Pages

Monday, March 28, 2011

Kempunan Aku :(

NI bukan kisah kempunan nak makan ikan tembakul. Ni kisah kempunan nak masuk bangunan Parlimen.

Jumaat lepas unit kami buat site visit ke bangunan Parlimen untuk pojek naiktaraf kat situ. Tapi memandangkan aku tak bape sihat ari tu, aku amik MC. Huhuhuhu.. Melepas aku nak masuk ke bangunan yang penuh dengan sejarahnye tu.

Siang tadi kat opis member duk sibuk 'perangat' aku. Duk kate "rugi tak gi Parlimen ari tu". Aku balas la "nape lak? Best sangat ke?". Die jawab "bukan senang nak masuk situ le. Security ketat tu..".

Aku jawab lak "ye ke? Ala, lepas ni musti nak pegi lagi kan?" (<-- dalam ati nak jugak pegi tu). Member aku balas "eh, mustilah. Nak kene pegi lagi skali la".

Ati aku terus berbunge-bunge. Ngeee.. Mustile nak pegi. Nak gak merase masuk ke bangunan dimane akta dan undang-undang diluluskan. Nak gak tengok cemane tempat YB-YB bertegang urat dan bertikam lidah menegakkan benang yang basah, kering ataupon lembab. Nak gak usya cane keadaan bangunan dewan rakyat dan dewan negara bersidang.

Tapi bile ek?

Penjejak Mimpi: Tu yang best masuk unit BPR D1 tu... :)

2 comments:

Faztee Danisha said...

penah gi sekali..dengar persidangan antara YB2 tu..protokol je dok dlm tu..xmsuk dlm kpala ork pn pekebnde dorg ckp..hahah

Penjejak Mimpi said...

FD: Sy ni pon ntah dapat merase @ tak..