Pages

Monday, September 29, 2014

Beauty's Rival In The Palace -Ulang Tayang

ENTAH bila cerita ini mula ditayangkan balik kat TV2 jam 6pm. Aku memang tak tahu dan tak perasan pun. Tau-tau dah ada tayangan ulangannya. Memandangkan aku dah pernah tengok cerita bersiri ini sebelum ini dan pernah juga buat entri pasal ini kat SINI so rasa teruja tu tak lah macam masa tengok first time tu.

Hehe... Lagipun aku sampai rumah pun dah dekat-dekat jam 6pm; berkejar nak mandi dan nak solat pulak. So daripada berkejar nak melayan cerita tu lebih baik aku berkejar buat apa yang patut.. *poyonya statement!*

Pada sesiapa yang tak pernah layan cerita tu, silalah layan. Kalau ada ongkos lebih, better beli dvd pada sesiapa yang tidak berkesempatan nak layan lepas balik kerja. Yelah.. balik nak rehat.. nak masak (pada sesiapa yang masak) pastu nak siap-siap solat maghrib pulak kan? Tau-tau dah pun azan..

Apapun, cerita ni memang best bangat! 

Penjejak Mimpi: Nanti nak cari dvd cerita ni.. :)

Monday, September 22, 2014

"Excuse Me, Kak!!"

LOKASI: Aeon Mid Valley, 
WAKTU: Tengah hari
WATAK: 3 orang; i) Cik Adik Manis (perasan muda belia lagi) dan kawan ii) Uncle tua

TENGAH hari Jumaat lepas, ada lah orang tu.. aku namakan dia "Cik Adik Manis" (CAM) membeli belah di Aeon, Mid Valley. Dia dengan kawan dia la.. Lepas membeli belah nak bayar lah pulak kan? So CAM ni beratur la nak membayar.. Lepas bayar, si CAM ni happy-happy terus berlalu dengan kawan dia nak balik ke ofis.

Tiba-tiba:

Uncle: Hello!! Excuse me kak!

CAM: Berhenti tiba-tiba dari berbual dengan kawan dan terus merenung muka uncle tu sambil berfikir: "apahal lah uncle ni panggil aku kak.. padahal dia lagi tua dari aku! dah beruban pun!!". 
Si CAM ni tak bagi respon apa-apa pada panggilan uncle ni. Mungkin 'terkesima' dengan panggilan 'kak' tu agaknya.. Haha.. perasan muda belia lagilah tu..Ciss!!

Uncle: Barang u tertinggal kat kaunter la, kak...

CAM: Oh, ye ke? (Baru bagi respon lepas 2 minit. Aiya!!!)

Uncle: Ya la.. tinggal kat kaunter..

So si CAM ni terus lah berlari-lari anak pergi mendapatkan barangan yang telah dibayar tu. Hmm.. macam mana boleh tertinggal? Ni semua sebab bengang kat budak cashier tu lah.. Grrr.. grrr...

Moral of the story: 
i) Pastikan makanan dan minuman anda bebas semut untuk elakkan dari penyakit lupa.
ii) Kalau ada yang panggil anda "kak" bukan bermaksud dia perasan muda dari anda.. tapi itu adalah panggilan hormat. *tapi uncle tu boleh jer guna panggilan "Miss" ke.. atau "Cik" ker kan? Huhu..*
iii) Kalau cashier beri layanan cincai-cincai terhadap anda.. bersabar aje. Marah pun tak guna.. nanti tertinggal barang kat kaunter, siapa yang susah? Anda juga sebab kena patah balik ambil barang yang tertinggal tu!  Hehe..

Penjejak Mimpi: Lamanya tak update blog.. dah bersawang weh!! Nak kena vakum lepas ni.. :)