Pages

Wednesday, September 26, 2012

Esok Ada Ceramah..

As usual cilok from Google Image
ESOK ada ceramah di HQ. Aku dan dua lagi member ofis ambil peluang untuk attend ceramah tersebut. Yelah.. orang gomen ni ada KPI untuk perkara-perkara berkenaan latihan/ceramah/seminar ni. Dalam setahun kena ada 7 hari perkara di atas untuk dimasukkan ke dalam SKT. 

Pada aku la kan.. kalau tak cukup 7 hari pun.. ada aku kisah? Aku tak pernah ambik pot pun menda-menda ni. Ce korang fikir.. mana nak kejar 7 hari tu.. masa bila pulak nak buat kerja hakiki kalau sibuk attend kursus aja kan? 

Ceramah ni aku attend sebab kerja untuk projek aku kat KL tu da siap. Siap la part aku tapi belum lah final review dengan big bos. Entah bila baru boleh nak review dengan dia. Takpe lah yang tu.. janji part aku da setel. Aku dah buat final checking untuk semua drawing aku yang berjumlah 30 keping lebih kurang.. dah plot.. dan dah gantung elok-elok dalam bilik fail tu. So bila-bila IB cakap nak review dengan big bos; terus sambar semua drawing yang dah di hanger. Kalau kerja tak setel.. sah-sah aku tak kemana-mana. Resah hati ni nak meninggalkan kerja yang tak siap.

So esok ada dua sesi ceramah iaitu 

i. Ceramah bertajuk "POWER" (Pengurusan Wang Ringgit Anda) oleh Puan Nor 
Akmar Yaakub dari AKPK dan

ii. Ceramah bertajuk "Perwarisan dan Pengurusan Wasiat" oleh Encik Amir Bahari.

Dan hari Jumaat lak hanya ada  satu ceramah yang bertajuk "Tulis Blog Menjana Pendapatan" oleh Dr. Irfan Khairi. Hmmm.. Power kan penceramahnya?

Yang hari Jumaat punya sesi tak pasti nak attend atau tidak. Tengoklah macam mana. Yang pasti esok ada pasar tani kat situ so boleh cari 'ayam gunting'.. Yippi!!

Penjejak Mimpi: Selalu malam-malam buat drawing.. tapi la ni tak buat apa-apa rasa semacam aje.. :(

0 comments: