Pages

Monday, September 24, 2012

Membongkar Misteri Dajjal.. Memang Berbaloi!

Image as usual taken from Google Image
AKHIRNYA petang tadi tamat sudah aku membaca buku yang baru dibeli Jumaat lepas; "Membongkar Misteri Dajjal" hasil tulisan Muhammad Nurani Maarif terbitan Hijjaz Records Publishing.. Dan di ofis tadi sempat la jugak kami bertukar-tukar pendapat dan pandangan pasal Dajjal nih.

Ok, siapakah Dajjal tu? Nabi Muhammad s.a.w di dalam hadisnya ada menyebut: "Wahai manusia, sesungguhnya tidak ada fitnah yang lebih besar di muka bumi ini sejak dari penciptaan Adam yang melebihi dari fitnah Dajjal. Dan bahawasanya tidak ada satu Nabi pun yang diutus oleh Allah yang tidak mengingatkan umatnya tentang fitnah Dajjal, sedangkan aku Nabi yang paling akhir dan kamu adalah umat yang paling akhir. Ingatlah tidak dapat diragukan lagi Dajjal itu pasti datang di kalangan kamu.." (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah).

Sedikit tentang Dajjal: Dia tu manusia ya tuan puan. Manusia yang telah dilahirkan sejak zaman Nabi Sulaiman a.s lagi. Dan sehingga sekarang Dajjal masih hidup; sedang 'hibernate' di alam jin. Dia akan keluar apabila kiamat hampir tiba. Allah kurniakan kelebihan pada Dajjal dengan punyai usia yang panjang dan kemampuan untuk belajar pelbagai ilmu termasuklah ilmu berkenaan teknologi. Akhirnya Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Nak tahu lebih lanjut sila dapatkan buku di mana-mana kedai buku berdekatan anda. Ngeee...

Tugas kita sekarang ialah bagaimana mahu menghindarkan diri dari fitnah-fitnah Dajjal durjana ni. Kalau korang baca buku ni.. satu perasaan takut akan menyelubungi diri. Percayalah cakap aku betapa liciknya perancangan Dajjal ni. Fitnah tersebut termasuklah wujudnya falsafah dan fahaman ideologi humanisme, kapitalisme, liberalisme dan yang paling menakutkan ialah apabila ada yang dengan bangganya mengisytiharkan fahaman dan jalan fikir yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah itu kolot dan ketinggalan zaman!

Kalau nak tahu lebih lanjut lagi silalah dapatkan buku ni di pasaran. Err.. aku takda syer pun dalam kompeni ni tapi buku ni amat berbaloi untuk korang kenal siapa Dajjal tu sebenarnya dan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Nak share sikit doa mohon perlindungan dari fitnah Dajjal nih; "Wahai Allah, sesungguhnya aku mohon perlindunganMu daripada azab Jahannam, perlindungan daripada seksaan kubur, perlindungan daripada fitnah hidup (kemelaratan) dan mati (seksaan) dan daripada kejahatan fitnah Al-Masiih Ad-Dajjal." Dibaca selepas selesai bertasyahhud (di tahiyat akhir solat)

Hadis tentang Surah Al-Kahfi: Sabda Rasulullah s.a.w: "Barangsiapa yang ingat (serta membaca) sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi adalah dia dipeliharakan dari fitnah Dajjal." (Hadis Riwayat Muslim).

p/s 1: Banyak membaca lebih banyak ilmu kita dapat..

p/s 2: Credit to the author; Muhammad Nurani Maarif.

Penjejak Mimpi: Sedih kalau ada yang berfikir bahawa kisah Dajjal itu sekadar mitos agama semata-mata..

0 comments: