Pages

Friday, August 24, 2012

Perempuan Neraka

SEMALAM aku layan drama kat TV3 yang bertajuk Perempuan Neraka. Actually aku 'tertengok' sebab asalnya aku tengok cerita lain kat channel apa ntah. Bila dah habis cerita tu, terus aku tukar channel. Tukar punya tukar melekat lak dengan cerita ni. Sebelum ni dah ditayangkan tapi entah kenapa ditayang sekali lagi. Mungkin atas permintaan ramai agaknya.. :)

Aku tak rajin nak tulis sinopsis drama ni. Korang nak tau sila google sendiri. Cuma aku harap kisah ni menjadi tauladan buat semua isteri-isteri di luar sana dan yang bakal menjadi isteri macam aku ni (entah bila lah tu..). Sebenarnya bila sedang layan cerita tu.. aku terfikir betapa beruntungnya aku sebab ada kerjaya sendiri. Yelah.. at least aku tidak bergantung pada orang lain untuk hidup. Kalau dah kahwin nanti (amin.. amin.. amin..), aku tidak lah bergantung sepenuhnya pada wang gaji suami. Kan? Kan? Kan? Kalau jadi apa-apa sekurang-kurangnya aku ada pendapatan sendiri. Tu yang pertama...

Yang kedua.. aku terfikir.. tak kesian ke sang isteri tu kepada suami sampai tergamak perlakukan suami dia sampai macam tu? Ishk!! Ishk!! Ishk!!! Nauzubillah.. Tak patut betul tindakan isteri tu.. Aku tengok pun jadi geram dengan isteri yang macam tu. Rasa nak lempang pun ada...

Note: Picture as usual taken from Google Image.

Penjejak Mimpi: Syurga isteri di bawah tapak kaki suami, kan?

0 comments: