Pages

Sunday, August 26, 2012

Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang, Ipoh

SEMALAM aku ambil peluang untuk mengimbas kenangan lalu dengan singgah sekejap ke area sekolah rendah aku dulu. Nama sekolah rendahku itu ialah Sekolah Kebangsaan Seri Kepayang. Terletak di Jalan Fair Park, Ipoh. Nasib baik kakak aku sporting dengan bersetuju menemani aku seterusnya menjadi tukang tangkap gambar. Hahahaha.. Aku di sana tak lama; dalam 15 minit aja tapi cukup membuatkan otak aku ni seolah-olah berputar ke zaman sekolah rendah dulu.

Nama-nama seperti Cikgu Rafeah (cikgu kelas darjah 1), Cikgu Yap Choon Peng.. Cikgu Halimatun Saadiah (cikgu Math.. suka soal sifir. Tak dapat jawab sah-sah kena cubit kat perut! Aduih!!).. Cikgu Norliha (guru sandaran. Pernah kena buli dengan murid kelas sebelah. Nakal giler dowang tuh!). Cikgu Alex.. Cikgu Badariah.. Cikgu Bakri (guru sandaran juga).. Cikgu Mariam.. Cikgu Pauline Cheng.. Guru besar time tu ialah.. alamak.. aku dah lupa nama dia. Yang aku ingat dia guna kereta Ford colour biru. Ada Cikgu Wan Zainal Wan Nawang (guru sukan dan dia yang start membuatkan minat aku pada sukan seperti rounders.. bola tampar.. bola jaring). Ada lagi.. Cikgu Shaharuddin. Ingat lagi cikgu ni akan balas kad raya yang aku bagi pada dia. Lepas tu ada lagi sorang. Cikgu Razman; guru muzik. Garang giler cikgu ni. Huhuhuhu..

Hmmm... entah mana diorang agaknya. Dah pencen la tu. Takpun ada yang jadi guru 'besau'..  Tapi walau dimana pun diorang sekarang ni, muga jasa diorang mendidik anak bangsa diberi balasan yang sebaik-baiknya dan muga diorang sentiasa dalam kesihatan yang sempurna. Tak ternilai jasa diorang sebenarnya. Kan orang bijak pandai selalu berkata: "guru ni umpama lilin; yang sanggup membakar diri demi orang lain" (<-- betul ke ungkapan ni?)
Yang belakang tu kira cam bangunan baru lah. Zaman aku dulu takde. Yang depan tu kantin (aku rasa la..) Tapi bukan kantin kat belah belakang ker? Err.. zaman aku dulu la.. Ngeee
Bangunan asal. Ada 2 tingkat aje..

Sebelum ni ada pokok besar kat sini. Tempat kami lepak-lepak time rehat..

Area hujung bangunan asal. Bawah tu pejabat dan atas tu bilik guru besar. Sebelah bilik guru besar ialah bilik guru. Ni aku cite zaman aku dulu ye tuan-puan.. :)

Cik PM amek kesempatan berposing sebelah nama sekolah. Sekolah yang telah membentuk Cik PM menjadi 'orang'.
Penjejak Mimpi: Arwah abah nak aku jadi cikgu. Kalau aku jadi cikgu musti aku jadi guru yang dibenci oleh student sebab aku kan garang? Hehehehe

6 comments:

lizalot said...

x tido lg ke? esok nak kerja...

Penjejak Mimpi said...

lizalot: Nak tido lah nie.. Tapi nak iron baju dulu. Lepas tu nak masukkan baju dalam washing machine. Baru buleh tido dengan lena.. :)

lizalot said...

k, selamat tido. aku x kerja esok, encik suami je kerja. kueh raya utk ko esok aku tak sempat nak tapau, hari selasa or rabu la ye?
sekiann..

Penjejak Mimpi said...

lizalot lg: Smbg cuti ke? Huh! jelesnye makcik! Msk opis esok sah2 bz blk. Rabu ni ada review pojek HIV dgn committee. :-/

X yah tapau bnyk2. Sket2 suda... Jgn lupa selit duit ry skali ya... Skali skala dpt duit ry ok gak. Ngeh ngeh ngeh...

lizalot said...

nak kata sambung tu x jugak, mmg aku apply sampai hari isnin. tahu mesti bnyk kain baju nak kena basuh, rumah nak kena kemas. ni aku baru nak lepak dari subuh td x berenti buat kerja, lgpun mirza baru tido so bolehlah layan tenet sekejap. kalau x, apa pun x boleh!
nak duit raya ke? boleh la jugak aku bagi tp sikit je la. esok aku kirim kat encik laki aku k :)

insan marhaen said...

Izinkan awak berkongsi catatan kami ni ke facebook SRSK di sini:

http://www.facebook.com/groups/127251676387/?fref=ts