Pages

Sunday, February 20, 2011

Bersyukur

BAGAIMANA cara untuk bersyukur?
- Syukur bukanlah bermakna dengan hanya melafazkan kalimah "syukur". Ada beberapa cara untuk melahirkan syukur. Satu hadis syarif yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi: "Menyebut nama Allah itu merupakan kesyukuran dan meninggalkan menyebutnya merupakan kekufuran. Sesiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit tidak akan mensyukuri yang banyak dan sesiapa yang tidak mensyukuri manusia tidak akan mensyukuri Allah Taala." (Riwayat al-Baihaqi no. 4419)
Syukur adalah tugas seorang hamba kepada tuhannya. Orang yang tidak bersyukur digambarkan sebagai mereka yang ketandusan budi. Cuba kita renungi, jika seseorang memberi hadiah kepada kita, kepada siapakah perasaan sayang sepatutnya diberikan? Kepada barang yang diberi ataupun kepada diri yang memberi? Sudah tentu perasaan sayang lebih kepada pemberi.
Akibat tidak mahu bersyukur
- Telah banyak kisah-kisah kaum terdahulu yang ego dan takabbur dengan kemewahan dan kekayaan yang diperolehi lalu akhirnya dimusnahkan oleh Allah s.w.t. Antaranya Qarun dengan kakayaan hartanya, Firaun dengan kekuasaannya dan Namrud dengan keangkuhannya. Tidak terkecuali umat Islam kini, sudah ada yang tiada lagi perasaan berterima kasih di atas nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terhingga. Buktinya, masih ramai lagi yang telah mengabaikan Islam dalam kehidupan; Islam hanya pada ibadah tertentu, bukan pada cara hidup.
Kalimah "Alhamdulillah"
- Setiap kali kita solat, surah al-Fatihah wajib dibaca sebagai rukun dalam solat. Jika ditafsirkan surah tersebut dengan kalimah demi kalimah, kita akan dapati kalimah "alhamdulillah" melambangkan kesyukuran mutlak, makna yang mendalam, tinggi dan meliputi seluruh aspek.
Begitu juga dalam bacaan wirid selepas solat turut disunatkan menyebutkan subhaballah, alhamdulillah dan Allahuakbar sebanyak 33 kali setiap satu agar semangat bersyukur kepada Allah menjadi darah daging kita.
(Sumber teks dari majalah Solusi Isu 20 dan sumber imej macam bese dari cik abang Gugel)
Penjejak Mimpi:
Bersyukur untuk setiap rezeki yang dilimpahkan.. :)

6 comments:

Mia Liana said...

syukur dan bersederhana atas apa yang kita ada..

p/s: mia follow blog ni.. salam kenal..

Penjejak Mimpi said...

Mia: Itu yang dituntut. Ok, time kasih. Nnt sy jenguk blog awak pulak ye... :)

Novelgurl said...

Salam..bersyukur seadanya =)

Hanis MY said...

terima kasih atas perkongsian... salam kenal..folo blog ni...

Penjejak Mimpi said...

novelgurl: btl tu.. kene sentiase bersyukur.. :)

Penjejak Mimpi said...

hanis: sesame lah kite berkongsi untuk kebaikan.. :)