Pages

Thursday, June 14, 2012

Stresslah Sangat.. Tensionlah Sangat..

AKU dah mula busy sekarang. Silap! Bukan baru aku busy.. Rasanya start bulan April aku dah mula busy sesangat. Sebelum tu on-off busynya aku. Sebab tu blog aku dah hampir bersawang. Bukti betapa busynya aku.. (<-- poyo). Tapi sekarang ni tiap-tiap hari ada aja entri aku. Eh! dah tak busy ke aku ni ha?

Aku masuk kerja jam 7.30am dan keluar jam 4.30pm tapi sejak sibuk 'mengerjakan' projek aku keluar jam 5.30pm. Saja extra satu jam. Orang lain sebut OT tapi aku tak anggap OT pun. Biarlah yang tu.. malas aku nak fikir. Tapi hari ni aku balik awal.. err.. tak awal mana pun. Keluar jam 4.32pm; dua minit lewat dari yang sepatutnya. Oh.. dah pandai balik on-time nampak? Eh! dah tak busy kot aku ni..

Sebelum-sebelum ni lepas aja solat Isya  terus mengadap laptop untuk buat drawing. Lepas tu tidur pun lewat. Kalau tak jam 12am sah-sah aku tak tidur lagi. Kadang-kadang meleret sampai ke jam 1-2am. Tapi sekarang? Memang aku sedang mengadap laptop.. cuma bezanya aku tak buka autoCad untuk buat drawing tapi aku buka blog. Tengah update blog. Tidur pun aku dah pandai tidur awal.  Haishh!! Confirm cik PM ni dah tak busy.. kan? kan? kan?

Sebenarnya kan.. at one stage aku dah hilang feel untuk buat drawing. Bukan tak mahu buat langsung.. cuma rasa tak mahu buat untuk seketika (malam ni aja). Nak release tension dan stress. Oh.. ni kononnya sebab stress la ye? Kononnya tension la sekarang ni? Podah cit!! Stress konon.. tension konon. Alasan aja tuh!

Betul la.. untuk malam ni aku rasa tak nak buat drawing even fail projek aku ada bawak balik dan terletak dengan elok atas meja ni. Oh ya.. lupa pulak nak bagitau.. aku dah beli meja makan. Alasan kenapa beli? Sebab aku dah tak larat nak baring atas lantai sambil mengadap laptop untuk buat drawing. Perghh!! Kiranya 2 in 1 la.. sambil makan boleh buat kerja tapi kan.. meja ni lebih banyak digunakan untuk buat kerja berbanding digunakan time makan. Eh! boleh pulak macam tu ye..

Ok, kesimpulannya.. aku tak nak buat drawing malam ni. Sebab aku stress! Sebab aku tension! Boleh terima tak alasan tu?

Penjejak Mimpi: "Assalam. Puan, today sy EL. Sy rs stress ssngt wat pojek ni. I'll be back on Monday. Tqvm". (<-- draft sms untuk bos, esok. Acah aje tu.)

5 comments:

ummimirza said...

kerja tak akan habis, ko buat la sampai 24 jam sehari pun. lepas siap projek ni, projek lain pulak. so, tak yah la memaksa diri. stress tu ibu segala penyakit.
aku dulupun ada mcm tu jugak, bila anak2 dah tido aku pun buat kerja sampai awal pagi. bila anak aku tersedar, aku kena handle anak pulak. en. suami tak de, pergi kayuh basikal. siksanya aku rasa, kejap buat kerja kejap susukan anak, buat kerja balik, susukan anak semula. memang siksa sgt aku rasa...
tapi segala usaha aku tu sia2 je sebabnya sampai skrg projek aku tak tender2pun, senyap mcm tu je.. skrg buat projek lain pulak, habis yg sblm ni beria sgt nak cpt2 tu knp? aku sampai ckp, aku tak halalkan hak anak aku yg sepatutnya waktu aku b'cinta2 dgn dia tp aku buat kerja pej. di rumah..sakit hati aku!!

p/s : kawan, fail projek tak boleh bawak blk rumah la..

me said...

jaihooo~~~

aii akak comeyy. ann da aktif blog balek. kehkeh.

tapi xtau sampai bila nak aktif tu. hehehe rindu akak <3

Penjejak Mimpi said...

ummimirza: fail projek yang aku maksudkan tu ialah fail aku sendiri la.. aku guna ring fail dan dalam tu terkandung sume pasal design termasuk le table2 yang berkenaan. bukan fail putih tu la.. anyway, tq a lot untuk reminder tu.. :)

Penjejak Mimpi said...

ummimirza lagi: projek kali ni aku memang rase stress sket la. nak kate aku beriye2 sangat nak siapkan takde jugak.
abeh projek HIV ni aku tau ade projek lain yang menanti untuk di design. Nun kat Penang nun tapi aku malas nak pikir lagi pasal tu. Skang ni pun aku sibuk mengerjakan layout dulu so bile bos tanye opinion pasal site plan terus ajek aku jawab: "sy tak study pon lagi pasal site plan tu". Aku jawab tu sebabnye bukan aku yang kena buat CL. So malas nak pecah kepale untuk mende yang orang lain patut buat.

ida ibrahim said...

cik PM, betul ckp si ummimirza tuh...jgn stress kan diri anda...enjoy ur work my friend..