Pages

Wednesday, March 13, 2013

Musim Audit Mengaudit.. :(

HARI ini dah bermula sesi odit untuk SPB (Sistem Pengurusan Bersepadu) yang merangkumi EMS dan OHSAS. Akan berakhir Jumaat ini. So pagi tadi auditor datang ke unit aku. Masa mula-mula nak start tu semua berkumpul dan ada lah sesi interview untuk tengok tahap kefahaman kami dalam hal SPB ni. Ala.. soalan dia teramatlah kacang 'ngan yin'. Ikat tangan sebelah pun boleh jawab.. haha (<- bongkak amat! Err.. macam jawab dengan tangan pulak!!)

Lepas tu sesi pemilihan fail projek untuk diaudit. Ding dong sana.. ding dong sini.. bukan fail projek jagaan aku yang kena. So hati 'manyak sinang' la sebab aku tak perlu mengadap auditor tersebut. Sebenarnya kalau ya pun, sah-sah la IB aku pun kena ada sekali, kan? Ye lah, aku ni setakat cari surat atau memo yang ditanya boleh la.. nak jawab pasal projek better engineer yang menjawab. Mereka lebih arif dan tahu. Aku ni apa lah yang tahu? Apa pun tak tahu... Serba serbi tak tahu.. Lebih baik serah pada yang pakar. Tak gitu?

Actually aku prepare juga in-case untuk fail pengurusan dalaman akan ditanya dan diaudit. Kalau itu yang berlaku, sah-sah la aku yang kena mengadap dan bersoal jawab. Kan aku ni pegawai rekod unit? Dah lali dah aku ni kalau ditanya pasal fail pengurusan dalaman. Tapi rasa gabra tu tetap ada juga walau selalu ditanya. Entah apa-apa aku ni..

Lepas ni ada audit 5S.. yang ni ok lagi sebab semua terlibat.. kemudian audit aset.. yang ni tunggang terbalik lah aku sorang-sorang! Huhuhu... Haishh!! tak habis-habis dengan audit. Bosan seyh...

p/s time sibuk berpencak silat buat drawing time tu lah audit sana.. audit sini..

Penjejak Mimpi: Lambatnya bulan Jun.. nak cuti.. nak release tension!

4 comments:

Nur Danisha said...

jaga2

アヌム said...

tak suka bab2 audit ni heeee

Penjejak Mimpi said...

ND: Audit ni dah lepas so lega.. ada audit lain lagi menanti.. :(

Penjejak Mimpi said...

Anum: Memang membencikan kan?