Pages

Saturday, August 25, 2012

Dah Pun Hari Sabtu..

PEJAM celik pejam celik... dah pun hari Sabtu. Esok dah nak balik ke KL pulak. Lusa dah masuk kerja balik. Rasa macam baru aja semalam aku kelam kabut packing beg nak balik ke Ipoh. Tup-tup dah nak kena packing beg balik ke KL pulak. Hmmm... 

Petang ni ingat nak merayap kejap ke UO Ipoh. Dah berzaman tak kesana. Ok, aku tipu! Tak lah sampai berzaman. Rasanya mungkin dah berbulan aku tak ke sana. Sebab setiap kali balik kampung, aku akan shopping samada kat Giant (shopping kah?) atau ke Jusco. Ke Giant tu biasanya nak mencari barang-barang dapur rumah mak aja. Jusco lak kalau tiba-tiba rasa nak tengok wayang ataupun nak cari barang aku. Tak pun aku tak ke mana-mana. Hanya memerap kat rumah melayan tv dan bersembang bagai nak rak dengan mak.

Harap-harap esok perjalanan balik ke KL tidaklah jem. Walaupun aku biasanya akan 'melena'kan diri sejurus bas bergerak menuju ke destinasi. 

Lusa dah start kerja balik. Adusss!!

Penjejak Mimpi: Malasnya aku nak kemas beg. Huhuhuhu..

4 comments:

Hanis MY said...

Salam lebaran. Itulah dah seronok kt kg bercuti mesti liat nk kembali bekerja kan apapun take care ye

ida said...

selamat hari raya..Maaf zahir & batin...

mak dh start keje ari ni...xbessttttt...nk cuti lama2...

Penjejak Mimpi said...

Hanis: Tq. You too.. :)

Penjejak Mimpi said...

Nyah: Nak cuti lelama? Buleh... Bukak le comp sendirik. Ekekekeke