Pages

Tuesday, April 19, 2011

Elak Iman Luntur

BAGI mengelak lunturnya iman, beberapa cadangan boleh diikuti:

1. Tingkatkan kualiti ibadah - Contohilah bagaimana Rasulullah beribadah. Walaupun baginda telah dijamin syurga, baginda tetap beribadah dengan baik. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hadis qudsi yang bermaksud: "Allah berfirman: "Tidaklah seorang hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan sesuatu yang paling Aku cintai selain daripada kewajipan yang Aku fardhukan kepadanya. Dan hambaKu itu sentiasa mendekatkan diri kepadaKu dengan ibadat sunat sehinga Aku mencintainya". (Riwayat Al-Bukhari)

2. Hati sentiasa kusyuk ketika berhadapan dengan Allah - Kusyuk hanya diperolehi dengan jalan mujahadah. Punca hilangnya kusyuk ialah hati terlalu keras. Cara melembutkan hati adalah dengan melemahkan nafsu. Di sini Rasulullah s.a.w mengajar kita supaya sujud lama-lama dalam solat.

3. Selalu menghadiri majlis ilmu - Manusia mudah lupa dan hilang pedoman hidupnya jika semakin jauh dari majlis ilmu. Kalau Rasulullah cintakan ilmu, maka kita juga perlu cintakan ilmu sekaligus menggambarkan kecintaan kepada Rasulullah.

Langkah-langkah yang dinyatakan di sini adalah asas bagi seseorang untuk mencapai kemanisan iman. Jadi, umat Islam tidak harus mengabaikannya.

(Sumber asal teks: Majalah Solusi Isu 30)

Penjejak Mimpi: Mencari cinta Allah..

0 comments: