Pages

Friday, October 15, 2010

Tip-Tip Panjang Umur

Salam & Guten Morgen (selamat pagi).
ARTIKEL kat bawah ni aku dapat dari majalah Solusi isu 24 yang bertajuk "Panjangkan Usiaku".
1. Amal Jariah - Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia dan anak soleh yang berdoa untuknya." (Riwayat Ahmad). Selain itu baginda juga berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya amal soleh yang akan menyusul seorang Mukmin setelah dia meninggal dunia kelak ialah ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf al-Quran yang dia wariskan, masjid yang dia bangun, rumah tempat singgah musafir yang dia dirikan, air sungai (irigasi) yang dia alirkan dan sedekah yang dia keluarkan kala sihat dan masih hidup. Semua ini akan menyusul dirinya ketika dia meninggal dunia kelak." (Riwayat Ibn Majah dan Al-Baihaqi).
2. Jihad - Allah berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang yang gugur di jalan Allah, (bahawa mereka itu) mati. Bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup tetapi kamu tidak menyedarinya." (Surah al-Baqarah 2: 154). Yang dimaksudkan dengan hidup disini adalah dalam alam yang lain, dimana mereka mendapat kenikmatan-kenikmatan disisi Allah. Dan hanya Allah sahajalah yang mengetahui bagaimana keadaan hidup itu.
3. Lailatulqadar - Umur umat Muhammad tidaklah panjang sangat jika dibandingkan dengan umat-umat sebelum kita. Namun usia yang singkat ini satu rahmat, jika berhasil menemui lailatulqadar. Apa tidaknya, beribadah pada malam tersebut ibarat beribadah seribu tahun. Jadi, hidup kejap tetapi amalam berganda.
4. Elak maksiat - Elakkan dari melakukan sebarang maksiat yang mengundang murka Allah swt.
5. Perbanyakkan ketaatan - Sentiasalah patuh dan taat kepada perintah Allah dengan meninggalkan perkara-perkara yang haram.
6. Silaturrahim - Orang yang menyambung silaturrahim akan panjang usianya, insya Allah.
7. Doa - Panjatkan doa kepada Allah swt supaya umur kita dipanjangkan. Bukan dengan lama hidup tetapi dengan kualiti hidup. Apa guna jika hayat panjang tetapi masa terbuang dengan sia-sia. Ada yang umurnya pendek namun pencapaian memberansangkan yang menyamai orang yang hidup telah hidup lama.
8. Berbuat kebaikan - Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Tidak ditolak qada' kecuali dengan doa dan tidak bertambah umur kecuali dengan kebaikan." (Riwayat al-Tirmidzi no 2139).
Muge artikel ini bermanfaat untuk kita sume, insya Allah.

1 comments:

PinQib said...

sy suke gak vaca solusi