Pages

Monday, January 24, 2011

Mengharap vs Putus Asa

SOMETHING really worth to share.. Muge memberi kebaikan; insya Allah.
MENGHARAP
Mengharap atau dalam istilah tasawufnya ialah raja' iaitu sebuah jawapan atas rasa takut atau khauf. Kedua-dua sifat ini saling berkait antara satu sama lain.
Firman Allh s.w.t yang bermaksud: "Dan mereka berdoa kepada Kami dengan pengharapan dan perasaan takut." (Surah al-Anbiya' 21:90)
Khauf dan raja' adalah dua ubat untuk penyakit hati yang apabila salah satu daripada kedua-duanya hilang akan menjadikan seseorang tidak tenteram.
Jadi, seorang Mukmin seharusnya menyeimbangkan di antara khauf (rasa takut) dan raja' (mengharap) agar memperoleh kesepaduan dalam hidup.
Sikap raja' adalah penting dalam diri seseorang untuk menolak penghayatan al-khauf yang berlebihan yang dikhuatiri menyelinap masuk ke dalam hati seseorang Mukmin.
Seorang Mukmin dianjurkan untuk tidak berhenti mengharap daripada pengampunan Allah meskipun sudah bergelumang dengan dosa.
Hadis Qudsi ada menyebut, Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Aku terlalu dekat dengan prasangka hambaKu. Maka hendaklah dia berprasangka terhadapKu atas apa yang diinginkan." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
PUTUS ASA
Putus asa dalam bahasa Arab ialah yaeisa. Sifat ini terjadi apabila tiada sifat khauf dalam hati seseorang. Keadaan ini menyebabkan dia meremehkan persiapan apabila menghadapi kematian. Apabila keadaan ini berlebihan akan timbul lah rasa putus asa.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tidak ada yang putus asa daripada rahmat Allah melainkan orang yang kafir." (Surah Yusuf 12:87)
Allah masih memberi pengharapan kepada orang yang berputus asa dengan firmanNya yang bermaksud: "Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah al-Zumar 39:53)
Tip-tip mengelakkan daripada berputus asa:
* Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik.
* Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t berikan nanti, itu soal kedua. Namun kite tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.
* Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah.
* Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.
(Sumber teks dari Majalah Solusi Isu 22)
Penjejak Mimpi
- kekadang terkeluar gak dari 'orbit'... :(

6 comments:

sissyira said...

salam

ketika berputus asa, saya sering berharap agar ada jalan keluar untuk semua itu =)



Jom Baca dan Komen--sayang, terima kasih kerana sangat memahami

Ati Masrif said...

salam penjejak mimpi,

terima kasih yer

Penjejak Mimpi said...

As-salam

Syira, insya allah ade jalan untuk setiap perkare... :)

Penjejak Mimpi said...

As-salam,

kak Ati, sesame.. :)

mary ann ;) said...

tp selalunya bila kita dlm kesusahan, mesti nak slhkan takdir kan..kononnya sebab bagi kita nasib yg tak baik.

tp lupa yg setiap kesusahan yg kita dpt tu sebabnya nk kita igt dan sentiasa mintak tolong dgn Allah. ;)

Penjejak Mimpi said...

Ann: tu lah namenye manusia.. sentiase lalai dan lupe...