Pages

Tuesday, March 5, 2013

Gagal Merancang = Merancang Untuk Gagal?

TERUS terang aku rasa amat letih dengan suasana kat ofis hari ini. Tidak menyalahkan sesiapa.. mungkin sudah tiba masa untuk aku merehatkan diri menghilangkan lelah setelah sekian lama "membanting tulang empat kerat demi sesuap nasi".

Rasa macam nak cuti aja esok tapi aku ada banyak benda nak kena setel dalam minggu ni. Tadi pun IB dah tanya bila boleh plot tracing untuk projek *tut* tu. Sebenarnya aku dah boleh plot semua 53 keping drawing tu tapi entahlah... mungkin aku sendiri tersalah plan atau tersilap merancang kerja aku tu. Atau aku telah terleka dan 'terlena' dan hanya membiarkan keadaan dan situasi sekeliling yang mengawal diri aku?

Kalau ikut aku tak suka ditanya banyak kali oleh bos sendiri pasal kerja yang dipertanggungjawabkan di atas "batu jemala" aku ni tapi macam yang aku kata tadi; tersilap perancangan. Bukan salah sesiapa.. salah sendiri. Hmm.. bila IB dah tanya tu rasa tak best sikit la.. :(

Teringat aku dengan kata-kata ni: "orang yang gagal merancang ialah orang yang merancang untuk gagal.."

Penjejak Mimpi: Lepas ni kena lebih bijak merancang kerja.

0 comments: