Pages

Monday, July 29, 2013

'Kipas Susah Mati' Zizan..

Songlap dari Google Image
AKU sebenarnya bukanlah 'kipas susah mati' (die hard fan) si Zizan ni. Ala.. partner si Johan Raja Lawak tu. Tapi aku kenal seseorang yang memang minat gila-gila kat Zizan. Nama Zizan sentiasa meniti di bibir mungilnya. Kejap-kejap "Jijan..". Kejap-kejap "Jijan..". Hmmm.. apalah nak jadi dengan dia.. 

Nak kenal siapa yang aku maksudkan? Tadaaaa...

"Hai.. Nama saya Nur Iris Qalesya. Nama manja saya Rara ataupun Adik. Sayalah peminat Jijan yang Andak saya ceritakan kat atas tu."
"Saya sedang cari gambar Jijan dalam tab andak saya. Hmm.. mana Jijan nih?" Time godek-godek tab aku tu tiba-tiba keluar statement berani mati dia: "Adik shuka Jijan" sambil tersengih-sengih. Alahai Rara Andak..

Gambar ni aku snap on the way nak ke stesen komuter Rawang. Asyik-asyik nak tengok gambar 'embah' (datuk dalam bahasa Jawa) dalam purse aku tu. Rambut dia macam tak bersikat kan? Dalam perjalanan tu asyik sebut nama "Jijan". "Keta Jijan la.." "Jijan itulah.." "Jijan inilah.."

Entah apa yang dibeleknya aku pun tak pasti. Tangan dan mulutnya tak berhenti-henti buat 'kerja'.

Sebenarnya start malam Sabtu aku bermalam di rumah adik aku di Bukit Beruntung, Rawang. Saja nak berbuka puasa dengan dia dan family. Sesambil tu boleh jumpa dengan Rara adik beradik. Sempatlah main "millionaire' dengan abang dan kakaknya. Haha.. saja melayan anak buah.. :) Malam tadi kami bergerak ke Sepang untuk berbuka puasa dengan mak dan family kakak aku di Sepang. Dia ke sana saja nak melawat anak sulungnya; Ekin.

Pagi tadi minta dioarang send aku ke stesen komuter Rawang. Sampai aja.. Rara bersuara: "Adik nak ikut Andak" sambil mendepangkan tangannya minta didukung. Hmm.. ni yang buat Andak lemah nih...:(

Penjejak Mimpi: "Ni apa ni?" soalan Rara untuk setiap benda yang dia tak tahu. Letih Andak nak menjawab Rara oi...

4 comments:

アヌム said...

cun rmbut die heeee

Penjejak Mimpi said...

Anum: Hehe.. Rambut dia tu kalau bersikat pun macam tak bersikat. Mengerbang saja.. :)

tinot tiny said...

wahh bilik puake kah itu

Penjejak Mimpi said...

TT: "Bukan ah.. tu bilik abang ahh.." jawab Rara..