Pages

Sunday, March 24, 2013

Rock Oo.. Rimba Bara Kembali.. Bawa Nostalgia

LAYAN filem Rock Oo.. Rimba Bara Kembali semalam. Bukan tengok wayang beb.. Layan kat laptop aja. Sebelum ni aku ada tulis kisah filem ni kat SINI.

Aku tak rajin nak menaip sinopsis filem ni so korang boleh terjah kat SINI. Jangan marah, nanti kena jual, haaa...

Secara keseluruhannya, aku rasa filem ni tak berapa 'kick' compared dengan filem pertama. Sorry, memang macam tu kan? Yang pertama biasanya best.. hebat.. bagus.. betul tak?

Sebenarnya bila tengok satu-satu scene filem ni.. kenangan lama seolah-olah berputar.. masa muda-muda dulu lah.. Kompleks Yik Foong (Glory).. Super Kinta.. Flat Ashby Road.. (sekadar menyebut beberapa tempat).

Ada satu scene kat kedai makan.. tapi aku betul-betul lupa nama tempat tu. Confuse pun ada samada TKK ataupun kedai makan depan Masjid Negeri. Tapi bila aku tengok berkali-kali.. barulah aku cam... Tempat makan tu kat depan Masjid Negeri, Ipoh.

Yup.. Taman Kanak-Kanak atau nama singkatannya TKK. Kenapa dipanggil TKK? Sebab kat tengah area situ ada playground untuk kanak-kanak. Kat situ ada jual ais kacang dan memang jadi port aku kalau makan-makan kat situ dulu. Tapi sekarang tak tahu lah kedai tu wujud lagi atau tak.  Lama seyh aku tak kesana.. 

Sekarang ni tiap-tiap malam di sebelah TKK tu ada Gerbang Malam. Ala-ala Downtown la kat KL nih.

Kedai makan depan Masjid Ngeri tu pun time aku mengajar kat kolej swasta selalu jugak aku lunch di sana dengan office-mate. Dulu lah.. sekarang jarang makan di sana.. 

Satu lagi scene masa Que Haidar tanya kat Jaafar Onn pasal baju untuk kumpulan SYJ. Jaafar Onn jawab: “Bazar Bulat”. Dulu selalu juga merayap ke sana mencari beg. Lepas tusyen laju aja kaki ni melangkah ke sana dengan geng. Tapi sekarang Bazar Bulat tu dah takda. Dirobohkan. Dan aku tak tahu tapak asal Bazar Bulat tu bangunan apa yang didirikan. Hmm.. satu lagi warisan sejarah dan identiti Ipoh hilang. Cis!!

Kompleks Yik Foong: Port masa muda-muda dulu.. :)
Super Kinta: Sekarang dah jadi bangunan UTC Ipoh dah..
Bazar Bulat: Dah lenyap dah.. :(
Pada sesiapa yang pernah layan filem Rock jangan terlepas untuk saksikan sekuelnya; Rock Oo Rimba Bara Kembali terutamanya orang-orang Ipoh yang baya-baya aku ni. Sambil layan filem ni kita boleh mengimbas kenangan lalu diselang selikan dengan lagu rock kapak. Pergh!! Meleleh beb..

Nota: Tak boleh blah betul ayat Pyanhabib: "Balik pakai seluar.. kasi rock!". Haha..

Penjejak Mimpi: Kalau lah boleh diputar kembali segalanya............

0 comments: