Pages

Thursday, January 20, 2011

Matahari Ditahan Daripada Terbenam

DARIPADA Abu Hurairah r.a., dia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya matahari itu tidak pernah tertahan tidak terbenam hanya kerana seorang manusia kecuali untuk Yusya' iaitu pada malam-malam dia berjalan ke Baitulmuqaddis (untuk jihad)." (Riwayat Ahmad dan sanadnya menepati syarat al-Bukhari)
Nabi Musa a.s mempunyai seorang murid yang menemaninya mencari ilmu. Dia ialah Yusya' bin Nun dan Allah telah memberikan hikmah kenabian serta mukjizat kepadanya. Setelah Nabi Musa wafat, Nabi Yusya' a.s membawa Bani Israil keluar dari padang pasir. Mereka berjalan hingga menyeberangi Sungai Jordan dan akhirnya sampai ke Palestin.
Di Palestin terdapat sebuah kota yang mempunyai pagar dan pintu gerbang yang kuat. Bangunan-bangunan di dalamnya tinggi-tinggi serta mempunyai penduduk yang ramai. Nabi Yusya' dan Bani Israil yang bersamanya mengepung kota tersebut selama enam bulan lamanya.
Akhirnya mereka membuat keputusan untuk menyerang kota itu. Diiringi dengan suara laungan takbir dan berbekalkan semangat yang kuat, mereka berjaya menghancurkan pagar kota dan memasukinya. Di situ mereka mengambil harta rampasan dan membunuh 12 ribu lelaki dan wanita. Mereka juga berjaya menawan beberapa orang kanan yang berkuasa. Akhirnya pada hari Jumaat mereka berjaya mengalahkan 11 orang raja yang berkuasa di Syam.
Peperangan itu mengambil masa yang panjang hingga ke waktu maghrib. Ini bererti hari Jumaat akan berlalu dan hari Sabtu akan tiba.
Menurut syariat mereka pada waktu itu, hari Sabtu adalah hari larangan berperang. Oleh kerana itu, Nabi Yusya' pun berkata: "Wahai matahari, sesungguhnya engkau hanya mengikut perintah Allah s.w.t, begitu juga aku. Aku bersujud mengikut perintahNya. Ya Allah, tahanlah matahari itu untukku agar ia tidak terbenam!"
Dengan izin Allah s.w.t matahari tertahan daripada terbenam sehinggalah Yusya' berjaya menakluki negeri itu. Bulan turut diperintahkan agar tidak terbit.
Setelah Nabi Yusya' dan kaumnya dapat menguasai kota tersebut, Nabi Yusya' memerintahkan untuk mengumpulkan harta rampasan perang untuk dibakar. Tetapi api tidak mahu membakarnya. Lalu beliau meminta kaumnya bersumpah. Akhirnya terbukti bahawa ada sebahagian daripada kaumnya telah melakukan khianat iaitu dengan menyembunyikan emas rampasan sebesar kepala lembu.
Orang yang khianat itu mengembalikan apa yang mereka curi daripada harta rampasan itu. Setelah dikumpulkan dengan harta rampasan perang yang lainnya, semua harta rampasan tersebut hangus dijilat api.
Demikianlah syariat yang dibawa oleh nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w yang tidak membolehkan mengambil harta rampasan perang. Untuk umat Nabi Muhammad s.a.w, Allah s.w.t telah menyempurnakan syariatNya dengan mengharuskan mengambil harta rampasan perang agar dapat dimanfaatkan kaum Muslimin yang terlibat dalam peperangan dan golongan fakir miskin.
Setelah Baitulmuqaddis dikuasai oleh Bani Israil, mereka hidup aman di dalamnya dan antara meraka telah dilaksanakan hukum berpandukan syariat Taurat hingga akhir hayat Nabi Yusya' bin Nun ini. Beliau wafat pada umur 127 tahun manakala beliau berumur 27 tahun pada ketika kewafatan Nabi Musa a.s.
(Sumber teks dari majalah Solusi Isu 26 dan gambar diambil dari Google)
Penjejak Mimpi - suka bace majalah Solusi :)

5 comments:

mary ann ;) said...

suka baca entry nie..;)

kalau niat kita baik, apa yg kita doa insyaAllah akan dimakbulkan kan.. ;) ;)

sissyira said...

salam

alhamdulillah, banyak ilmu yang syira dapat sejak kenal penjejak mimpi :D

Penjejak Mimpi said...

As-salam.

Ann: ye betul tu.. pandai Ann.. :)

Syira: Sonok ati sy kalo syira pikir camtu. Alhamdulillah. Sesame kite ingat mengingatkan sesame sendiri.. :)

lianalovekhairi said...

PM, majalah solusi tu PM beli kat luar ke atau mmg ada kat office? coz saya xpernah dgr majalah tu...Tapi byk ilmu boleh dapat bila PM buat entry2 mcm nie

Penjejak Mimpi said...

LLK: majalah tu PM beli kat luar. rege RM9 sj. sbulan skali. best isinye. kalo LLK nk pnjm gitau le. PM de edisi stat 19 ke 27.