Pages

Tuesday, January 18, 2011

Perkataan Salam

As-Salam.
ILMU utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslimyang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut Ustaz Zawawi Yusof, Baginda s.a.w memberi salam dengan lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh". Ringkasnya, baginda s.a.w akan beri salam dengan ucapan "assalamualaikum" dan menjawab salam "waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh".

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah; "waalaikumus salam"dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu; "wa alaikum salam".

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada si polan ye" contoh ler. Dan bukannya; "kirim salam kat si polan ye".

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "ko tolong kirim salam maut kat dia yer". Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "assalamualaikum" dengan "a'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "as Salam" yang membawa maksud sama dengan "assalamualaikum".

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform "a'kum" dalam sms ataupun email. Perkataan 'akum' adalah gelaran orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'binatang'dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'hamba-hamba binatang dan orang-orang sesat'. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "a'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana ianya ialah dari perkataan "assalamualaikum".

Jangan guna "bye" kerana "bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "di bawah naungan Pope ". Jangan guna "akum" kerana "akum" bermaksud "binatang" dalam bahasa Yahudi. Jangan guna "semekom" kerana "semekom" bermaksud "celaka kamu". Gunakan perkataan "As Salam" sebagai singkatan bagi "assalammualaikum".

Wallahua'lam.

(Sumber teks dari emel dan gambar dari cik abang Gugel)

p/s minte pencerahan dari sesape yang tau dan konfirm pasal ni. Tqvm

Penjejak Mimpi - muge bermanfaat.. :)

0 comments: