Pages

Wednesday, August 15, 2012

Sempat Ke Nak Raya Ni?

PETANG tadi lepas time break aku sibuk menyusun drawings yang telah diplot untuk disemak oleh my IB (IB = immediate boss) dalam bilik fail. Aku start cuti lusa; Jumaat so nak standby apa-apa yang patut sebelum bercuti. Sedang sibuk menyusun dan membuat double checking kat 'hasil seni' sendiri tu, tiba-tiba one of the engineer masuk. Nama dirahsiakan atas faktor keselamatan. Ekekekeke...

Soalan dia ialah: "sempat ke nak raya nanti?". Mungkin sebab dia tengok aku sibuk menyusun drawings so terpacul lah soalan cepumas tu. Sambil tangan menyusun drawings mulut aku ni menjawab: "sempat.. yang major punya lukisan saya dah setelkan. Tinggal yang minor-minor punya je. Yang tu, lepas raya insya Allah saya setelkan".

Dia menyambung: "Ye lah.. yang penting major drawings tu siap dulu". Aku hanya mengiyakan sambil berlalu keluar sebab kebetulan dah beres urusan menyusun drawings tu.

Sambil kaki melangkah keluar tu otak aku ligat berfikir sesuatu........... <-- ayat tergantung.... :)

Penjejak Mimpi: Hanya jasadku saja yang masih di hutan batu ini...

2 comments:

Deru Ombak said...

As Salam Cik PM..
Raya balik mana yer? ...

selamat bercuti Dan selamat hari raya k..

Enjoy your raya to the fullest before back to work.. :)

ahsfantasy24 said...

selamat bercuti..
pandu cermat jiwa selamat (:

Terbaru:
Acai Berry ABC Murah