Pages

Thursday, July 7, 2011

Final Showdown 2011

MALAM tadi berlangsung final Showdown 2011 yang disiarkan di 8tv jam 9.30pm. 4 grup yang masuk final adalah HMC Phlow, Elecoldxhot, Bounce Stepperz dan Rokusteps.

Keputusan sepenuhnye di tangan penonton dengan mengundi menggunekan sms. Pergh!! Bape la gamaknye keuntungan syarikat telco gara-gara Showdown malam tadi, ek? Sape yang minat giler pade krew tertentu tu pasti tak lepaskan peluang untuk undi. Aku? Tak undi pon walaupon aku rase suke dengan krew HMC Phlow dan Elecoldxhot tu.


Memule Rokusteps tersingkir sebab dapat undian paling rendah. Pastu 3 grup tu perform dan Bounce Stepperz lak tersingkir. Tinggal HMC Phlow dan Elecoldxhot yang kene battle. At last, krew yang diisytiharkan juara ialah Elecoldxhot dan HMC Phlow tempat ke-2.

Tahniah pade sume krew sebab anda memang terbaek! :)

Penjejak Mimpi: Suke jugak pade Bounce Stepperz..





0 comments: