Pages

Monday, September 17, 2012

Jamuan Raya di Officeku :)

SEPERTI yang telah dihebohkan ke seluruh pelusuk kampung dan bandar (<-- nampok nau menipunyer!!) pada tarikh 7hb September adalah turn unit aku untuk mengadakan jamuan 'ofis terbuka'. Apa? Baru sekarang nak buat entri pasal nih? Hmm.. apa nak buat... Cik PM memang takde masa nak update blog sekarang ni. Celik mata aja buat keja.. celik mata aja buat keja.. buat keja jek celik mata.. (err.. cane nak buat keja kalo pejam mata kan?) Huhuhuhu.. Abeh camno?

Aku sampai awal hari tu sebab nak prepare sandwic. Awal tu tak lah awal sangat. Dalam jam 6.30am. Takut tak sempat nak prepare sandwic. Aku cuma ditugaskan untuk membuat sandwic so aku sediakan sandwic telur dan sardin. Kali ni unit aku buat konsep 'pot luck' which is setiap dari kami akan sponsor/bawak/out-source makanan masing-masing. Selain sandwic, aku jugak sponsor roti jala. Aku buat? Hehehehehe.. takde makna nyer... Out-source la der...

Yang lenlain ada yang sponsor laksa.. rojak singapore.. ketupat nasi.. ketupat palas.. satay.. rendang ayam.. kuih-muih.. buah-buahan.. air.. dan lenlainlah..

So sedang aku dan IB syok-syok prepare sandwic tetiba datang big bos kami. Dia minta aku attend meeting pasal aset. Meeting tu sempena kehadiran Panel Penilai Anugerah Pengurusan Aset. What? Ala.. malasnya aku.. "Ala Puan, kalau tak attend takpa ke?". Big bosku menjawab: "Eh, mana boleh. Nanti unit kita takde wakil. Bla.. bla.. bla..". Aku membalas: "Ok". Actually meeting tu asalnya dia yang nak attend tapi tetiba dia ada meeting lain pulak so sebagai penolong pegawai aset yang berkaliber dan 'berkaki lebar' siapa lagi yang dia nak suruh ganti kan? Sah-sah la aku.. Huhuhuhu.. So tepat jam 8.30am dengan hati dan perasaan yang rela dalam paksa aku terus aja naik ke tingkat 11 untuk attend meeting tersebut. Tapi kan.. jeng jeng jeng... jam 9.45am aku dah cabut. Aku rasa bersalah pulak meninggalkan kengkawan ofis ku yang sibuk 'berpencak silat' menyediakan juadah untuk jamuan raya tapi aku bersenang lenang duduk di kerusi empuk (empuk kah?) mendengar urusetia bercakap dan bercerita pasal itu dan ini berkenaan aset. Yang paling buatkan hati aku tak dapat nak terima tu ialah... hanya wakil dari unit aku (BPR D1), BPR D2 dan Unit Aset BPKS aja penolong pegawai asetnya yang hadir, big bos unit BPR D2 dan Unit Kecekapan Tenaga. Unit lain langsung tak nampak muka. Huhuhuhuhu..

Dah siap prepare semua majlis kami pun bermula. Acara bermula dengan sesi bergambar satu unit. Biasalah bila lagi nak bergambar ramai-ramai kan? Ekekekekeke..

Lupa aku nak bagitau.. pada tarikh yang sama juga semua unit di Level 9 (level aku lah tu) turut mengadakan jamuan open office. Punyalah meriah mengalahkan jamuan raya cawangan. Oleh sebab semua unit buat jamuan raya; kami sampai buat shift untuk beraya. First shift kami beraya so aku, my IB, Umai dan Ema beraya dulu dan tinggallah kak Ila dan Puan Azira yang melayan tetamu. Lepas tu tukar shift pulak. Hahahaha.. barulah fair and square kan? Inilah dinamakan 'demokrasi terpimpin". (<-- ada kena mengenakah?) So hari tu puas lah kami mengenyangkan perut masing-masing di unit-unit BPR A, BPR B dan BPR Projek Khas. Yelah.. sambil merasa makanan di unit lain sambil merapatkan silaturrahim sesama kami. Tak gitu kengkawan?

Orang memang ramai yang datang ke unit kami sampai tak terlayan kami. Ye lah.. sekali datang 'menderu-deru' (<-- nak tunjukkan ramai la tuh..). Tapi bila dah menjelang petang.. orang pun dah beransur-ansur kurang dan kami boleh menarik nafas lega dan kami pun mengambil kesempatan untuk makan juadah apa yang ada untuk kali yang kedua.. ketiga dan seterusnya... Hahahahahaha....

So kat bawah ni ada le gambar-gambar time BPR D1 buat jamuan raya. Enjoice..

Penjejak Mimpi: Sempat tapau makanan fevretku iaitu roti jala... yummy! yummy!!

Sehari sebelum jamuan: bertungkus lumus jejaka-jejaka unitku..

Semangat patriotik yang membuak-buak.. :)

Tengah adjust lampu 'lip-lap'..

Buat kerja sambil berposing...

Hari jamuan: Mereka berposing sebelum bekerja keras. Aku? Jangan dicari kerana time ni aku sedang attend meeting.. :(

BPR D1 yang dihias cantik.. Model: Puan Azira

Lagi sudut jamuan tapi belum ada apa-apa juadah.

Aksi popular sepanjang zaman.. Peace!!

Antara juadah kami.... sedap kan?

Lagi juadah kami dari angle yang berbeza.. Ngeee...

Sorry.. nampak part belakang aja.. Hahahaha.. Saja nak gitau partition yang ada bendera Wilayah tu ialah workstation aku..

Anak Mak-mak dara yang ceria dan gumbira sokmo..

Aku dan Puan Azira. Time ni tetamu belum mari lagi..

Peace!! Kan dah kata itu aksi popular sepanjang zaman?

Model kuih raya. Hahahaha.. jangan marah ha boss.. nanti kena jual!

BPR D1 - bergambar beramai-ramai

Lagi BPR D1

Antara tetamu terawal:  Big bos BPR B

Jejaka-jejaka perasan idaman Malaya BPR D1.. Uhuk uhuk..


Berposing sambil membuat gaya 'peace'

Dara + mak-mak dara. Ehem ehem..

Antara tetamu yang hadir..

Di pintu masuk..

Barisan penyambut tetamu..

Tak habis-habis bergambar.. :P

Nama yang gah.. terkenal seantero dunia.. Kih kih kih..

Tetamu lagi..

Tetamu yang hadir disamping big bos kami..

Tetamu terpaksa bersila kerana takda tempat untuk menjamu selera...

Tetamu yang hadir..

Aku dan Encik Faizal. Dulu engineer BPR D1. Satu ketika dulu la...

Lagi antara tetamu yang hadir..

3 bunga dan tetiba muncul lak sang kumbang..

Bergambar beramai-ramai.. Kali ni semua wanita belaka.. :)

Sharif, John, Aku, Ema dan Puan Isda

Me & my ex IB (Encik Zafar)

Me & my IB (Puan Isda)

3 stooges.. Hahahahaha

Letih berposing woi...

Ambuih!! berselera ex-IB aku tu memilih makanan.. Ngeh ngeh ngeh..

Semasa tetamu baru muncul...

Muka-muka yang gembira

Big-big bos..

Lagi big bos sedang memilih makanan dengan ditemani oleh big bos BPR D1

2 comments:

II said...

wah.. cepatnya update.. baru ingat nk update..

Penjejak Mimpi said...

Ala.. update ajek.. picturenya maybe sama (sebab amek dari sumber yang sama) tapi gaya penceritaan dan olahan bahasa pastinya berbeza.. ya.. memang berbeza... :)