Pages

Tuesday, March 15, 2011

Kejohanan Boling

PADA 12hb Mac (Sabtu) yang lepas, pihak AKSI Cawangan Kejuruteraan Elektrik telah menganjurkan kejohanan boling AKSI Piala Ir. Dr. Hj. Mohd Johari Md Ariff Dan Piala Ir. Hjh. Azura Mahayudin. Perlawanan telah diadekan di Plaza 63, Salak Selatan Kuala Lumpur. Bermula jam 12.30pm dan berakhir lebih kurang jam 3.00pm.
Dan aku ehem.. ehem.. telah mewakili unit aku (BPR D1) dengan 2 orang lagi member (Shima dan Kak Norehan). Tu untuk grup pompuan. Untuk grup lelaki lak kami ade Hafizan, Sham, Yusri dan Adi. Lupe lak. Tahun lepas aku main gak boling tapi sebagai 'pemain import' untuk grup BPR D2. (Ayat.. macam terer jek!)
Pertandingan ni asing mengikut gender; lelaki nak merebut piala Dr. Johari (Dr. Joe) dan pompuan lak nak merebut (naseb bek tak sampai tarik-tarik rambut sebab nak merebut!) piala Ir. Hajjah Azura. Ngeeee..
Seperti bese, aku dengan rase rendah dirinye nak gitau yang unit kami bukanlah pemenang untuk 2-2 kategori; lelaki dan pompuan. Unit kami dapat tempat yang sedang-sedang ajek. Hehehehe.. untuk grup lelaki kami dapat tempat ke 10 daripade 13 dan untuk grup pompuan lak kami dapat tempat yang jeng jeng jeng... tempat paling last. Uhuk uhuk uhuk.. tempat tercorot!
Dalam 8 grup pompuan yang bertanding, kami cop tempat last! Terer tak kami?
Pemenang untuk kategori lelaki ialah:
i. BPR B (Johan)
ii. UPSE (Naib Johan)
iii. BPR C (Ketige)
Pemenang kategori wanita lak:
i. UIPT (Johan)
ii. USPM - Team 1 (Naib Johan)
iii. BPR C (Ketige)
Jatuhan pin terbanyak (individu lelaki)
i. Abdullah (BPR D2) - 521
Jatuhan pin terbanyak (individu wanita)
i. Sharinah (BPR C) - 439
Jatuhan pin terendah (individu lelaki)
i. Wan Mohd Khairil (BPR D2) - 269
Jatuhan pin terendah (individu wanita)
i. Nahziatul Shima (BPR D1) - 163
Eh, korang cari name aku ek? Ne ade name aku kat situ. Hehehehe
Err.. kami ade alasan la kenape kami kalah. So kat bawah ni aku dengan idong kembangnye nak gitau alasan nape kami kalah ari Sabtu lepas:
i. Kami ne ade pektis macam grup lain. Grup kami sume rajin-rajin; tak suke curi tulang so takde mase nak gi pektis time opis hour (macam le grup lain pektis time keje!)
ii. Kami saje jek wat kalah. Nak bagi can grup lain menang dulu. Nanti-nanti kami lak menang. Tunggu sume kebangkitan kami; heroin-heroin BPR D1!! Yeah!!
iii. Kami bukan grup yang suke menunjuk-nunjuk. Biar la orang lain nak kate kami tak terer. Takpe.. Tapi kami tau yang kami memang terer. Sebenonye kalo setakat Shalin Zulkifli dan geng-geng die tu, kami memang buleh 'pukul' la. Saje je takmo tunjuk eksen.
iv. Kami ingat slalu pesan ni; tuhan marah kite menunjuk-menunjuk. So salah ke kami ikut pesanan tu? Tak salah kan?
Haa.. tu aje alasan yang mampu aku bagi mewakili grup BPR D1 (yang pompuannye la).
So kat bawah ni sedikit gambar pade ari tu yang sempat aku snap. Gambar grup lelaki takde dalam kamera aku. Tambahan lak kami main kat tingkat 4 dan dowang kat tingkat 3. Ade pon dalam kamera lagi satu. Malas aku nak godek-godek kamera tu... :)
Johan kategori wanita; UIPT diketuai oleh Puan Noraini Ibrahim. Tahniah ye geng-geng UIPT

PM dengan 'terorist' wanita; Sharinah a.k.a Sherry

Naib johan kategori wanita; USPM (Team 1) diketuai oleh Puan Ir. Sabariah Hussein

'Terorist' lelaki; Abdullah a.k.a Pak Lah. Bravo! "Sifu, sile beri tunjuk ajar.."

Tempat ketige kategori lelaki; BPR C. Zamri dengan KJE Ir. Jahini

Khairil; paling tercorot jatuhan pin (kategori lelaki) tengah amik adiah spesel dari KJE Ir. Jahini

Ambuih!! KJE Haji Baihaki; senyum lebar bile BPR B berjaye mengekalkan kejuaraan kali kedua

Johan kategori lelaki; BPR B. Hadi tengah amik adiah dari KJE Ir. Jahini


Erk!! PM sedang bergambar dengan bola bernombor 10. Bergaye dengan t-shirt yang disponsor oleh sorang dermawan unit BPR D1


Muke-muke pemain boling BPR D1 yang pegang prinsip "kasi le can orang lain menang. Kite tak yah tunjuk terer. Bese-bese ajek. Yang penting smangat kesukanan..". Hahahahaha

Penjejak Mimpi: Time kasih pade dermawan-dermawan BPR D1 yang telah sponsor t-shirt, air mineral Dr Sukida dan air tin. Muge Allah berkati dan merahmati kehidupan anda sefamily. Amin.

1 comments:

ida said...

wah siap de sponsor lg...hebat..hebat...
xpe..kita kan menyokong aktiviti cawangan..w/pun xmenang, sesama leh eratkan lg talian persaudaraan..tul x cik PM..
pepun, tahniah kepada semua pemenang (termasuk USPM..hehehehe)