Pages

Tuesday, April 12, 2011

Kursus Personaliti Wanita Unggul - Part 3

SKANG ni tinggal 3 slot lagi sebelum berakhirnye kusus ni. Slot tersebut ialah Wanita & Tanggungjawab Sosial, Siapa Wanita Professional dan Terapi Ukhuwwah.

Dalam slot Wanita & Tanggungjawab Sosial; kami dibentangkan dengan masalah sosial remaje mase kini; dadah, seks bebas, arak, buang anak dan pelbagai lagi masalah sosial lain. Terdapat beberape punca yang dikenal pasti iaitu pengaruh media seperti internet, majalah, tv dan lenlain. Termasuklah penggunaan henset.

Tapi penekanan ditujukan pade kes buang bayi. Sedih giler bile kami ditunjukkan dengan gambar-gambar bayi yang dibunuh kejam oleh manusie berhati binatang. Ade yang kene gigit dek anjing.. ditinggalkan kat kebun.. dalam tandas.. dalam lubang najis..

Beberape kajian yang dibuat menunjukkan kes anak tidak sah taraf ni dianggarkan berjumlah 1 juta! Aku ulang 1 juta!! Korang bayangkan ramai ke tak ramai?

Dalam 1 juta tu dipecahkan pade 4 kumpulan iaitu

1) Anak tidak sah taraf berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ~250,ooo orang

2) Anak tidak sah taraf tidak berdaftar dengan JPN ~ 250,000 orang

3) Anak tidak sah taraf dilahirkan dan dibunuh ~ 250,000 orang

4) Melakukan pengguguran (abortion) ~ 250,000 orang

(Sume angka adalah anggaran sahaje).

Kite kene ingat bayi yang dibunuh tu nanti sampai mase nanti die bukan tanye pade 'mak bapak' die aje tapi pade kite sume; kenape die dibunuh? Ape salah die? Agak-agak ape jawapan kite?

Skang ni masalah sosial semakin menjadi-jadi. Zina tu seolah-olah satu trend dan tidak dipandang sebagai 'sin' atau dosa. Seolah-olah takde salahnye perbuatan zina ni. Sedangkan mukadimah zina pon haram apatah lagi melakukan zina! Muge kite sume dilindungi dari melakukan perbuatan terkutuk ini. Kite kene takut pade laknat Allah.

Kite kene ingat dosa ni mengundang bala. Bile Allah da turunkan bala, takde sape yang dapat mengelakkan diri. Kene ingat tu.. Bak kate Ustazah Norhafizah; "kalo nak jadi baik, persekitaran pon kene baik juge". Err... sambung lagik.

Nak bace Part 1? Tekan sini.

Nak bace Part 2? Tekan sini lak.

Penjejak Mimpi: Ingatan untuk diri aku juge.. :(

6 comments:

Farhana Basri said...

singgah sini..=)

CikBulat said...

http://fairyofmylove.blogspot.com/2011/04/pertama-kali-dapat-award-ni-wey_12.html

tag kamu, nak amik tak? kui3

MamaEma said...

ramainya...

Penjejak Mimpi said...

Farhana: Tq yaw.. :)

Penjejak Mimpi said...

Cik Bulat: Nanti sy usya, ok? Btw, tengs.. :)

Penjejak Mimpi said...

MamaEma: Mmg ramai. Meriah woo.. :)