Pages

Friday, September 14, 2012

Beyond the Blackboard

Poster filem ni..
Nanti nak carilah novel ni di MPH.. :)
MALAM tadi aku layan saluran 702 Astro (Diva) cerita Dontown Abbey S2 Finale. Lepas habis cerita tu, ada pulak DIVA Movie yang bertajuk Beyond the Blackboard. So terus ajalah aku layan cerita tu. Filem ini berdasarkan kisah benar. Aku sebenarnya prefer kisah benar compared dengan yang fiksyen. Apapun.. layan ajalah... :)

Kisah seorang guru lepasan Universiti Utah (Stacey Bess) yang benar-benar bersemangat untuk memulakan tugas mengajar. Namun apa yang dibayangkan tidak seperti yang diharapkan. Sekolah yang dia ditugaskan hanya tak lebih seperti sebuah gudang dengan kelengkapan pembelajaran yang terlalu kurang dan daif. Dia ditugaskan untuk mengajar anak-anak gelandangan (homeless people). Kiranya tempat tu macam transit hub la. Lepas dioarang dapat tempat tinggal lain, diorang akan berpindah dari situ.

Cerita ni memang sangat memberi inspirasi pada sesiapa yang menontonnya. Cerita ini sebenarnya diadaptasi dari kisah benar (berapa kali nak ulang?) dan telah dinovelkan dengan tajuk "Nobody Don't Love Nobody".

Lepas ni pasti akan diulang tayang filem ni so kepada sesiapa yang terlepas menontonnya, jangan ketinggalan menyaksikannya.

Penjejak Mimpi: Teringat satu ketika dulu.. aku pun pernah mengajar..

0 comments: