Pages

Thursday, August 2, 2012

1st Review..

ALHAMDULILLAH hari ni selesai part pertama sesi review drawings untuk satu projek kami di KL nih. Ala, projek yang buat hidup aku sungguh chaos dan haru biru sebelum ni. Kisah betapa chaosnya life aku untuk menyudahkan drawing berkenaan ada aku ceritakan kat sini dan sini.

Review tersebut adalah dengan big bos dan 'team' yang terlibat. Boleh kata semua drawings aku telahpun 'selamat' disemak oleh big bos. Memang ada pembetulan di sana dan di sini. Biasalah.. aku ni kan tak terror? So kesilapan di sana sini tidak dapat tidak pasti ada. Walau pada hakikatnya aku perlu akui kesilapan yang terjadi tak sepatutnya aku lakukan. Ala.. bukan silap apa pun.. silap jenis kabel aje. Tu pun yang dekat lif punya. Patutnya kabel untuk lif kena guna jenis 'fire rated'. Pastu ada typo pulak.. Silly mistakes  la kiranya. Terkhilaf kata orang.. <-- statement melindungi salah sendiri. Huh!! tak mau mengaku salah sendiri. Cik PM berperangai buruk!!

Tapi pada masa yang sama juga aku perlu akui yang projek ini betul-betul telah mengajar aku pelbagai perkara terutamanya dalam soal teknikal. Dan projek ini juga telah menjadikan aku menjadi 'orang lain'. Err.. maksud aku ialah.. sebelum ni aku tak pernah nak tanya direct pada mana-mana bos especially second boss apa-apa saja perkara teknikal yang aku musykilkan. Tapi sejak buat projek ni.. apa saja yang menjadi kemusykilan aku.. aku akan direct tanya pada second bos. Kena gelak sebab tanya stupid question? Dah biasa.. Kena perli sebab tanya soalan kurang cerdik? Dah lali.. Bila kena gelak.. bila kena perli aku biasanya akan menjawab: "encik, you nak gelak kat i guling-guling pun.. you gelak lah.. i rela. Janji i dapat ilmu. I tak kira". Bernas tak jawapan aku? Hehehe

Apa lagi 'kerja gila' yang aku buat sejak kena design projek ni ya? Hmm.. ha... sms second bos dan immediate bos pagi-pagi buta untuk set time for discussion hari berkenaan. Balik lewat.. 'mengadap' immediate bos dan second bos berjam-jam untuk discuss.. turun naik ofis kawan-kawan untuk bertanya sebarang kemusykilan.. sibuk mencari katalog lampu lepas tu kena discuss pulak lagi untuk decide jenis mana nak guna.. sms ataupun emel pada immediate bos ataupun second bos untuk sebarang idea dan kemusykilan.. (<-- itulah gunanya teknologi, kan?). Bak kata banyaklah perkara-perkara yang aku tak pernah buat sebelum ni tapi disebabkan untuk 'menjayakan' projek ni aku buat. Yang paling kelakar tu.. kadang-kadang dalam komuter.. sambil jalan nak balik rumah tu.. kalau tiba-tiba ada persoalan yang mengganggu; aku akan sms immediate bos untuk bertanya. Huh!! tak menyempat betul aku nak tunggu sampai esok! Pasal kerja kena cepat!

Dan hari ini.. aku perlu akui 'burden' yang aku tanggung selama ni dah kurang 3/4. Tinggal lagi 1/4 'burden' yang perlu aku tanggung sampai projek ni ditender. So for the time being.. hidup aku akan kembali normal.. tidur aku akan kembali nyenyak.. emosi aku akan kembali stabil.. Huh!! macam teruk sangat buat projek ni, kan? Hehehe

Esok insya Allah akan sambung review tapi part aku tinggal lightning/sistem perlindungan kilat aje. Yang selebihnya part 'tag-team' aku iaitu 'rakan'. Esok juga mungkin aku ada discuss sikit lagi dengan immediate bos pasal few drawing yang kami 'tertinggal' untuk dihasilkan. Oleh sebab part aku takde yang pending so secara automatiknya tugas menghasilkan drawing tersebut terletak kat 'batu jemala' aku. Tak pasti berapa keping.

Apapun, aku boleh menarik nafas lega sebab sekurang-kurangnya title aku sebagai 'orang lama' tidak terjejas bila aku mampu 'menyediakan' drawing on-time. Riak la tu... <-- syirik kecil. (Sila jangan ikut sikap ini!)

Nota: Aku suka apa-apa aja yang berkaitan design dan drawing. So what?

Penjejak Mimpi: I love my job very much...

0 comments: