Pages

Thursday, January 13, 2011

Amalan Sunat Hari Jumaat

Salam.
MEMANDANGKAN esok ialah ari Jumaat so jom kite tengok amalan-amalan yang sunat dilakukan pade ari Jumaat.

1. Perbanyakkan selawat kepada Rasulullah s.a.w pada malam Jumaat dan pada siang hari Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya: "Perbanyakkanlah selawat kepadaku pada hari Jumaat dan malam Jumaat. Sesiapa yang bersalawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat dan memberikan salam kepadanya sepuluh kali." (Riwayat al-Baihaqi)
2. Membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat atau malam Jumaat. Abu Sa'id meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka ia akan diterangi oleh cahaya antara dua Jumaat." (Riwayat al-Nasa'i dan al-Baihaqi)
3. Mandi sunat, berhias, bersiwak dan memakai wangian. Daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya hari ini (Jumaat) ialah Hari Raya yang Allah jadikan untuk kaum Muslimin. Sesiapa yang mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah ia mandi. Jika ia memiliki minyak wangi, maka hendaklah ia memakainya. Hendaklah kalian bersiwak." (Riwayat Ibn Majah dengan sanad hasan).
4. Bersegera menghadiri solat Jumaat. Malah terdapat ganjaran yang berbeza bagi orang yang bersegera ke masjid pada hari Jumaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w, yang diringkaskan seperti berikut:
a) Waktu masuk ke masjid awal waktu --> seolah-olah berkorban seekor unta
b) Waktu masuk ke masjid waktu kedua --> seolah-olah berkorban seekor lembu
c) Waktu masuk ke masjid waktu ketiga --> seolah-olah berkorban seekor kibasy
d) Waktu masuk ke masjid waktu keempat --> seolah-olah berkorban seekor ayam
e) Waktu masuk ke masjid waktu terakhir --> seolah-olah berkorban sebiji telur
5. Berusaha untuk duduk dekat dengan imam semasa solat Jumaat. Samurah meriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Hadirilah khutbah dan mendekatlah kepada imam. Sesungguhnya seseorang yang sentiasa menjauh akan diakhirkan tempatnya di syurga meskipun ia memasukinya." (Riwayat Abu Daud dan al-Hakim).
(Sumber: Majalah Solusi Isu 27)
Penjejak Mimpi
- perkare yang baik elok disebarkan... :)

4 comments:

sissyira said...

salam

tazkirah di malam jumaat....


semoga mendapat barakah daripadaNya..

Penjejak Mimpi said...

Salam.

Syira: Insya Allah... :)

me said...

tengah hari ni kul brp?

Penjejak Mimpi said...

ala... dalam kui 1 ke... ok kot?