Pages

Sunday, January 15, 2017

Berselisih

ASSALAMUALAIKUM wbh & selamat pagi.

Khamis tengahari semasa dalam perjalanan nak ke Pasar Tani, aku berselisih dengan seorang kawan lama. Pernah menjadi boss aku sebelum dia berpindah ke Putrajaya.

Dari jauh dia tersenyum memandang kami (aku & kak Chaq). Kami berdua bersalaman dan berlaga pipi. Mesra. Tidak sempat berbual lama kerana dia mahu ke Cyberjaya menghadiri mesyuarat.

Berselisih.. ya.. kami berselisih tengah hari itu. Kami juga pernah berselisih semasa ofis aku di Mid Valley satu ketika dulu. Tapi dalam emosi yang berbeza. Tidak mesra. Gara-gara berselisih faham satu ketika dulu. Alhamdulillah ianya tidak mengambil masa yang panjang untuk pulih seperti sedia kala.

Dua watak yang sama dengan dua tempat berbeza, dua keadaan berbeza dan dua emosi yang berbeza.  Sebabnya? B.E.R.S.E.L.I.S.I.H. 

Pada aku, berkawan baik kena ada tolak ansur. Kena faham sesama sendiri. Kita tak perlu sentiasa bersama dengan kawan baik sepanjang masa.. tak perlu bermesej sentiasa.. tak perlu kerap berbual di telefon. Kita hanya perlu mendoakan yang baik-baik untuk dia.

Ada ungkapan yang menyebut "Good friends are like stars. You don't always see them, but you know they're always there ".

P/s Untuk dia, aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan untuknya. Aamiin.

Penjejak Mimpi: Dekat tapi jauh..

0 comments: