Pages

Wednesday, September 5, 2012

Jamuan Raya a.k.a Makan Free - Part 2

Sedapnyer... (Pic ni aku songlap dari Google Image)
SEPERTI dalam entri aku yang ini, hari ini turn unit Akustik dan BPR D2 pulak yang mengadakan 'open office' atau 'ofis terbuka". Ikut kad jemputan, majlis start jam 12pm so macam biasa jam 12.10pm aku and the geng termasuk our big bos turun ke tingkat 8. 

Mula-mula kami serbu unit Akustik sebab BPR D2 ramai orang. Ada dua tempat disediakan makanan yang heavy iaitu menempatkan soto dan satu lagi mi kari. Aku just makan soto dan kuih-muih yang diambil oleh Gel (baca: Girl). Ada la jugak aku bedal popia basah dan seri muka. Gel kata ada jugak dadih, satay dan lain-lain tapi mungkin sebab aku pun tak berapa sihat dan tekak aku pun buat hal so takde lah aku beriya sangat mencari semua tu. Ada sejenis kuih yang dipanggil 'durian bom'. Durian yang dah dibuang biji  dan digoreng (agaknya la..). Aku suka durian tapi macam yang aku cakap tadi; tekak aku tak best so keinginan dan kegemaran aku sengaja aku biarkan berlalu begitu saja. Ewah!!

Lepas tu menyinggah ke BPR D2 pula. Kat situ aku hanya makan laksa dan merasa puding apa ntah nama dia. Truffle ke apa ntah nama dia. Ex-office mate beriya promot suruh aku rasa. Katanya dia yang buat so demi tak mahu mengecilkan hati dia so aku pun ambil dan rasa. Boleh kata sedap la untuk kategori lelaki yang buat, kan? "Err.. Pak Lah.. aku dah puji kau ni.. siap publish dalam blog aku lagi tau..". Ekekekekeke

Selain laksa, BPR D2 ada juga sediakan nasi tomato dan ayam masak merah (kot?) tapi kan dah kata tekak aku sakit so 'panggilan' dan 'lambaian' ayam masak merah aku biarkan saja. Walaupun aku suka ayam tapi... Time nak ambil minuman IB siap pesan: "jangan ambil air ais ye.." dan aku terus menjawab: "tak.. nak minum teh panas aja.." Huhuhuhuhu

Dah kenyang? Hah! Apa lagi? Angkat punggung dan terus nak balik. Hehehehe.. Aku tipu! Kami singgah kat Akustik dulu dan tapau popia basah. Kebetulan ada satay so aku dan Umai tapau satay pulak. Haip!! tak banyak ye aku tapau satay tu.. 5 cucuk aja tau.. Lepas tu naik ke ofis kami dan lepas tu turun balik sebab Ema nak withdraw duit dan aku nak ke klinik.

Speaking about klinik. Aku ke klinik juga akhirnya selepas tak sanggup nak berjawab dengan soalan IB yang duk asyik tanya: "dah jumpa doktor?". Aku bukan tak mahu pergi cuma sebab kesibukan yang melanda. Penyudahnya ubat apa yang aku dapat? Ubat demam... anti-biotik.. dan ubat kumur. "Itu aja ubatnya? Takda lozenge ke doktor?  Mana ubat batuknya? Takkan ubat kumur aja?" Ishk.. ishk.. ishk...

p/s Gambar takde ye tuan-puan..

Penjejak Mimpi: Check BP tadi.. doktor kata it's normal.. :)

0 comments: