Pages

Monday, July 9, 2012

Nasi Vanggey..

PETANG semalam aku dan kakak yang sulung keluar untuk fetch anak dia yang nombor empat dari Lumut. Aiman Hakeem ada praktikal di sana. Budak tu memang praktikal di sana tapi kami fetch dia di Jalan Greentown. Ntah.. bas kolej dia dropkan dowang di sana agaknya... So lepas fetch tu, kami ambil keputusan untuk singgah makan. Dan pilihan menu ialah nasi vanggey. Kedainya berdekatan aja dengan tempat yang kami fetch Aiman tu.

So bila sampai saja di restoran tu.. perkara pertama yang menarik perhatian aku ialah berkenaan kipas siling yang dipasang di siling restoran tersebut. Tengok!! betapa semangatnya aku nih.. orang lain sibuk nak fikir pasal makan, aku pulak sibuk menelek kipas siling tu. "Eh, ok aje kipas siling ni berpusing. Siling takde pun bergegar. Rod kipasnya cukup panjang. Mungkin sebab tu siling tak bergegar kot. Kipas tu pun ok aje.." hati kecilku berkata.. <-- ewah!! Apa taknya.. gara-gara kipas siling lah drawing layout aku 'pending' sampai sekarang. Big bos insist nak kipas dinding.. second bos nak kipas siling.. immediate bos lak pening.. tak tau nak guna kipas apa sebab dua-dua bos ada alasan.. yang pusing nya aku! Huhuhuhu...

Ok, lepas tu aku terus pilih lauk untuk dimakan. Ada beberapa pilihan tapi aku pilih ayam masak kicap dan telur masin separuh. Kuahnya mamak tu main bubuh aja dalam pinggan aku.

Jeng jeng jeng... tak sabar betul aku nak merasa nasi vanggey ni. Tapi sebelum tu snap gambar dulu sekeping dua.. Bismillah... ermmm.. suapan pertama terus aja mengingatkan aku dengan arwah abah. Sambil makan tu terus kami dua beradik mengimbas kenangan lalu..

Dulu.. sebagai polis (FRU) arwah abah selalu kena out-station/'toreng'. Jangan tanya apa maksud 'toreng' tu sebab aku pun tak tahu. 'Touring' kot.. So sebelum dowang bergerak ke destinasi, dowang akan dibekalkan dengan nasi bungkus sebagai alas perut. Tapi biasanya arwah abah tak makan dan suruh aku ikut dia untuk ambil nasi tu. Bila bawak balik rumah.. berebut-rebut kami adik beradik makan. Memang rasa sedap sangat lah time tu kan... Budak-budak.. Nasi yang kami rebutkan di zaman kanak-kanak tu lah nasi vanggey atau ada yang panggil nasi ganja.

Nasi vanggey yang aku makan ni memang rasa yang sama macam nasi time kami budak-budak tu cumanya ada sejenis kuah yang telah potong 'stim' dalam aku menikmati nasi sambil mengimbas kenangan lalu tu. Dah la pedas giler.. huh!! memang potong stim betul!! (jangan lupa.. aku punyai lidah yang manja. Tak tahan pedas ya..). Air segelas habis.. order ais kosong segelas lagi sebab tak tahan kepedasan.. :(

Apa pun.. aku rasa happy sangat sebab akhirnya aku dapat merasa nasi vanggey ni. Dah terlalu lama aku mengidam nak makan nasi vanggey ni wooo... Aiman cakap ada lagi beberapa kedai di Ipoh jual nasi vanggey. "Emm.. Aman, lain kali kamu kena bawak Andak try kat tempat lain pulak, ok?"

Nasi vanggey sepinggan... :)

Ipoh's famous nasi kandar..


Sejak 1955.. sebelum merdeka tu wehh!!
Penjejak Mimpi: Lain kali kalau makan kat situ lagi kena cakap: "tak mahu kuah pedas.."

5 comments:

no name said...

aku rasa ko pernah cerita pasal arwah abah ko outstation dan nasik yg dibekalkan tu dalam post sebelum ni kan? tp x pasti la post yg mana, akupun t'bawa2 dlm kenangan ko. lebih2 lg citer bab org yg dah x de, sedihhhh wooo..

pasal kipas siling tu aku faham.. biasanya kalau x de solution mcm tu, marilah kita buat rombongan pergi projek yg seakan2 sama @ projek yg sama di daerah lain yg dah siap. sekian..

Aku Yang Berbicara said...

ehem.. ehem.. betapa hebatnya aku bercerita sampai ko pun trbuai2 dgn cite aku tu... :-)

Aku Yang Berbicara said...

Jumaat lps dh ada solution. at last big bos surrendur gara2 siling jenis fixed ceiling. immediate bos ku trsenyum lebar dan aku? trsenyum gak tp trsenyum kelat! manyaknye kena amend! tkr kipas lg... tkr lampu lg.. tetiba tingat statement ni: "awk x takut ke kalo org kondem design awk?"... arggh!! aku x rela dowh!!!

ain dzaya said...

nasi vaggey tu nasi ayam berempah ker..hik4...


Beli Sikat Baru.

Aku Yang Berbicara said...

ain: bukan. nasi putih.. lauk x kisah ayam atau ikan... cuma bezanya dgn nasi yg lain ialah kuah dia. ada rs kelapa sket.. (of course guna santan). lain lah rs kuahnye...

- penjejak mimpi -