Pages

Wednesday, March 27, 2013

Cikgu.. Tolonglah!!

Sekadar hiasan.. Haha
TIME rehat aku dan IB merayap ke Aeon Big (dulu Carrefour) kat Mid Valley sebab nak mencari sesuatu. Syok-syok berjalan sambil berborak tiba-tiba kami ditahan oleh seorang mamat. Untuk memudahkan cerita, aku namakan dia sebagai Ah Chong.. (<-- klasik giler nama dia!).

Soalan pertama Ah Chong tanya pada kami: "ada epf tak?"

Kami: "takda".

Ah Chong: "Ya ke?"

Kami: "Ye lah. Kami kerja government dan pilih skim pencen".

Ah Chong: "Oh, cikgu ya?"

Kami: Berpandangan dan terus menjawab: "Ya". <-- sorry Ah Chong.. kami dah 'kencing' lu..

So startlah Ah Chong ini mempromot kad kredit bank S******* C********. Aku malas nak dengar sebab sebelum tu kami dah cakap yang kami tak mahu tapi Ah Chong ini beriya-iya sungguh menjalankan tanggungjawabnya. So aku tinggalkan saja IB aku tu dan ke kedai sebelah untuk usya-usya cover tab.

Lama lah jugak mereka berdua tu berbual. Entah apa benda aku malas nak ambil pot. Aku sempat juga cakap kat IB: "Cikgu, ambil lah. Tapi tabung tu bagi saya". Haha. Saja nak 'bakar' dia.. Puas kami berdolak dalik depan Ah Chong tu. Ayat pemanis Ah Chong: "saya tolong you.. you tolong saya. You ambil hadiah saja. Tak approve punya. Bla.. bla.."

"Hmm.. ye lah tu Ah Chong oi.. Banyak lah kau punya tolong.." <-- ni hati aku yang berkata-kata.

Last-last aku cakap kat IB: "Fikir betul-betul cikgu. Kan dah ada kad kredit?" <-- nasihat lah konon sebab aku tengok IB dah macam kena 'racun' dengan si Ah Chong.. (betul kan IB? Kan? Kan? Kan? Haha..)

Bila IB jawab: "tak mahu lah.. bla.. bla.. bla.." sambil kami berlalu pergi. Ah Chong tu dengan penuh perasaan berkata: "tolonglah cikgu.. bla.. bla.. bla.."

Dan kami? Buat bodoh aja sambil gelak sebab rasa kelakar bila tiba-tiba bertukar profesion dalam masa sehari saja..

p/s Tapi kan.. aku memang respek pada Ah Chong ni sebab dia  betul-betul bersemangat sampaikan akses siap-siap ke laman web ANM untuk dapatkan slip gaji kami. Pergh!! Respek betul dengan kesungguhan dia menjalankan tugasnya.

Penjejak Mimpi: Pernah juga dipanggil "cikgu" satu ketika dulu. Setiap kali aku dipanggil dengan gelaran tu semakin aku rasa bertambah tanggungjawab..

10 comments:

pencinta agung said...

hey cover tab tak payah la beli...sagem..

lianalovekhairi said...

wow....cikgu dah pakai tab ka.......

Penjejak Mimpi said...

PA: Ko nak sponsor ek? Yahuu.. Yariba yariba..

Penjejak Mimpi said...

LLK: Lama dah.... Hehe

Muslimah Optimis said...

lama tak singgah sini.. PM kerja apa sebenarnya?? hehehe... dah lama ya PM kerja??

Penjejak Mimpi said...

MO: Saya memang kerja gomen; skim J. Lama lah jugak... :)

isda said...

baik cikgu...

nasib baik cik PM tarik tangan cepat2.. kalau dh kena gam.. kes naya nnt.. hehhe..

Penjejak Mimpi said...

Isda: Nak kenal pasti org yg mudah terpengaruh dan cepat teruja ni senang aja.. So untuk mengelakkan anda dari terus teruja yg bukan2 dan terpengaruh dgn kata2 Ah Chong, lbh baik diselamatkan terus... Err... tak gitu cekgu? Haha..

nurazzah8 said...

PM bukan cikgu tapi ada gaya cikgu ... hehe...akak pula selalu ajer orang teka mmg terus kena, nak temberang kerja lain pun tak leh jadi ... agaknya kat muka ni mmg dah cop kerja ada kaitan dgn cikgu ...

terimakasih sudi tinggalkan jejak di blog akak ..

Kak Azzah8
http://www.nurazzah8.blogspot.com

Penjejak Mimpi said...

Kak Azzah: Kat dahi akak tu dah bercop 'lecturer' sebab tu tak boleh nak temberang.. hehe..