Pages

Wednesday, March 20, 2013

Lukisan & Jiwa

TIBA-tiba aja laptop aku ni monitornya jadi warna biru! Nasib baik lepas restart ok balik. Terbang kejap semangat aku ni! Dalam kepala dah mula berfikir yang bukan-bukan. Yang bukan-bukan tu ialah soal kerja.. nak repair.. masa repair.. dan lain-lain..

Aku terfikir kalau laptop aku problem, sah-sah aku akan hantar repair. Berapa lama pula masa yang diambil? Mungkin ambil masa seminggu macam yang sebelum ini. Then for the time being macam mana aku nak selesaikan kerja? Aku bukan nak tunjuk rajin.. tidak.. tapi sejak kebelakangan ini aku tiada mood untuk buat drawing di ofis. Serius.. Aku lebih suka buat drawing di rumah. Baru ada feel.. Kalau di ofis 'jiwa' aku tiada. Kosong.. Jangan ada yang gelak dengan kenyataan aku tentang jiwa ini. Aku benar-benar serius!

Sebab itu aku rasa sungguh marah apabila lukisan-lukisan yang aku hasilkan diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.. dikeronyok.. digulung entah macam mana.. dilipat tak tentu hala.. dipijak.. dilangkah.. Sebab apa? Sebab time buat drawing aku meletakkan sepenuh jiwa aku terhadapnya. Itu adalah seni aku. Aku bersengkang mata tiap-tiap malam mengadap drawing... tidur tak cukup.. weekend pun buat drawing juga di rumah tapi bila sampai masanya senang-senang aja drawing aku dibuat sebegitu rupa. Aku memang marah! Aku bukan mengungkit tapi .... Aku ni sensitif sangat ke? Emosi sangat ke? Tidak kan? Salah kah aku kalau punyai perasaan macam tu? Tidak kan? <-- ayat tak mengaku salah lah tu..

Dalam minggu ni aku akui fikiran aku terganggu sedikit. Itu menyebabkan aku kadang-kadang cepat naik angin.. memang di luar aku nampak macam happy.. asyik ketawa tapi sebetulnya aku sedang berperang dengan rasa marah pada seseorang. Sorrylah, i am not a good pretender jadi rasa marah tu kadang-kadang tertunjuk juga walaupun sebenarnya mahu diselindungkan tapi apakan daya.. aku hanya manusia biasa yang tidak bisa berpura-pura.. Haha.. macam skrip filem aja.. :) <-- ini semua poyo!!

Tapi kan.. bila fikir-fikir balik.. nak marah pun tak guna.. buat sakit hati dan sakit jiwa aja. Buat apa nak merosakkan jiwa dan perasaan untuk orang yang macam tu, kan? Sekurang-kurangnya aku dah tahu true colors dia.. kena lebih berhati-hati selepas ini. <-- ingatan untuk diri sendiri.

Aku nak cuti sebenarnya tapi entahlah.. banyak benda nak kena settle. Dengan hal tugas hakiki... yang bukan hakiki.. senarai "perkara-perkara yang perlu dilakukan" semakin hari semakin bertambah tapi statusnya asyik 'pending' belaka. Dengan hal audit asetnya.. audit 5S nya.. lepas tu adalah benda-benda yang buat kepala otak aku ni semakin semak dan serabut.

Nota 1: Nak hentak kepala di dinding mana ek?

Nota 2: Bila menyentuh soal kerja ni.. over sangat pun tak boleh.. nak berkira sangat pun tak boleh.. nak buat 'dek' pun tak boleh.. so apa yang boleh, ha??

Penjejak Mimpi: " IB, jom layan Haagen Dasz?"...

0 comments: