Pages

Sunday, August 19, 2012

Kisah Duit Raya


SATU  Syawal dah menjelma. Hari raya disambut dengan meriah terutamanya oleh anak-anak buah aku yang sibuk mengumpul duit raya dari mak-mak saudara diorang. Aku adalah mak saudara diorang yang terakhir bagi duit raya. Anak adik aku; si Iman asyik cakap: "huh! Andak jek yang belum kasi duit raya!" sambil tunjuk muka tak puas hati. Hahahahaha... Aku sekadar menjawab: "ala.. relaxlah..".

Akhirnya semua anak saudara aku yang berjumlah 15 orang dah dapat duit raya masing-masing. Tak kisahlah dah kerja atau masih bersekolah  atau masih kecik semuanya dapat duit raya. Tapi berbezalah amaunnya. Takkan dah kerja pun dapat amaun yang sama dengan yang kecik? Lagipun budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak? Hehehehe..

Teringat masa budak-budak dulu... Mana pernah dapat duit kertas sebagai duit raya? Budak-budak sekarang pun paling 'cikai' dapat RM1. Zaman aku dulu? Huh!! 5 sen pun pernah dapat tau! Ingat lagi.. pergi beraya dengan adik aku. Biasalah budak-budak.. bukan nak makan kuih sangat. Kalau makan pun.. sikit aja. Buat syarat. Tu pun kalau kuih sedap habislah mulut ni mengunyah telan ke dalam perut. Kalau tak sedap... alamat buang kuih tu bawah meja. Tapi sebelum tu usya keliling.. pastikan tuan rumah tak nampak. Hahahaha.. tak senonoh giler perangai. Ops!! bukan kami ya.. Entah anak siapa entah.. Hehehehe..

Tapi cakap pasal duit raya 5 sen tu.. tahun depan sah-sah kami tak beraya rumah dia lagi. Boikot! Kedekut kudik!! Hehehehe..

Dulu nak dapat RM1 pun bukan main payah. Jenuh turun blok naik blok (aku duduk kat berek polis, okay?) tapi anak-anak saudara aku.. kalau setakat RM10 boleh dapat senang-senang dari mak saudara diorang atau sepupu masing-masing. Tu dari seorang ya.. Ce kira.. kalau sorang kasi RM10.. kalau ramai dah berapa? Untung budak-budak sekarang..

Hmmm.. sebab taraf hidup sekarang dah tinggi atau nilai duit tu yang semakin mengecil? Apa pun.. berjimat cermat selagi boleh. Jangan nak membazir tak tentu hala. Benda-benda yang tak perlu tak payah beli. Benda-benda yang tak penting tak payah beli. Ingat tu Cik PM..

* Gambor kat ateh nun macam bese teman songlap dari Google Image.

Penjejak Mimpi: Err... maknanya aku tak boleh beli lah Samsung Tablet tu? Uwaaaa!!! Uwaaaa!!!! Nak jugak!! Nak jugak!!!

0 comments: