Pages

Tuesday, March 1, 2011

Yucks!! Kaki Lipas Ler...

TENGAH ari tadi aku gi makan kat satu restoran makanan segera di Mid Valley ni. Hehehehe.. Saje nak mengabihkan kupon yang ade. Pegi dengan lagi 2 orang member. Kupon tu 'Buy one, free one'. So kami amik keputusan yang free tu kami tapau ajek. Ok. Bukan itu yang aku nak cite.
Air aku order milo panas. Sorang kawan lagi order ice lemon tea. Sorang lagi? Die spesis tak minum air lepas makan. Ntah. Special species agaknye.
Order sampai so kami makan.. minum.. bergelak ketawe.. bercerite.. makan.. minum.. dan itu aktiviti kami sampai makanan abeh licin.
Sampai sesi nak mengabehkan air milo aku.. Jeng jeng jeng.. aku terpandang satu objek yang telah menyebabkan tekak aku kembang!! (korang dapat imejin tak cane ghope tekak yang kembang).
Alamak... skali de kaki lipas lak dalam mug milo aku tuh! Cess!! Aku mule terbayang memacam..
Terus panggil waiter kat situ. Minte bil dan bagitau pasal tu. Die kate nak ganti. So aku malas nak cakap banyak so tunggu air 'gantian'nye.
Sampai air yang baru; aku sempat tanye kat budak tu "yang ni kompom takde kaki lipas ker?". Budak tu jawab "takde" dengan muke yang macam cuak. Ler.. bukan aku nak makan ko pon (ati aku berkate).
Lastly tak abeh air tu. Aku takde selera. Nak marah budak tu? Nak maki budak tu? Nak hamun budak tu? Pon aku takde selera. Tekak aku sakit da beberape ari. So mood nak marah orang takde. Da ilang so budak tu selamat dari kene marah dengan aku (terserlah betape garangnye aku, kan?)
Kawan aku yang 2 orang tu? Huh! Buat lawak sengal dengan aku. Dowang kate esok aku akan jadi macam lipas. Bersikap macam lipas; suke kan tempat yang gelap. Buat sume keje dalam gelap.. Appa da.. ingat ni cite katun ke?
Terus aku tingat kat sorang
makcik dalam bas satu ketike dulu...
Penjejak Mimpi:
Aku takmo attach sebarang pic pasal lipas. Nanti aku tak lalu nak makan.. :(

2 comments:

pencinta agung said...

~hoh lepas ni leh jadi la geng oggy n da crocoches~

Penjejak Mimpi said...

PA: ade borang? mmg nak jd geng pon..