Pages

Wednesday, March 6, 2013

Hari Ini Ialah Hari.... (sila isi tempat kosong dengan perkataan anda sendiri)

PAGI tadi bersama-sama team design projek sekolah agama di Kerinchi lead by IB naik ke Tingkat 13 untuk dengar pasal RISP di Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur & Jambatan (CKASJ). Taklimat RISP untuk projek sekolah agama sebab itu kami pergi. Untuk tambah pengetahuan tapi secara jujurnya aku mungkin faham 1% aja dari keseluruhan cerita RISP tadi. Ate, jargon yang digunakan dan banyak disebut hanya orang structure aja yang faham dan tahu. Banyak berkisar untuk disiplin structure so yang kami-kami ni orang elektrik menganga je lah.. Haha...

Tengah hari aku dan 'geng bas sekolah' makan di Manhattan Fish Market. Makan special lah kononnya tu.. Well, saja nak seronok-seronok makan ramai-ramai. Aku percaya dengan cara makan beramai-ramai ni lebih mengukuh dan mengeratkan hubungan sesama kami. Percaya tak? Silalah percaya.. :)

Actually hari ni birthday aku so dari awal pagi adik beradik aku dah send sms wish happy birthday. Tak lupa anak-anak buah aku dan 'geng bas sekolah' juga. Dan tadi IB send sms wish happy birthday juga. Ahakz.. Pada aku menerima ucapan dan doa dari mereka sudah cukup.

Hidup ni simple aja pada aku. Tak perlu mengejar dan mengimpikan sesuatu yang tidak pasti. Apa yang terbentang di depan mata, terima aja.. redah aja walau pada hakikatnya aku sendiri sering saja 'terjatuh' dan 'terluka' tapi itulah yang sebenarnya mematangkan aku.

Apa pun, muga hari ini menjadi permulaan yang baik untuk kehidupan aku seterusnya. Amin.. :)

Penjejak Mimpi: Kenapa kita perlu bersusah payah cuba untuk memintal buih di lautan sedangkan pada hakikatnya buih-buih itu terus saja pecah apabila tiba ke tepian?

Present dari geng bas sekolah; Kak Ila dan Umai. Tengs.. :)

0 comments: