Pages

Monday, June 18, 2012

Pagi-Pagi Dah Bikin Panas!

HARI ni hari Isnin. So semua orang memerlukan mood yang baik demi menafikan statement 'Monday Blues' yang merujuk kepada semangat yang kurang (atau tiada langsung) dalam membuat kerja. Ada kena mengena dengan tajuk entri? Belum lagi...

Pagi ni aku macam biasa menapak ke stesen lrt Chan Sow Lin untuk ke stesen komuter Bandar Tasik Selatan. Sampai saja di stesen Bandar Tasik Selatan, aku tengok dah ramai orang beratur nak beli tiket kat mesin tiket. So aku dengan 'eksen'nya terus ke laluan Touch n Go sebab last week aku tengok laluan tu dah berfungsi (setelah hampir seminggu aku terpaksa beli tiket manual). Try punya try.. ayoyo!! tak berfungsi juga! Tengok kaunter pulak.. gelap!! Orang beratur ramai kat mesin tiket tu..

So aku buat keputusan untuk terus tunggu komuter tanpa membeli tiket. Nanti sampai di stesen Mid Valley nanti aku akan bayar aja di kaunter.

Sampai di stesen Mid Valley, aku terus ke kaunter. Sambil hulur duit aku cakap: "Dari Tasik Selatan". Kerani kaunter tu nak hulur tiket tiba-tiba kawan dia tanya: "Dari Tasik Selatan?". Aku balas: "Yup. Sebab kat sana takda orang!!" Huh! selamba ja aku jawab macam tu. Biar diorang tu tahu yang stesen Bandar Tasik Selatan selalu menimbulkan kesusahan pada pengguna komuter termasuk aku.

Aku ingat nak komplen dalam surat khabar aja. Biar pihak pengurusan tahu masalah yang selalu timbul pada pengguna komuter di stesen Bandar Tasik Selatan nih. Tapi bila ya.......

Nota: Hal ni tidak lah membuatkan aku hilang mood. Nak tak nak aku kena ada mood juga untuk setelkan drawing aku tu. Huhuhuhuhu...

Penjejak Mimpi: Dulu dah pernah komplen dalam surat khabar. Tapi komplen kat lrt Putra. Pasal ada sorang staf yang poyos..

3 comments:

En. Beyazid said...

Salam perkenalan. Jom jd jiran dalam dunia blogger. Harap awk sudi jd follower saya. Saya dah follow blog ni =)


http://apelak.blogspot.com/2012/06/misi-blogwalking-nak-dapat-ramai-jiran.html

Deru Ombak said...

Saya dah naik Lali dengan sistem pengangkutan awam.

Sampai bersara.. Keadaannya tetap sama. Sekarang bila naik lrt or komuter saya senyum mengikut rentak. Tidak lagi rushing mcm masa keje dulu. :)

Penjejak Mimpi said...

Kak Ya a.k.a Deru Ombak: Sy ni kalau pagi nak gi keje memang kena rushing. Rushing kejar lrt.. pastu rushing kejar komuter. Time balik tak rushing sangat sebab takde sape yang menunggu di umah.. :)