Pages

Friday, June 29, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

SELAMA hampir 7 tahun aku bergelumang dengan drawing dan design; hari ini paling lama aku mengadap immediate bos untuk 'membentangkan' output aku dan hasil dari perbincangan dengan second bos semalam. Semalam pun keluar ofis hampir jam 6pm. Tu pun kiranya rekod la jugak. Kui kui kui..

Cuba korang bayangkan.. kami start discuss jam 11.50am terus menerus sampai ke jam 5.20pm. Stop untuk solat zuhur. Lepas solat terasa lapar lak perut nih. Cari biskut kering kat pantri dan bawak ke tempat bos tiga keping. Aku bedal dua keping dan sekeping lagi bos aku kebas.

Yang jadi lama tu sebab banyak betul 'gangguan'nya. Kejap-kejap orang ni nak jumpa dia.. kejap-kejap aku terpaksa bangun untuk bukak pintu ofis. Lepas tu konsultan nak bagi drawing.. tetiba ada orang nak tanya dia itu dan ini... mana la tak melaratnya sampai ke petang? Kalau ikut aku ni dah nak muntah hijau asyik mengadap drawing.. menjawab soalan yang timbul sebab drawing yang aku design (jangan lupa beserta justifikasi).. bertanya ketidakfahaman aku berkenaan perkara-perkara teknikal bersangkutan projek.. 'menerangkan' apa-apa yang 'kabur' di mata second bos dan immediate bos aku tu.. huhuhuhu..

Lepas berdiskusi.. ding dong sana.. ding dong sini.. kesudahannya 'sukacita' aku maklumkan yang aku masih tak boleh start buat final circuit! Sedangkan plan aku nak start buat final circuit minggu depan. That's why pagi-pagi buta aku dah sms second bos aku semalam untuk mintak discuss pasal design aku tu pagi. Tapi pagi dia ada meeting so tunda ke petang. Petang pulak start jam 4.15pm membawak ke jam 6pm.

Dan untuk mintak discuss dengan immediate bos aku hari ni.. sama juga aku buat. Aku sms dia jam 6.30am dan cepat-cepat 'booking' dia. Hahahaha.. Macam barang lak bos aku tu.. Aku terpaksa buat macam tu sebab dia baru hari ni masuk ofis sebab ada kursus. Hari ni pulak second bos ke Sarawak so mana yang boleh aku 'tangkap' tu.. aku 'tangkap' lah. Janji kerja aku settle!

Cuma apa yang pasti sekarang ialah.. hari ni aku tak bawak balik langsung semua kerja aku; drawing layout ataupun drawing lightning. Sebenarnya kan.. aku lupa nak bawak balik semua kerja aku tu. Kelam kabut punya pasal. Tapi elok jugak. Boleh juga otak aku ni rehat sikit.. tak gitu?

Penjejak Mimpi: Ayat aku yang membuatkan immediate bos tersengih bila dia mengadu stress dengan load kerja yang banyak: "relaxlah Puan.. that is the beauty of Bahagian Perunding Rekabentuk especially D1".

Wednesday, June 27, 2012

Odit Tak Sudah-Sudah..

HARI ni aku rase semacam aja. Sebelum masuk opis kepala aku dah start pusing. Pening memikirkan sesuatu. So time breakfast aku malas nak cakap banyak. Sembang tu adalah sembang juga cuma tak lah 'kepoh' macam biasa.

Di ofis, aku sibuk update fail projek sebab next week ada odit SPK. Aku dah memilih untuk update fail projek yang sedang aku dan 'rakan' work-out. Ada dua jilid tapi sebab baru di peringkat design so kuranglah 'cengkadak'nya. Aku update sendirian so cepatlah siap. Kiranya kurang sejam siap dah kerja aku tu. Lepas tu aku bz kan entah apa-apa. Aku pun tak tahu apa yang aku bz kan. Semuanya kerja yang bukan hakiki.

Kalau ikut plan asal, hari ini ada odit tentang Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan tapi at last kensel. Ok jugak tu. Bosan kalau asyik buat odit aja. Macam kami ni takda kerja!

Lepas odit SPK minggu depan.. ada odit 5S pulak. Argghh!!! letih la. Kemudian dengarnya nanti ada lak miting KIK. Haishh!!

Tu lah peliknya kadang-kadang aku rasa.. bila target tak boleh achieve.. kena marah. Bila kerja yang dibagi tak boleh meet dengan dateline.. kena bambu. Bila itu dan ini.. kena ini dan itu.. Kemudian keluar lak statement "penyampaian kurang berkesan".. Last-last kata kakitangan awam ni makan gaji buta pulak! Abeh camno?

Penjejak Mimpi: Kepada mereka yang berkenaan.. kalo ye pun nak fotostat entri aku (dengan niat kebaikan) boleh tak minta izin aku dulu? Tetiba aja terpampang atas softboard tu ada apa hal?

Sunday, June 24, 2012

Asyik Layan TV Aja..

HUJUNG minggu adalah hari-hari yang aku tunggu setelah lima hari berhempas pulas membanting tulang empat kerat di ofis. Perghh!! macam lah kat dunia ni aku sorang aja yang bekerja. Ekekekeke... saja ja tulis macam tu. Sebagai pembuka bicara mestilah ayat tu gempak sikit..

So dua hari ni aku hanya menghabiskan masa dengan menonton TV aja. Dari cerita inggeris membawa ke cerita tamil semua aku layan. Cerita melayu? Ops!! sorry.. aku kurang layan. Bukan boikot tapi kurang. Ha, jangan ada yang kata aku ni anti cerita melayu pulak ya..

Sebenarnya aku ada juga bawak kerja dari ofis tapi malam Ahad barulah aku start tengok. Actually layout drawing tu tunggu nak 'make-up' aja sebelum submit kat bos untuk disemak. Tapi rupa-rupanya aku tak save kerja aku hari Jumaat tu. Aduyai!! nasib baik tak banyak yang aku amend hari tu so tak lah pening aku buat kerja dua kali. Letih betul! Kebetulan aku ada print kerja aku tu so refer dengan hardcopy untuk buat sebarang pembetulan.

Yang tu insya-Allah esok boleh diplot untuk disubmit ke bos. Lepas ni aku akan pening kepala pulak untuk buat lightning protection system. Nasib baik bukan RISP. Kalau RISP.. lagilah gelabah aku ni. Almaklum.. aku ni bukanlah terror seperti sesetengah orang tu. Aku ni siapa.. technician cikai aja.. Buat kerja lembab macam siput sedut. Huhuhuhu <-- sesi merendahkan diri di malam hari.

Tapi sekarang.. aku masih belum memulakan sebarang usaha untuk buat drawing lightning tu. Oleh sebab nak dapatkan feel, maka aku dengan selambanya masih menonton saluran AXN sesambil mengupdate blog. Teruk kan aku ni? Ngeeee

Nota: Kalau buat drawing lightning protection system... kepala aku akan mula berpinar-pinar... <-- alasan aja tu..

Penjejak Mimpi: Err.. Puan, saya sub kat orang lain untuk buat drawing lightning ni boleh?

Monday, June 18, 2012

Pagi-Pagi Dah Bikin Panas!

HARI ni hari Isnin. So semua orang memerlukan mood yang baik demi menafikan statement 'Monday Blues' yang merujuk kepada semangat yang kurang (atau tiada langsung) dalam membuat kerja. Ada kena mengena dengan tajuk entri? Belum lagi...

Pagi ni aku macam biasa menapak ke stesen lrt Chan Sow Lin untuk ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan. Sampai saja di stesen Bandar Tasik Selatan, aku tengok dah ramai orang beratur nak beli tiket kat mesin tiket. So aku dengan 'eksen'nya terus ke laluan Touch n Go sebab last week aku tengok laluan tu dah berfungsi (setelah hampir seminggu aku terpaksa beli tiket manual). Try punya try.. ayoyo!! tak berfungsi juga! Tengok kaunter pulak.. gelap!! Orang beratur ramai kat mesin tiket tu..

So aku buat keputusan untuk terus tunggu komuter tanpa membeli tiket. Nanti sampai di stesen Mid Valley nanti aku akan bayar aja di kaunter.

Sampai di stesen Mid Valley, aku terus ke kaunter. Sambil hulur duit aku cakap: "Dari Tasik Selatan". Kerani kaunter tu nak hulur tiket tiba-tiba kawan dia tanya: "Dari Tasik Selatan?". Aku balas: "Yup. Sebab kat sana takda orang!!" Huh! selamba ja aku jawab macam tu. Biar diorang tu tahu yang stesen Bandar Tasik Selatan selalu menimbulkan kesusahan pada pengguna komuter termasuk aku.

Aku ingat nak komplen dalam surat khabar aja. Biar pihak pengurusan tahu masalah yang selalu timbul pada pengguna komuter di stesen Bandar Tasik Selatan nih. Tapi bila ya.......

Nota: Hal ni tidak lah membuatkan aku hilang mood. Nak tak nak aku kena ada mood juga untuk setelkan drawing aku tu. Huhuhuhuhu...

Penjejak Mimpi: Dulu dah pernah komplen dalam surat khabar. Tapi komplen kat lrt Putra. Pasal ada sorang staf yang poyos..

Saturday, June 16, 2012

Terkesan sungguh..

SEKARANG ni tiap-tiap Jumaat cawangan aku akan mengadakan tazkirah ataupun bacaan tahlil dan yassin. Tazkirah tu pula samada Tuan Pengarah Kanan yang bagi ataupun kami akan jemput penceramah luar.

Dan semalam Cawangan Kejuruteraan Elektrik sungguh bertuah sebab dapat menjemput penceramah yang memang 'femes emes' dan terkenal 'seantero Malaya' iaitu Datuk Ustaz Daud Che Ngah. Memang sesapa yang tak joint tu rugi. Rugi yang teramat sangat.

Ok, topik semalam ialah berkenaan Israk & Mikraj tapi banyak la benda lain yang Datuk sampaikan selain kisah-kisah yang mana sebagai orang Islam kita perlu percaya akan kehebatan Al-khalik.

Aku tak nak sentuh pun kisah Israk & Mikraj tu cuma dalam banyak-banyak ungkapan dan peringatan yang beliau berikan, peringatan ini yang amat memberi kesan pada aku iaitu: "solat tu ialah ikatan hamba dengan Allah. Siapa yang tak solat; kafir. Siapa yang kafir bukan hamba Allah". Satu lagi beliau cakap: "Solat itu hamba. Tidak solat itu makhluk dan sebagai hamba kita kena patuh pada suruhan Allah".

Humang aii.. korang tak terkesan ke ha?

Penjejak Mimpi: Balik-balik muka yang sama attend tazkirah tu.. Sedih sungguh.. :(

Thursday, June 14, 2012

Stresslah Sangat.. Tensionlah Sangat..

AKU dah mula busy sekarang. Silap! Bukan baru aku busy.. Rasanya start bulan April aku dah mula busy sesangat. Sebelum tu on-off busynya aku. Sebab tu blog aku dah hampir bersawang. Bukti betapa busynya aku.. (<-- poyo). Tapi sekarang ni tiap-tiap hari ada aja entri aku. Eh! dah tak busy ke aku ni ha?

Aku masuk kerja jam 7.30am dan keluar jam 4.30pm tapi sejak sibuk 'mengerjakan' projek aku keluar jam 5.30pm. Saja extra satu jam. Orang lain sebut OT tapi aku tak anggap OT pun. Biarlah yang tu.. malas aku nak fikir. Tapi hari ni aku balik awal.. err.. tak awal mana pun. Keluar jam 4.32pm; dua minit lewat dari yang sepatutnya. Oh.. dah pandai balik on-time nampak? Eh! dah tak busy kot aku ni..

Sebelum-sebelum ni lepas aja solat Isya  terus mengadap laptop untuk buat drawing. Lepas tu tidur pun lewat. Kalau tak jam 12am sah-sah aku tak tidur lagi. Kadang-kadang meleret sampai ke jam 1-2am. Tapi sekarang? Memang aku sedang mengadap laptop.. cuma bezanya aku tak buka autoCad untuk buat drawing tapi aku buka blog. Tengah update blog. Tidur pun aku dah pandai tidur awal.  Haishh!! Confirm cik PM ni dah tak busy.. kan? kan? kan?

Sebenarnya kan.. at one stage aku dah hilang feel untuk buat drawing. Bukan tak mahu buat langsung.. cuma rasa tak mahu buat untuk seketika (malam ni aja). Nak release tension dan stress. Oh.. ni kononnya sebab stress la ye? Kononnya tension la sekarang ni? Podah cit!! Stress konon.. tension konon. Alasan aja tuh!

Betul la.. untuk malam ni aku rasa tak nak buat drawing even fail projek aku ada bawak balik dan terletak dengan elok atas meja ni. Oh ya.. lupa pulak nak bagitau.. aku dah beli meja makan. Alasan kenapa beli? Sebab aku dah tak larat nak baring atas lantai sambil mengadap laptop untuk buat drawing. Perghh!! Kiranya 2 in 1 la.. sambil makan boleh buat kerja tapi kan.. meja ni lebih banyak digunakan untuk buat kerja berbanding digunakan time makan. Eh! boleh pulak macam tu ye..

Ok, kesimpulannya.. aku tak nak buat drawing malam ni. Sebab aku stress! Sebab aku tension! Boleh terima tak alasan tu?

Penjejak Mimpi: "Assalam. Puan, today sy EL. Sy rs stress ssngt wat pojek ni. I'll be back on Monday. Tqvm". (<-- draft sms untuk bos, esok. Acah aje tu.)

Wednesday, June 13, 2012

Apa Justifikasi Awak?

DAH beberapa minggu aku bergelumang dengan projek baru. Projek apa biarlah rahsia. Yang pasti projek ni memang team aku punya. Meaning aku buat design untuk bos aku sendiri. Bukan untuk bos lain. Sebenarnya aku bukan berkira pasal ni. Kalau dah keluar arahan untuk buat drawing untuk mana-mana projek, memang aku akan pull-out tanpa mengira projek siapa.

Tapi rasanya aku pun macam orang lain yang lebih suka dan gembira jika dapat design untuk team sendiri. Rasa feel tu ada. Bak kata member aku: "kita kena sayang dengan projek kita sendiri!". (<-- time ni aku rasa nak gelak sebab agak kelakar aku rasa dengan statement tu tapi memandangkan dia tengah marah so aku batalkan aja niat tu. Nanti tak pasal-pasal aku kena marah!)

So sekarang ni aku banyak jumpa dan discuss dengan immediate bos aku. So far, aku senang kerja bawah dia. Lagipun masa nak start buat projek ni, aku dah slow talk dengan dia. Aku minta jasa baik dan timbang rasa dia bagi kebebasan pada aku untuk buat design. Kalau tak, aku rasa tangan dan kaki aku terikat dan mental aku dah blocked! Dia jawab: "Ok. Saya memang bagi kebebasan pada kak PM untuk buat design. Saya percaya pada kak PM". Gulp!!

Aku bebas untuk buat kerja aku. Tapi tak lah sampai membelakangkan dia secara total. Ada benda-benda yang aku akan discuss dengan dia sebelum aku buat. Aku bebas untuk mengeluarkan pendapat dan idea. Tapi ehem.. ehem.. kena ada justifikasi lah. Jangan cakap tanpa ada justifikasi yang boleh menyokong pendapat dan idea aku tu.

Sama jugak macam aku. Kalau idea dan pendapat kami agak bercanggah, aku akan tanya apa justifikasi dia. Hehehehe.. barulah adil kan? Takkan lah asyik bos aja yang nak tahu justifikasi staf.. staf pun ada ketikanya perlukan justifikasi dari bos nya. Bukan melawan tapi sekadar 'percambahan idea'. Ekekekeke..

Pagi tadi pun macam tu juga. Kami ada sedikit perbincangan pasal projek sedia ada plus projek sekolah agama. Bla.. bla.. bla.. Lepas tu aku cakap: "Puan janganlah bagi kepercayaan sepenuhnya sangat kat saya. Saya ni bukanlah teror sangat. Saya kan manusia biasa. Bla.. bla.. bla..". Jawapan dia: "Saya memang percaya pada kak PM. Kak PM kan dah lama kerja? Terror dah ni. Saya tak kisah kalau kak PM ada pendapat lain. Asalkan kak PM ada justifikasi dan kalau rasa relevan, saya ok aja". Erk!! justifikasi ok?

Perkataan justifikasi tu sekarang teramatlah popular di kalangan kami. Sampaikan bila aku tanya apa-apa pada second bos pun, aku tanya apa justifikasi untuk jawapan dia. Ishk ishk ishk...

Nota: Justifikasi oh justifikasi.. sampaikan dalam meeting unit tadi pun perkataan tu keluar jugak dari mulut aku yang takda insuran ni!

Penjejak Mimpi: Sebenarnya rasa takut bila bos terlalu pandang tinggi kat aku. Padahal aku ni tak terror.. terrorist ada lah! Huhuhuhu...

Tuesday, June 12, 2012

Aku cuma nak bagitahu..

AKU cuma nak bagitahu:

1. Aku bukan follower. Dalam soal kerja, aku tak suka disuap semata-mata.

2. Aku suka get involve bila nak design projek baru. Tanpa melangkaui batasan dan sempadan part kerja aku dan orang lain.

3. Aku bukan sekadar penerima input atau sekadar penerima arahan bulat-bulat dari bos. Aku perlukan justifikasi.

4. Aku tak suka duduk diam sambil menunggu input bos untuk itu dan ini.

5. Aku tak berkira untuk mencari ilmu dan juga soal yang melibatkan drawing dan design.

6. Aku tak kisah kalau bos minta tolong aku buat sesuatu tugasan yang mana pada pandangan orang lain, tugasan tu tak sepatutnya aku yang buat.

7. Aku tak suka disamakan dengan orang lain dari segi cara kerja dan pemikiran.

Jadi kenapa ada suara sumbang yang seolah-olah mempertikaikan apa yang aku buat? Aku tak berminat nak reveal segala-galanya demi memuaskan kehendak dan tanda tanya orang lain. Kalau ada yang mahu berkira soal kerja.. silakan. Kalau ada yang berfikir: "tugas tu bukan tugas aku jadi kenapa aku kena buat?".. silakan. Anda bebas untuk berfikir apa pun.. anda bebas untuk berbuat apa pun cuma mengambil kata-kata Tuan Pengarah Kanan suatu ketika dulu: "kalau tak mahu berbuat baik, jangan halang orang lain untuk berbuat baik!" Pedih kan nasihat tu? Kebenaran memang pedih dan menyakitkan.

Itulah keadaan yang sedang aku alami sekarang di ofis. Nak cakap lebih-lebih.. nanti jadi lain pulak. So aku diam aja bila ditimbulkan soal ni walau pada hakikatnya aku ada jawapan untuk kesemua perkara di atas.

Nak tau jawapan aku? Jawapan aku ialah: aku suka, aku rela dan dengan cara macam tu aku belajar. Aku bahagia dengan apa yang aku buat sekarang. Aku yakin apa yang aku lakukan ini sedikitpun tidak meninggalkan sebarang parut dan luka mahupun kecederaan kronik pada orang lain. So?

Penjejak Mimpi: Paling penting aku nak bagitau.. aku bukan PELUKIS PELAN!!

Saturday, June 9, 2012

Awak tak boleh goyah..

AKU ada masalah keyakinan diri yang agak kronik terutamanya bila melibatkan soal kerja dan menyentuh soal drawing dan design. Oleh sebab itu aku akan tanya soalan yang sama setiap kali kena buat design untuk projek baru. Dan aku pasti orang yang ditanya akan 'hangin satu badan' bila aku mengajukan soalan yang sama. Apa nak buat.. itu kan kelemahan aku?

Dan semalam perkara yang sama berlaku. Bila ada orang yang seolah mempertikaikan tentang apa yang aku buat untuk satu projek baru.. keyakinan aku mulai goyah. Sebenarnya aku ada jawapan untuk apa yang dipertikaikan tapi aku jadi takut nak meluahkan. Takut jawapan aku salah. Padahal justifikasi untuk apa yang aku buat tu aku rasa betul.

So aku terus berjumpa dengan second bos dan bertanyakan tentang pendapat dia untuk apa yang aku buat dan ternyata..

" Tu lah encik.. actually i pun fikir sama dengan you tapi bila orang tanya dan cakap macam-macam keyakinan i mulai goyah. I rasa apa yang i buat tu salah. I can't stick to my own choice. Dah macam lalang pulak! "

" Awak tak boleh goyah. Bila awak buat design, awak kena tau apa yang awak buat. Kenapa awak buat? Apa justifikasi awak untuk benda yang awak buat? Awak tak boleh goyah. Awak kena firm dengan apa yang awak buat. "

Ex-boss aku pun pernah cakap: " you ni tak confident dengan apa yang you buat. Itulah masalahnya.. bla.. bla.. bla.. " Time dia membebel tu aku hanya mampu menadah telinga yang tersorok di sebalik tudung. Huhuhuhu.. kan dah kata aku 'lack of confidence?'

Penjejak Mimpi: Penyelesaiannya ialah kena tambahkan ilmu di dada, berfikir secara logik dan diluar kotak. Ada faham?