Pages

Tuesday, April 19, 2011

Banyakkan Berdoa

RASULULLAH s.a.w bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata bagi orang mukmin, tiang bagi agama dan cahaya langit dan bumi." (Riwayat al-Hakim dan Ibn Abi al-Dunya). Semasa berdoa, pastikan anda mematuhi adab-adab berdoa seperti berikut:

* Berdoa dalam keadaan berwuduk serta bersih daripada sebarang kotoran, hadas dan najis.

* Mulai doa dengan membaca bismillah dan ucapan memuji-muji Allah serta bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w.

* Duduk dan mengadap ke arah kiblat.

* Memohon ampun dengan merendah diri serta mengakui akan kesalahan diri di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan.

* Berdoa dengan bersungguh-sungguh serta memahami isi dan maksud doa, bukannya semata-mata membaca doa.

* Berdoa dengan penuh kusyuk, tawaduk dan merendahkan suara.

* Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk orang lain.

* Mengulangi bacaan doa sebanyak tiga kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

* Menghindari diri daripada sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama samada pada makanan, pakaian, minuman atau pekerjaan.

* Berdoa untuk kaum Muslimin dan Muslimat secara keseluruhan untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
(Sumber teks: Majalah Solusi Isu 30)

Penjejak Mimpi: Tak buleh berputus asa..

0 comments: