Pages

Tuesday, September 4, 2012

Jamuan Raya a.k.a Makan Free - Part 1

HARI ini ada jamuan raya oleh BPKS. BPKS tu apa? Ah, senang cakap dan nak kasi korang faham; BPKS = admin. Dah faham? Good..

Jamuan start jam 12.30pm so jam 12.35pm aku dan geng ofis; my IB, kak Ila, Umai dan Ema (student praktikal) menuju ke Tingkat 11. Kami di sambut dengan mesra oleh staf BPKS dan terus menuju ke meja-meja yang ada makanan. Err.. of course lah nak mencari makanan kan? Habis, kau naik tu nak buat apa? Beramah mesra dengan dowang dan terus balik kah? Huhuhuhu

Ada nasi minyak.. soto.. mi kari.. bubur kacang.. dadih.. kuih-kuih raya.. buah-buahan dan lenlain. Nak kata aku try semua makanan tu macam suatu pembohongan aja kan.. Yelah.. 'tangki' aku ni kan berapa cc aja.. (uhuk.. uhuk..) tapi kalau nak kata aku tak try semua tu.. pembohongan lah jugak sebab aku just TAK try mi kari aja. Yang aku cakap ni main course ya.. Lalalalalala...

Bubur kacang tu pun aku makan sebab aku telah berjaya dihasut oleh Gel (baca 'Girl) dan kak Intan; geng Akustik. Dowang kata sedap. So aku yang malu-malu kucing (skemanya ayat) ni dengan tangkas dan gagahnya (kata tadi malu?) pergilah menyenduk bubur kacang yang dimaksudkan. Ermmm... bolehlah.. not bad.. tak berapa manis..

Tak lama 'kami' di sana. Pencerahan: 'Kami' untuk ayat di sebelah bermaksud aku, Gel, kak Intan, Aishah, kak Fizah, Zul dan Jun dimana mereka-mereka ini adalah dari unit Akustik. Err.. mana geng aku tadi? Hmmm... dowang dah turun dulu. Mungkin dowang ada kerja urgent nak disettlekan.

Jadual makan free minggu ini:
Esok: Unit Akustik dan BPR D2
Khamis: BPR C (unit noname)
Jumaat: BPR A, BPR B, BPR D1 (unit aku) dan BPR Projek Khas.

Alhamdulillah... murah rezeki kami semua di Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IPJKR ni kan? kan? kan?

Penjejak Mimpi: Tiba-tiba teringat ayat ini: "gendang gendut tali kecapi.. kenyang perut suka hati..".. Ngeh ngeh ngeh..

0 comments: