Pages

Tuesday, October 8, 2013

Pihak Cik Tak Boleh Buat Apa-Apa?

BALIK tadi sementara menunggu kedatangan komuter aku berkesempatan berbual dengan salah seorang polis bantuan wanita (PBW) di stesen komuter Mid Valley. Sebenarnya aku dah lama mencari peluang untuk bertanyakan pada pihak mereka berkenaan perkara INI. So bila dah ada peluang di depan mata, terus saja aku sambar peluang tersebut. Hehe.. Perbualan kami lebih kurang macam ni lah..

Aku: "Assalamualaikum, cik.."

PBW: "Waalaikumussalam."

Aku: "Cik, saya ada satu perkara yang hendak ditanyakan pada pihak You. Macam ni.. you perasan tak kat laluan atas tu ada satu grup yang akan tahan orang yang lalu lalang, bercakap dan akan menunjukkan sesuatu pada orang tersebut?"

PBW: "Ya.. saya perasan.."

Aku: "Yang tu sindiket gores dan menang kan?"

PBW: "A'ah."

Aku: "Sebetulnya saya tertanya-tanya pihak You tak boleh berbuat apa-apa ke pada diorang? (time cakap ni hati aku sebenarnya berkata: "tak boleh ke pihak You tangkap aja diorang tu?"). Yelah.. kesian lah pada diorang yang kena tipu tu.."

PBW: "Hmm.. sebenarnya kami dah halau diorang tu dari kawasan stesen. Diorang ni akan tahan passenger yang lalu-lalang kat atas tu. Ni dah mengganggu passenger. Tapi kami boleh halau setakat kawasan stesen aja. Luar dari situ kami dah takda kuasa.."

Aku: "Itulah.. sebelum ni diorang hilang sekejap. Lepas tu muncul balik. Saya bukan apa Cik.. rasa sakit hati bila tengok ada diantara orang kita yang kena tipu. Padahal perkara ni dah banyak kali diingatkan tapi itulah.. Takkan tak tahu itu sindiket tipu?"

PBW: "Itulah pasal. Diorang ni sebenarnya kalau nampak saya lalu atau menuju ke tempat diorang, cepat-cepat diorang blah. Tapi lepas tu diorang datang balik. Tak boleh nak buat apa. Saya cuma boleh halau aja kalau diorang ada di stesen. Lainlah 'polis regular', sah-sah dah kena diorang ni. *aku rasa maksud 'polis regular' yang disebut oleh Cik PBW tu ialah polis biasa*.

Aku: "Hmm.. sindiket tu illegal kan? Kalau dapat tangkap pun lagi bagus!"

PBW: ........... (sambil senyum). *mungkin dia dapat merasai betapa geramnya aku dengan sindiket tu*.

Itulah lebih kurang perbualan aku dengan Cik Polis Bantuan tu. Tapi sebelum tu sempat lagi dia bertanya aku kerja di mana. Rupanya mak dia pun orang JKR juga tapi sekarang di Kelantan. Orang teknikal juga. Haha... what a small world? Lepas aja kami berbual, terus aja dia masuk lif untuk ke tingkat atas. Aku beranggapan dan berharap dia halau aja geng-geng penipu tu. Haishh!! menyampah betul aku tengok geng penipu tu! Grrr.. grrr....

p/s Apapun, tahniah dan terima kasih pada semua Polis Bantuan di setiap stesen komuter yang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komited. Cuma kalau boleh.. tolong peka dan alert dengan insan 'kecelaruan jantina' yang dengan selamba masuk ke koc merah jambu. Kalau boleh la kan.. Hehe..

Penjejak Mimpi: Bila tengok ada yang kena 'tangkap' dengan geng penipu tu, rasa macam nak tarik tangan dia  dan nak tanya: "tak sedar ke awak kena tipu?"

8 comments:

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum..salam kenal..

dulu masa akak dok Cheras..diaorg sampai masuk dlm kawsan rumah..kita cakap tk mahu pun diaorg beriya2 suruh dengar penerangan..tapi dengan akak silap org lah..sia2 je akak halau hahaha...kejam kan..

fiefaryulim said...

Salam, kami student Universiti Malaysia Pahang, buat satu campaign awareness so that Malaysian will inspect their car regularly, mohon follow dan bantu kami :D http://umpautoinspector.blogspot.com/

Kakzakie said...

Sebab masih ada yg nak melayan sebab itu dia tak kisah kakak rasalah...

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Kena bagitahu pihak berkuasa yang lain kot tentang ni. Nanti mereka pegi tangkap semuanya.

Penjejak Mimpi said...

Nyanyisunyi: Dengan diorang ni kita kena kejam, kak. Kalau tidak kita yang kena..

Penjejak Mimpi said...

fiefaryulim: Tq and tahniah. Muga dengan usaha ini dapat memberi kesedaran sepenuhnya pada semua pemandu di Malaysia ini.

Penjejak Mimpi said...

Kakzakie: Itulah pasalnya kak. Dah jenuh beri peringatan pun masih ada orang kita yang tertipu. Ishk.. ishk.. ishk..

Penjejak Mimpi said...

Pokok Manggis Depan Rumah: Kena selidik betul2 nih... :)