Pages

Wednesday, February 9, 2011

Tip Disiplinkan Diri

SOMETHING really worth to share. Harap bermanfaat.. :)
1. Senaraikan semua usaha ke arah pencapaian matlamat anda mengikut keutamaan. Kemudian, pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisiplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama itu.
2. Lekatkan poster, cogankata atau kata-kata yang menjelaskan matlamat anda itu di tempat-tempat yang mudah dilihat. Jangan malu, isytiharkan kepada dunia tentang apa yang anda akan capai. Yang penting, "pengisytiharan" itu akan mendorong anda setiap kali anda melihatnya.
3. Tetapkan apa yang anda ingin lakukan setiap hari. Amalkan perancangan mingguan dan harian yang teratur. Usah biarkan hari-hari berlalu "sepi" tanpa sesuatu pencapaian-pencapaian kecil ke arah pencapaian matlamat besar anda. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
4. Setiap perkara penting yang hendak anda laksanakan hendaklah ditulis tarikh akhirnya (deadline). Ini akan memberikan semacam satu kepuasan dan kemenangan apabila tarikh akhir itu berjaya ditepati. Anda akan merasakan matlamat yang dikejar semakin mendekat hari ke hari.
5. Bagi satu tugasan yang sukar atau membosankan (tetapi sangat penting), elok memulakan secara berdikit-dikit. Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana ini akan menjerumuskan anda kepada satu keadaan "tidak berbuat apa-apa". Ingatlah, rasa tidak selesa semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut adalah lebih baik daripada rasa risau, takut dan kesal sekiranya anda tidak melakukannya langsung!
6. Gunakan masa yang paling optimum dalam hidup seharian anda untuk melakukan tugas-tugas yang paling penting. Dan ingat, jangan terus bergelumang ke bahagian-bahagian yang tersukar, sebaliknya mulakan pada bahagian-bahagian yang lebih mudah dahulu, Ini akan memberikan anda semacam satu "momentum" untuk menakluki bahagian-bahagian tersukar dalam tugasan yang paling mencabar.
7. Amalkan dialog diri yang positif. Pandang tinggi diri anda selalu dengan berkata, "Aku boleh. Aku boleh berjaya kerana aku adalah orang yang berdisiplin." Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif samada yang datang dari dalam diri anda sendiri atau daripada orang luar yang tidak membina!
8. Janjikan satu masa untuk meraikan kejayaan anda sekiranya anda berjaya melaksanakan tugas-tugas sukar dalam hidup. Misalnya, menikmati makanan istimewa di tempat-tempat yang
anda sukai selepas melaksanakan tugas-tugas besar. Katakan kepada diri, "Sekiranya aku berjaya menyelesaikan tugas ini, aku akan belanja diriku makan "the best nasi Beriyani in the town!"
(Picture as usual songlap from Mr Google and sumber taken from Majalan Solusi Isu 5)
Penjejak Mimpi: Ingat dulu-dulu mase jadi pengawas sekolah... :)

7 comments:

Kakzakie said...

Salam PM,

Kakak suka gambar kartun tu. Sedih je kena tukar yg anak muridnya melompat sakan.... Tak mudah nak melaksanakan sesuatu ke arah lebih positif....

Penjejak Mimpi said...

As-salam..

Betul tu kak... kene lawan godaan terutamanye godaan dari diri sendiri... :)

woot woot said...

hahaha rajinnye kasi tips panjang cani ^^


moga2 Allah berkati usaha ini :)


insyaAllah

woot woot said...

moga2 Allah berkati usaha kasi tips hebat dan bagos macam ni !

waaa bukan senanng ! thanks ! ^^

Penjejak Mimpi said...

woot woot: insya allah.. muge bawa kebaikan untuk sume.. :)

CIK TOM said...

cik tom biasa buat yang no 8 tue..kalau dpt pe2 yg cik tom dah azamkan..cik tom akan bg hadiah pd diri sendiri..hehe

Penjejak Mimpi said...

Cik Tom: tu salah satu cara untuk menghargai diri sendiri dan penat lelah untuk menjayekan sesuatu..
Tahniah sbb cik tom musti tergolong dalam golongan orang yang berdisiplin jugak kan?

:)