Pages

Sunday, March 17, 2013

Jalan-Jalan Hari Sabtu

Bayar RM4 untuk tiket dan dapat la bag ni. Untuk simpan brosur-brosur pelancongan
SEMALAM aku dan Lin (member JKR Negeri Sembilan) telah ke PWTC untuk sama-sama meramai dan memeriahkan MATTA Fair. Ianya telah berlangsung dari 15-17hb Mac 2013. Dia turun KL dan bermalam di rumah aku semata-mata nak ke MATTA Fair ni.

Kat sana memang banyak agensi pelancongan dan syarikat penerbangan membuat promosi. Memandangkan aku takde plan nak melancong (ada tapi tak lah sampai nak guna agen pelancongan) so aku takdelah bersungguh-sungguh macam kawan aku tu. Dia memang bersemangat tanya itu dan ini sebab ofis dia katanya nak berjalan-jalan ke Sarawak nanti tapi bila tu aku dah tak ingat. Ngeeee

Aku just cari maklumat untuk ke Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan ke Krabi aja. Tapi itupun tak lah sampai tanya ke agen tu. Sebabnya aku bukan nak pergi dalam waktu terdekat ni. Style aku senang dan mudah.. bila dah sampai masanya baru cari info dan booking tiket kalau perlu. Oh, aku ada juga ambil brosur ke Australia. Teringin nak kesana tapi tiada siapa nak bawa pun.. Huhu...

Brosur-brosur yang dihulur oleh agen dan diambil sendiri
Jalan sana.. jalan sini.. lenguh kaki makcik tau. Bahu pun dah 'rebeh' bawa 'kertas-kertas berwarna' tu so singgah kejap di Sunway Putra Mall (dulu namanya The Mall) depan PWTC tu untuk mengisi perut yang lapar. Kami ambil keputusan makan di Restoran Chicken Hut. Tak pernah makan lagi di sini tapi tiada pilihan sebab kebanyakan restoran penuh. Aku order Butter Chicken Rice. Rasanya? Bolehla makan.. Ayam dia banyak tu.. Hehehe <-- gelak seorang yang suka makan ayam

Lepas tu kami ke Kenanga Wholesale City. Di sini Lin sibuk mencari baju baby untuk kawannya. Aku ada juga nak cari baju untuk si 'kerinting' kesayangan aku; si Rara tapi takut tak muat pula so kensel. Baju-baju kat situ memang murah kalau beli borong. Skirt yang aku tengok tu pun harga dalam RM45 ke atas tapi kalau beli 3 helai dah boleh dapat separuh harga. Murah kan?
Kenanga Wholesale City
Last-last Lin juga yang memborong brooch dan baju untuk diri sendiri. Aku? Haha.. pergi cari kopi ais dan lepak kat kerusi sambil layan blog. Itulah gunanya ada tab dan bawa kemana-mana. Ngeh ngeh ngeh.. Sorrylah.. aku bukan tak suka shopping ni cuma aku takda plan nak beli apa-apa. Lepas ni nak try ajak adik aku shopping ke sini. Mesti dia rambang mata nak beli baju untuk anak-anak dia yang 3 orang tu.

Lin dah puas memborong dia ajak aku balik. Dia hantar aku ke rumah sebab nak ambil barang dia kat rumah aku dan lepas tu terus dia bertolak ke Seremban untuk balik kampung.

So kepada sesiapa yang suka membeli belah, silalah berkunjung ke Kenanga Wholesale City ni; syurga dunia untuk membeli belah secara borong. (<-- satu lagi iklan tidak berbayar. Hehe..)

Nota: Best betul update blog sambil dengar lagu guna speaker baru ni.. Heh heh heh..

Penjejak Mimpi: Sedang dengar lagu klasik My Favorite Things dari filem retro The Sound of Music.. :)

0 comments: