Pages

Monday, September 24, 2012

Beli Buku Lagi..

Buku yang baru dibeli hari Jumaat tu.. :)
JUMAAT lepas aku keseorangan turun ke MPH di Mid Valley dengan harapan dapat mencari sebuah buku yang bertajuk: "Teori Konspirasi Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal" karya Ibnuyaacob terbitan MoonMedia (RM26). Puas aku mencari.. satu MPH tu aku pusing tapi aku tak jumpa pun buku tu. Ishk!! memang betul takda nih.. Takpa lah.. so aku ambil keputusan membeli sebuah buku lain yang bertajuk: "Membongkar Misteri Dajjal" karya Muhammad Nurani Maarif terbitan Hijjaz Records Publishing (RM37.90).

Sampai aja kat ofis, tiba-tiba Puan Azira sms. Katanya dia ada jumpa buku tu di MPH dan bertanya samada aku mahukan dia membeli buku tersebut untuk aku. So aku reply sms dia: "ok. tlg. tqvm". Sebenarnya masa aku keluar dari MPH tu (dengan membawa hati yang lara dan kecewa sebab tak jumpa buku yang di cari <-- kononlah tu..) aku ada bertembung dengan dia dan sempat aku bagitau yang aku tak jumpa pun buku tu. Dan bila dia kata yang dia ada jumpa buku tu.. yippi!! genbiranya hati aku!!

So cuti dua hari aku ambil kesempatan dengan membaca buku Membongkar Misteri Dajjal tu tapi tak habis lagi. Esok lusa habis la tu.. insya Allah. 

Penjejak Mimpi: Muga dijauhkan dari fitnah-fitnah Dajjal..

0 comments: