Pages

Wednesday, April 20, 2011

Sengal: Tolong Naik Sorang-Sorang

DI sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih. Hanya dengan membayar RM1 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer.

Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang. Setelah memasukkan wang RM1, mesin komputer menjawab: "47 kg!". Gadis kedua cuba untuk menimbang dan mesin komputer menjawab: "52 kg!"

Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang berat badannya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM1, mesin komputer mengeluarkan jawapan "tolong naik sorang-sorang, jangan ramai-ramai! "

Penjejak Mimpi: Kesian orang yang badan montel macam aku ni... :(

0 comments: