Pages

Saturday, April 20, 2013

Senyumlah Sikit, Bro..

PETANG semalam lepas balik kerja aku ke Plaza Rakyat untuk beli tiket. Aku ke kaunter tiket Transnasional. Yang ada kat kaunter ialah seorang lelaki yang bermuka serius; langsung tak senyum.

Then aku terus ajalah booking untuk balik hari Sabtu; sehari sebelum tarikh mengundi bulan depan. Memandangkan aku tak pernah balik hari Sabtu pagi, so aku tanyalah pada mamat tu tentang masa bas bertolak dari Plaza Rakyat. Mamat tu pun menjawab: "bla.. bla.. bla.."

Aku tak berapa dengar so aku tanya sekali lagi. Dia menjawab macam acuh tak acuh aja: "7.30am.. 8.30am.. bla.. bla..". Dah la tak senyum dari awal lepas tu jawab pun macam apa aja..

Aku nak aja cakap: "adik, awak ni tak boleh nak senyum ke? Cuba layan customer elok-elok. Tak boleh ke?" tapi aku tak cakap pun. Malas. Aku rasa dia baru kena marah dengan bos dia kot.. takpun gaduh dengan awek dia ke.. Lantak kau lah dik oi. Ada aku kisah?

Nota: Aku pernah sound tepet sorang minah kaunter tiket yang layan dan jawab soalan aku acuh tak acuh sebelum ini. Dah kena sound pun masih nak menjawab lagi tu.. Ek ele...

Penjejak Mimpi: Memang hangin satu badan pada orang yang kurang ajar ni.. Grrrr....

0 comments: