. grrrrr... grrrrr...

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba aku jadi halimunan kot time dia potong queue tu?

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, August 16, 2013

Dah Dapat Mangsa!!

NAMPAKNYA 'penipu-penipu' yang berkeliaran kat laluan stesen komuter Mid Valley tadi berjaya tangkap seorang 'mangsa' tadi!

Macam mana lah boleh tertipu dengan mudah ek?

Penjejak Mimpi: Rasa macam nak jerit dan cakap: 'Jangan percaya! Diorang penipu!!!'

Published with Blogger-droid v2.0.10

Thursday, June 20, 2013

Grrr... Cubaan... Dugaan..

CADANG nak sambung buat drawing...

Pada masa yang sama nak caj power bank..

Cucuk je usb power bank ke laptop...

Papppp! Gelap terus laptop aku!

Terus tak boleh on!

Grrrr!!!

Aku mula serabut dan kalut...

Selasa depan nak review drawings dengan big bos..

Grrrr!!!

Sempat ke nak siap ni????

Penjejak Mimpi: Rasa nak lempar ke luar tingkap laptop aku ni!!

Saturday, April 20, 2013

Senyumlah Sikit, Bro..

PETANG semalam lepas balik kerja aku ke Plaza Rakyat untuk beli tiket. Aku ke kaunter tiket Transnasional. Yang ada kat kaunter ialah seorang lelaki yang bermuka serius; langsung tak senyum.

Then aku terus ajalah booking untuk balik hari Sabtu; sehari sebelum tarikh mengundi bulan depan. Memandangkan aku tak pernah balik hari Sabtu pagi, so aku tanyalah pada mamat tu tentang masa bas bertolak dari Plaza Rakyat. Mamat tu pun menjawab: "bla.. bla.. bla.."

Aku tak berapa dengar so aku tanya sekali lagi. Dia menjawab macam acuh tak acuh aja: "7.30am.. 8.30am.. bla.. bla..". Dah la tak senyum dari awal lepas tu jawab pun macam apa aja..

Aku nak aja cakap: "adik, awak ni tak boleh nak senyum ke? Cuba layan customer elok-elok. Tak boleh ke?" tapi aku tak cakap pun. Malas. Aku rasa dia baru kena marah dengan bos dia kot.. takpun gaduh dengan awek dia ke.. Lantak kau lah dik oi. Ada aku kisah?

Nota: Aku pernah sound tepet sorang minah kaunter tiket yang layan dan jawab soalan aku acuh tak acuh sebelum ini. Dah kena sound pun masih nak menjawab lagi tu.. Ek ele...

Penjejak Mimpi: Memang hangin satu badan pada orang yang kurang ajar ni.. Grrrr....

Wednesday, March 13, 2013

Paling Benci!!

TERUS terang... aku paling benci bila ada orang yang meletakkan tanggungjawab di bawah tapak kaki! Paling benci! Serius!!!

Penjejak Mimpi: Benci juga bila telefon berbunyi.. bila dijawab: "hello"; pemanggil letak telefon. Hampeh betul!!

Monday, June 18, 2012

Pagi-Pagi Dah Bikin Panas!

HARI ni hari Isnin. So semua orang memerlukan mood yang baik demi menafikan statement 'Monday Blues' yang merujuk kepada semangat yang kurang (atau tiada langsung) dalam membuat kerja. Ada kena mengena dengan tajuk entri? Belum lagi...

Pagi ni aku macam biasa menapak ke stesen lrt Chan Sow Lin untuk ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan. Sampai saja di stesen Bandar Tasik Selatan, aku tengok dah ramai orang beratur nak beli tiket kat mesin tiket. So aku dengan 'eksen'nya terus ke laluan Touch n Go sebab last week aku tengok laluan tu dah berfungsi (setelah hampir seminggu aku terpaksa beli tiket manual). Try punya try.. ayoyo!! tak berfungsi juga! Tengok kaunter pulak.. gelap!! Orang beratur ramai kat mesin tiket tu..

So aku buat keputusan untuk terus tunggu komuter tanpa membeli tiket. Nanti sampai di stesen Mid Valley nanti aku akan bayar aja di kaunter.

Sampai di stesen Mid Valley, aku terus ke kaunter. Sambil hulur duit aku cakap: "Dari Tasik Selatan". Kerani kaunter tu nak hulur tiket tiba-tiba kawan dia tanya: "Dari Tasik Selatan?". Aku balas: "Yup. Sebab kat sana takda orang!!" Huh! selamba ja aku jawab macam tu. Biar diorang tu tahu yang stesen Bandar Tasik Selatan selalu menimbulkan kesusahan pada pengguna komuter termasuk aku.

Aku ingat nak komplen dalam surat khabar aja. Biar pihak pengurusan tahu masalah yang selalu timbul pada pengguna komuter di stesen Bandar Tasik Selatan nih. Tapi bila ya.......

Nota: Hal ni tidak lah membuatkan aku hilang mood. Nak tak nak aku kena ada mood juga untuk setelkan drawing aku tu. Huhuhuhuhu...

Penjejak Mimpi: Dulu dah pernah komplen dalam surat khabar. Tapi komplen kat lrt Putra. Pasal ada sorang staf yang poyos..

Thursday, March 24, 2011

Sarkastik: Pagi-Pagi Dah Bikin Panas!

AKU memang marah pagi tadi dan skang ni. Tapi skang ni da kurang la. Aku malas nak marah-marah dah. Lantakla ape orang nak buat kat aku ni. Aku da cakap skali sebelum ni dan takmo cakap lagi mende yang same dan pade orang yang same.
Cume aku berdoa agar aku sentiase dapat bersabar dan berlapang dada untuk menerime sume dugaan-dugaan yang kecik ni. Dan muge Allah sentiase melindungi aku dari mereka yang berniat nak menjatuhkan aku dan yang berniat nak menjejaskan reputasi dan name baik aku.
Tambahan: Aku memang staf yang tidak baik di mate bos. Aku suke melawan kate bos. Abeh, kalo mende tak betul nak suh aku telan gak ke? Memang aku suke melawan. Aku akui. Tapi aku tau sape aku. Cane keje aku. Tuhan tau dan kenal sape aku dan cane aku wat keje. Tu da cukup..
Penjejak Mimpi: Kekadang tu tak paham ape yang dowang nak sebenonye?

Saturday, January 8, 2011

Pengasuh Yang Kejam..

Salam..
SIANG tadi aku layan video yang diemelkan oleh member. Video kisah kekejaman sorang pengasuh kanak-kanak. Aku rase budak tu maybe umur 3-4 tahun kot.. Ok, pengasuh ni mandikan sorang budak yang dibaringkan atas lantai bilik air. Pastu duk cuci punggung budak tu dengan kaki jek. Dah la tak bersabun! Pastu main jirus jek air kat muke budak tu. Tarik rambut, jirus lagik kat muke budak tu! Memang kasar giler cara pengasuh tu..
Aku bile tengok video tu kan, rase sedih sangat. Sanggup pompuan tu buat kekanak camtu? Kalo marah kat majikan sebab tak naik gaji ke.. gaji murah.. gaji lambat ke.. jangan le lepaskan kat budak yang tak bersalah. Tak patut betul. Memang kejam giler.
To tell the truth bile tengok video tu aku rase marah sesangat. Rase cam nak terajang pompuan tu. Ups!! sori, terganas jap. Tapi memang betul; tu pasan aku. Skang ni aku tak buleh la tengok kekanak yang kene dera ke.. atau kekanak yang tak kene dera ke.. musti aku ingat anak-anak buah aku..
Patutnye pengasuh tu kene tangkap atas dakwaan mendera kekanak! Kalo impot dari Indonesia, anto balik ke sane! Ko datang sini bukannye tak diberi gaji.. Kalo tak pueh ati, gi balik sane. Ape pasan ko kalo anak ko dilayan macam tu? Musti ko marah kan? Tapi kalo ko tak marah, sah-sah ko memang ati batu! Takde perikemanusiaan! Kejam tahap cipan!!
Aku bukan prejudis pade sesape pon tapi aku marah pade orang yang tak sayang dan kesian kat bebudak. Dowang ni ape yang tau? Dowang tak bersalah la.. Yang bersalah ialah orang dewase yang tak gunekan otak!
p/s Sayangilah kekanak sebab dowang mase lalumu dan hormatilah orang tua kerane dowang mase depanmu..
Penjejak Mimpi
- masih terbayang segalanye. Meluat dan benci pade manusie yang kejam!!

Tuesday, January 4, 2011

Takde Inisiatif Langsung.. :(

Salam.
INI adalah luahan ati aku. Sape yang makan cili die yang akan terase pedas. Sape yang tak suke makan cili (macam aku), die slamat.
"Pade sesape yang berkenaan.. ko ni takde inisiatif langsung la.. Patutnye ko da tau PIC bertugas minggu ni cuti sampai 3 ari, pe salahnye ko ganti tempat die dalam 3 ari jugak? Minggu depan ko suh la die replace tempat ko 3 ari. Tu pon susah ke? Tu pon tak leh pikir ke? Tolong la pikir maju ke depan sket! Pikir sket mende yang di luar kotak! Takkan itupon nak kene gitau.. Nak kene cakap.. Nak kene suap kat mulut? Kalo budak kecik takpe la... Ni da nak jadi bapak orang dah!!
Kalo takde sape yang uruskan surat masuk tu nanti cane nak tau kot-kot de surat penting ke.. surat panggil miting ke.. Ko wat part ko and the rest biar orang lain setelkan. Memasing kan da de tanggungjawab so buat la..
Aku tak paham le dengan sikap segelintir manusie ni. Terlalu berkire soal keje! Agaknye luak kot duit dalam poket tu kalo tolong cover untuk orang lain? Tapi kalo time diri sendirik, pandai lak nak cari kamben itam suh cover!
Payah betui bile terpakse bekerja dengan orang macam ni!! Aku da tak larat nak tolong cover keje orang lain. Keje aku yang berlambak-lambak tu ade orang nak tolong ke? Bukan soal berkire tapi aku da tak larat! Ko paham tak?"
Penjejak Mimpi - da letih nak gitau mende yang same berkali-kali. Da bosan.. da fedap.. :(

Tuesday, December 28, 2010

Jangan Merokok La Wei

Salam.
"ELLO encek.. ko ni tak reti membace ke atau tak reti nak interprete sign 'no smoking' tu? Bukan 1.. bukan 2.. tapi rasenye lebih dari 5 kat seluruh area kantin tu. Kalo tak reti, tanye. Aku leh gitau dan interprete sign tu untuk ko. Tak respek privasi orang lain betui! Duk sebelah orang lain tapi berkepul-kepul asak rokok kua dari mulut ko tuh. Pe kate kalo ko gi merokok jauh-jauh dari orang lain? Ko nak jahanamkan jantung ko, sila kan tapi jangan nak babitkan orang lain; orang yang tak bersalah!!"
Penjejak Mimpi
- rimas dengan orang yang tak reti bahase nih..

Wednesday, December 1, 2010

Ni Yang Aku Marah Nie..

Salam.
TIME lunch tadi aku kua makan dengan member. Tibe-tibe rase nak makan fast food so aku ajak die gi Pizza Hut ajek. Erk! aku ni cam ngidam aje la pulok. Ngeee... So pergilah kami berdue ke restoran tu.
Dapat lak seat tepi so kami memang nampak dengan clear sape yang lalu lalang. Ok, sementare tunggu order mai, kami pon duk nyembang macam 10 tahun tak jumpe padehal buleh kate kol tu seminggu at least 3 kali. Hahahaha... pe nak buek, da kawan dengan orang 'mulut banyak' ni so ko trime je lak ek, Gel.. :)
Tengah syok kami bercerite lalu la sorang mak minah bertudung. Yang paling aku bengang tu atas kepale die de lak 'topi' (kalo buleh anggap topi) Santa Claus. Terpacul lak ayat bise aku "ni yang aku menyampah ni.. duk pakai mende tu apehal?" then member aku jawab "nak wat cane, die terpakse kot... tuntutan keje"...
Ermm... tak terkate aku. Aku nak ulas bebanyak pon rase cam malas pon ade. Lagipon tak lame lepas tu, chicken smoked deli wings sampai so daripade kami duk diskas pasal mak minah tu bedal ayam tu lagi best.. Dan lepas tu, semua mende yang diorder sampai dan kami terus makan. Langsung da tak ingat pasal mak minah dan topi Santa Claus nyer.
Time balik, lalu depan kisok mende ntah (tak pasan, nak cepat punye pasal) nampak due orang minah yang pakai cekak rambut yang ade bintang kat atas cekak tu.. Dalam ati aku berkate "huh, aku rela tengok orang pakai cekak yang ade bulan bintang bagai dari aku nampak orang Melayu Islam pakai topi Santa Claus!!"
Penjejak Mimpi
- dowang ni memang tak tau atau saje-saje wat tak tau?

Tuesday, October 26, 2010

Kuang ..... tui mamat tu..

Salam..
SEMALAM time aku makan dengan gel (sebut 'girl') de la kejadian yang paling hampeh berlaku terhadap kami. Kejadian tu berlaku time lunch, di kantin DBKL di bawah opis kami. Sape keje area Mid Valley tau le lokasi tempat kejadian.
Citenye bermule dengan kehadiran due watak utama iaitu aku dan gel yang mencari tempat duduk. Cari punye cari at last jumpe tempat kosong. Kosong means de meja yang ade 4 kerusi tu tidak diduduki oleh sesape pon. So kami dengan rakusnye terus le men'cop'kan meja tersebut. Tetibe datang sorang awek tu tanye kat kami "erm, tempat ni de orang?" seraye menunjuk ke tempat kosong disebelah kami. For info kami makan face to face ye.. So makne nye kat sini tempat sebelah aku dan sebelah gel kosong. Lantas kami terus menjawab "takde". Ok, setakat ni takde lagi perkare hampeh tu berlaku. Sesambil kami bincang nak makan ape tetibe awek tu cakap kat kami "kejap ye.. nanti saye datang balik.." Ler.. aku dengan gel ni berpandangan sesame sendirik. Apehal mak minah ni? Itupon nak gitau ker? "Kami tak kisah pon la ko nak duduk lagi ke kat situ atau takmo.." Ati kami berkate (erk! aku tak tau le sebenonye ati gel ni kate ape kan... tapi ati aku kate gitu ler... Ngeee...). Dan pastu datang lak sorang mamat. Tak pasti pe hubungan dengan awek tu. Pakwe die ke.. abang die ke.. adik die ke.. Skendel die ke.. Ade aku dengan gel ni kisah?
Lepas decide nak makan ape dan nak minum ape aku terus gi order teh ais sementare gel tunggu kat situ. Sampai kat meja kami tu, gel da wat muke tak bes. (Mase tu kapel tu da duduk sebelah kami). Aku tanye pesal tapi die diam jek. Ok lah then aku minte tolong die orderkan kueytiow goreng dengan telur dadar kat satu kedai baru tu. Ala, kedai makan sebelah kedai Pak Syed & Family tu.. Member kate sedap so kami nak try, cube dan test la betui ke sedap makanan kat situ kan?
Ha... mase ni la kejadian trajis tu bermule.. Aku ngah melepakkan diri sesambil menunggu gel datang bawak makanan.. Tapi sebelum tu korang ingat ye aku dengan gel ni duduk face to face tau.. Kalo sape yang tak paham tu maksud aku ialah aku dengan gel ni duduk ngadap muke memasing.. Ok, aku sambung... sesambil menunggu gel bawak makanan.. tetibe mamat ni sambil nyembang dengan awek die selambe tapir jek mengalihkan kedudukan gelas teh ais gel ni ke arah sebelah aku. Tanpa berkate ape-ape, ok? Aku ulang TANPA BERKATE APE-APE!! Means die secare tak langsung nak suh gel duk sebelah aku la.. bukan makan ngadap.. Aku ni terkejut dan terus blur.. Pe hal mangkuk ni? Ati aku berkate lagi.. Owh, nak suh awek die duk sebelah die ropenye... Aku ni da stat panas.. Kuang ajo tui mamat ni.. Kot ye pon nak suh pindah nape tak cakap ke... Mase ni awek die da pindah duduk tempat gel yang asal. So aku terus terpandangkan due tempat duduk kosong sebelah sorang amoi. Aku bangun dan tanye kat amoi tu de orang ke tak sebelah die tu dan amoi yang tengah cakap tipon tu kate takde sambil menggelengkan kepalenye yang mane rambutnye diikat seperti tocang kude (pehal aku melalut ni??)
Lantas dengan sepantas kilat dan bermuke bengis terus aku amik gelas teh kami tu dan terus pindah tempat ke sebelah amoi tu. Aku tak pandang pon muke mangkuk tu mase aku angkat gelas teh ais tuh. Tak kuase aku aihh!!
Sampai jek gel (dengan makanan kami) die jadi pelik nape aku pindah tempat. So aku dengan pantas terus menceritekan pe yang telah berlaku. Cite dengan bersungguh-sungguh dan penuh semangat dan hasilnye telah membuatkan gel menjadi hangin satu badan! Ups! aku telah membakar gel nampaknye. Gel menjadi semakin marah dan seolah-olah mahu ditelan nye ajek mamat tu (pe hal da macam komik jek cite aku ni??). Ce korang pikir.. mane adabnye mamat tu? Kami yang sampai dulu tapi lagaknye macam die yang cop tempat tu. Dah la tu.. selambe tapir jek nak suh orang ubah tempat duduk. Tapi tak cakap pe-pe. Pe hak die? Kalo ye pon tak suke orang lain duk sebelah ko, tak reti nak cakap elok-elok ker? Kalo nak berjiwang karat, gi lah tempat lain. Tak ke kuang ajo namenye? "Wah, bukan main marah orang tu ye??"
Kami terus makan sambil bercerite dan bergelak ketawe (ade ke gelak ek? aku pon da lupe samada kami de gelak ke tak) tapi sesambil tu aku ade cakap kat gel. Beginilah dialog aku kepade gel "lepas makan ni elok kite sound awek die. Suh awek die bancuh sket balak die tu" tapi aku tak le bersungguh-sungguh tapi rupenye gel yang bersungguh-sungguh. Lantas gel menjawab "ok, saye berani. Saye tak kisah". Ishk gel ni.. semangatnyer die.. :)
Lepas makan gel beli lak kopok lekor dan on the way balik dari kedai tu, rupenye semangat Hang Tuah telah merasuk diri gel lalu die telah me'nyound' mamat tu dengan berani dan gagahnye. Sampai kat tempat duduk aku terus tanye "eh! gel sound ape kat mamat tuh?" dan gel menjawab "saye cakap gini kat mamat tu.. adik minte maaf cakap ye.. lain kali tolong berbudi bahase sket". dan reaksi mamat tu? Seolah-olah blur dan tak bersalah. Ni ke orang?
Pe yang pasti, mase kami bangun dan blah dari tempat kejadian tu sempat lagi aku usya mamat tu dan aku pasti jugak yang mamat tu pon meng'usya' kami.. Ntah ape yang bermain dalam kepale otak mamat tu ek? (itupon kalo mamat tu ade otak la...)
Moral of the story:
1. Kepade sume kapel, kalo korang nak memadu kasih ke.. ape ke.. kantin yang ramai orang bukan tempat yang sesuai. Kalo nak mengayat pon, agak-agak la sket. Gi la tempat lain. Ni sebab duk mengayat.. tak luak pon makanan awek tu... kenyang kot dengan ayat-ayat cinte balak die.. Ke kontrol ayu? Ntah..
2. Kot ye pon nak ape-ape.. mintak elok-elok. Jangan nak buat ikot kepale sendirik.
Sekian, terime kasih.