Pages

Tuesday, March 19, 2013

1 Million Women Purple Walk 2013

PADA Ahad baru-baru ni ada event 1 Million Women Purple 2013 di Putrajaya. JKR menghantar wakil seramai 80 orang. Itu ikut senarai la.. yang sebenarnya tidaklah aku tahu. Lepas daftar terus tukar t-shirt purple yang disediakan dan bertolak dengan bas dari Dewan Mahfuz, HQ tepat jam 7.30am dan sampai di sana lebih kurang jam 8am lebih. Nasib baik dalam bas tu ada muka-muka yang aku kenal. Senang sikit bila ramai-ramai ni. Tak gitu?

Mula-mula tu masa turun dari bas kami bergerak dalam kumpulan tapi entah macam mana kami terpisah time bersenam robik. Tinggal kami bertiga aja. Yang lain entah kemana. Tapi alhamdulillah lepas tu jumpa balik lepas bersenam robik bagai tu. Soalan yang ditanya kat aku ialah: "kenapa berpecah dari kumpulan Gagak Hitam?". Haha.. kelakar pulak bila dengar nama Gagak Hitam tu.. macam nama grup perompak bank aja, kan? Haha lagi..

Sebenarnya acara berjalan tu tidaklah jauh mana pun.. setakat 1km lebih aja dari Dataran Putrajaya tu ke pentas utama. Siap ada AC Mizal dengan Linda Onn lagi sebagai MC. Bila PM dan menteri-menteri kabinet yang lain dah tiba, adalah nyanyian Negaraku.. Inilah Barisan Kita dan I am For You (IM4U). Lepas tu ada pula video clip pasal pencerobohan di Lahad Datu tu. Entah kenapa time ni air mata aku mengalir.. sedih.. kasihan.. dan rasa semangat yang berkobar-kobar. Eceh..

Aku dan Kumpulan Gagak Hitam berdiri depan skrin besar yang tersedia kat situ. So everything is very clear. Penat berdiri kami duduk. Dengar PM berucap pasal peranan wanita.. bla.. bla.. bla.. tapi kami sibuk bla.. bla.. bla.. kat satu tempat yang redup. Ok tak?

Lepas PM merasmikan Perwani tu, kami terus bergerak balik. Adalah Stacy start menyanyi tapi itu semua tidak kami hiraukan. Perut kami yang menyanyi itulah paling utama.. Hehehe

Lepas lunch, kami bergerak balik. Bas dropkan kami kat tempat yang sama iaitu di Dewan Mahfuz, HQ tapi aku tak balik terus. Singgah di Sogo dulu cari makanan. Lapar seyh.. Makanan tersedia tadi tu tak lalu aku nak menelannya. Huh! demand tak bertempat, kan?

Dah kenyang terus balik. Merehatkan badan yang penat bersenam robik dan berjalan tadi.. <-- macam lah jauh nau ko berjalan, kan Cik PM? Haha..

Kat bawah, macam biasa ada lah gambar yang tak seberapa. Enjoice..

Bergaya sebelum bas bergerak. Kat sebelah tu EO
Time ni tengah 'walk'..


Mereka ialah best-friend:)

Aku dan Kahmachi

Rehka & Kahmachi. Diorang satu ofis

Tolong cari di mana aku?

Siapa nak belon purple? Sila angkat tangan

I am for you.. I am for you... lalala lalala

Jalur gemilang

Manusia yang membanjiri Dataran Putrajaya

Memeriahkan suasana

Time ni ada awek bermotor kuasa besar sedang lalu

Sempat lagi bergambar. Time nak cari makanan ni. Kat tangan kiri aku ialah t-shirt untuk IB aku yang sampai ke sudah tak ketemu. Hah.. apa lagi. payung arrr.. Haagen Dasz jom? Ahakz
Penjejak Mimpi: Sedih sangat bila tengok video klip pasal Lahad Datu tu.. :(

8 comments:

Nur Danisha said...

pi gak erk..x aci la jln dekt..cer jln dr jkr ahaha..

misz sheyla said...

eh..akak orang jkr ea???caw mane

pencinta agung said...

haa..kalu da naik bus tu kompem la aktiviti tidur bermula....kehkehkeh

lianalovekhairi said...

unit PM sape lagi yang pergi? tak kan PM ngan IB jek?

Penjejak Mimpi said...

ND: Kalau berjalan dari JKR ke Putrajaya tu, mau makan masa seminggu kot? Haha..

Penjejak Mimpi said...

Misz Sheyla: Cawangan dirahsiakan atas faktor keselamatan. Hehehe.. Akak di CKE, Mid Valley. Sheyla di Putrajaya kan?

Penjejak Mimpi said...

PA: Appa pulak nak tido. Orang semangat nak walking tau..

Penjejak Mimpi said...

LLK: Benar. Saya dan IB saya sahaja wakil unit D1.. :)