Pages

Monday, April 4, 2011

Tujuh Sifat Buruk Watak Kartun Sponge Bob

Dalam kartun Sponge Bob, setiap watak kartunnya memiliki beberapa karakter yang berbeza. Dan setiap karakter itu terdapat beberapa sifat yang dianggap sebagai sifat buruk untuk kanak-kanak. Ini adalah beberapa karakter dari semua watak kartun Sponge Bob tersebut.

1. Sloth/Kemalasan (Patrick): Kemalasan adalah suatu sifat yang dianggap tidak baik, termasuk malas untuk bertindak. Sifat ini adalah sifat Patrick. Dia tinggal di bawah batu sepanjang waktu dan tidak pernah melakukan apa-apa. Malah dalam episod "Big Pink Loser", dia mendapat penghargaan kerana tidak melakukan apa-apa dalam jangka masa paling lama.


2. Wrath/Amarah (Squidward): Sifat amarah melibatkan perasaan kebencian dan kemarahan. Squidward membenci hidupnya dan juga membenci Sponge Bob, dan sebahagian besar waktunya dihabiskan untuk marah-marah.


3. Greed/tamak (Mr. Krab): Jelas Mr. Krab adalah tokoh yang sangat tamak terhadap wang. Bagaimana mungkin tidak? Dia benar-benar berfikir bahawa wang adalah segalanya. 4. Envy/Iri hati (Plankton): Plankton iri hati kepada Mr. Krab kerana The Krusty Krab sangat berjaya, sedangkan The Chum Bucket adalah sebuah kegagalan. Sifat iri hati membuatnya ingin cuba untuk mencuri formula rahsia Krabby Patty.


5. Gluttony/Kerakusan (Gary): Cuba anda perhatikan Sponge Bob dimana dia selalu mengatakan, "jangan lupa untuk memberi makan, Gary" atau mengatakan, "Saya harus pergi makan Gary". Gary sanggup lari jika Sponge Bob lupa untuk memberinya makan. Sifat rakusnya biasanya adalah berlebihan untuk makan.


6. Pride/Kebanggan (Sandy): Sandy mempunyai sifat bangga diri melampau. Sandy bangga terhadap siapa dirinya dan dari mana dia berasal. Dia bangga pada kenyataan bahawa dia dari Texas dan senang kalau semua orang tahu tentang itu. Dia juga bangga pada kenyataan bahawa dia adalah mamalia dan makhluk darat, seperti dalam episod "Pressure", dimana dia cuba untuk membuktikan bahawa makhluk darat lebih baik daripada makhluk laut.

7. Lust/Nafsu (Sponge Bob): Sifat kasih sayang berlebihan terhadap orang lain jelas ada pada Sponge Bob. Dia menunjukkan cintanya yang berlebihan kepada orang lain dengan semangat untuk berbuat baik dan membantu orang serta berlebihan terhadap pekerjaannya.


Itulah beberapa definisi tentang beberapa sifat-sifat dari beberapa watak dari Sponge Bob yang mungkin saja termasuk dalam beberapa dosa , tapi di balik semua itu, kartun tersebut tetap lucu dan sebagai hiburan yang menarik untuk semua.


(Sumber asal aku cilok dengan izin dari Tulahan. Imej lak dari Mr Google)


Penjejak Mimpi: Suke gak layan katun nie... :)

9 comments:

misz sheyla said...

minat.................................................................................................sannnngaatttttttttttttttttttt

lianalovekhairi said...

anis pun suka tgk citer spongebob....

Penjejak Mimpi said...

miszz sheyla: ye ke? hehehehe

Penjejak Mimpi said...

LLK: abeh tu, mama anis tak suke ker?

HajarRasdi [BdkKck] said...

<---- peminat setia spongebob.. =)

Penjejak Mimpi said...

hajar: peminat setia spanbob?? same la.. tapi sikap buruk tu jangan diikut ye..

Faztee Danisha said...

huuuuuuuuuuu...r u ready kids!..hahha..sponge bob squarepant3x..suke lagu oh gary..where is gary..squidwd mmg bodo..

Penjejak Mimpi said...

FD: 'skitwed mmg bodo' <-- stetmen plg kejam.. tp mmg pon. die mmg annoying..
:(

WakafKita11 said...

hahaha.. terbaik pnye statement ni..