Pages

Friday, January 21, 2011

Tentang Azan

LATELY kite disogokkan dengan berita pasal azan yang kononnye mangganggu privasi orang lain. Dan endingnye lawyer berkenaan telah meminte maaf pade sume orang Islam di Malaysia (walau pade hakikatnye ati yang terluke tidak mudah dirawat hanye dengan pengucapan maaf!!). So kat sini de sedikit ilmu untuk dikongsi bersame tentang azan. Muge bermanfaat, insya Allah.
Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'?
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. " Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin... amin Yarobbal a'lamin..
(Sumber teks dari emel)
Penjejak Mimpi
- muge bermanfaat :)

6 comments:

Kakzakie said...

As-salam...

Apa yg menghairankan kalau di masjid/surau memang time azan semua akan mengengar khusyuk. Tapi cuba lihat kalau azan dari masid berkumandang di shopping complex masing-masing buat tak dengar je. Sedih.... Tak sama kalau di Mekah. Walau kedai buruk dengar azan terus tutup kedai....

Penjejak Mimpi said...

ehemmm... k zakie, itu yang menyedihkan.. islam hanye pade name ajek.. :(

lianalovekhairi said...

yg pasal kontroversi azan tu berlaku kat masjid area rumah mak LLK...berani betul kaum2x bukan islam ni bersuara sekarang.

Penjejak Mimpi said...

mmg pon LLK.. dwg ni dibagi muke sangat.. psl tu jd camtu...

MamaEma said...

dunia nak akhir zaman...

Penjejak Mimpi said...

MamaEma: tu yang menakutkan... da bersedie kah kite ni?