Pages

Tuesday, March 8, 2011

Tidur Sekejap

BESE time tengah ari korang musti suke tido kan? Maksud aku tido kejap sementare nak tunggu time break abih. Ok, dalam majalah Solusi Isu 29 (edisi terbaru) ade sedikit info tentang tido sekejap atau 'day napping' ni. Sekadar berkongsi.. :)
Para saintis yang giat mengkaji mengenai tidur merumuskan bahawa terdapat sekurang-kurangnya lapan manfaat 'day napping':
1. Membantu mengurangkan tekanan di tempat kerja dan belajar
2. Meningkatkan kecekapan dan produktiviti
3. Meningkatkan kemampuan pembelajaran dan daya ingatan
4. Baik untuk jantung dan kesihatan
5. Meningkatkan fungsi kognitif
6. Memberi stamina kepada tubuh untuk melakukan senaman
7. Menjadikan minda lebih kreatif
8. Mengelakkan daripada mengantuk ketika bekerja dan belajar
Namun Rasulullah s.a.w mengajar kita untuk tidur sekejap sahaja dan tidak berlebihan. Kajian menunjukkan jika kita tidur berlebihan pada siang hari dan dilakukan selepas pukul 4pm, badan kita akan memasuki fasa tidur yang lena yang susah untuk bangkit semula. Kesannya, badan akan berasa pening dan terhuyung-hayang dalam tempoh masa yang lama dan juga boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur pada malam hari.
(Penulis asal: Dr. Farhan Hadi Mohd. Taib)
Penjejak Mimpi: Dapat tido dalam 10 minit pon da ok.. :)

0 comments: